Assalamualaikum dan hai hai hai everything... makcik terkenang kembali peristiwa masa tahun 1993 di kala makcik berada di Tingkatan Satu... alamak, habislah, korang dah tahu umur makcik dah... hehehehe... ala, age is just a number kan kan kan...
Masa tu makcik duduk kat belakang sekali kat dalam aturan tempat duduk... nak kata tinggi, tak pun... makcik ni antara yang kecik cenonet masa tu... well, sekarang pun kecik je cuma ada rendang sikit... hehehehe... time tu memang jadi trending untuk menulis lirik dan karok kat dalam kelas... walaupun kami bersekolah di sekolah semua perempuan dan makcik masa tu calon pengawas (Form Two jadi Penolong Ketua Pengawas terus), ia tidaklah menghalang minat makcik untuk melakukan aktiviti kegemaran kami itu... yelah, time bertugas makcik bertugas, time gila-gila dengan geng, makcik gila-gila gitu...
One sweet day, tengah dok tulis lirik, cikgu Geografi, Puan Nathan panggil makcik untuk jawab soalan... makcik pun bangun sambil terpinga-pinga, then kebetulan member sebelah tunjuk-tunjuk kat area soalan tu kat buku teks (masa tu Puan Nathan tengah betulkan cermin mata)... makcik pun jawablah dengan tenang koordinat yang diperlukan sepertimana yang diajukan oleh Puan Nathan... phewwww, lega...
Kredit gambar daripada anime Great Teacher Onizuka.
Oh ya, kami masa tu memang ada pakai name tag kat baju masing-masing (sekolah makcik adalah antara sekolah yang awal-awal mewajibkan pemakaian name tag, tapi bukan macam name tag sekarang, name tag kitorang cantik, yang macam name tag cikgu-cikgu pakai tu... cumanya name tag kami warna coklat ikut warna official sekolah)...
Tiber, Puan Nathan pun panggil, "JIRAN..." memula slow.. pastu, "JIRAN..." kuat sikit... then, "JIRAN, JIRAN get up and answer the next question, what are you waiting for?..." satu kelas confused sebab masa Puan Nathan panggil tu, beliau memandang ke arah luar kelas ke arah gegurls yang berjalan di luar kelas kami...
Tatkala Puan Nathan mengalihkan pandangannya ke arah kami, terus beliau gamit member sebelah makcik... laaa, jiran sebelah meja rupanya... hahahaha... habis je kelas, terus Puan Nathan arahkan kami semua prepare name tag besar khas untuk kelas Geografi sebesar separuh kertas A4, laminate (or boleh jugak guna kertas manila) dan wajib dipakai time kelas beliau... rupa-rupanya, Puan Nathan tak nampak nak baca name tag kami... kesian Puan Nathan... selepas peristiwa tu, memang satu kelas la panggil makcik dan member sebelah makcik merangkap BFFE sebagai JIRAN... alkisah sangatttt... dan pada waktu itu, kitorang sebenarnya tengah tulis lirik lagu ni... hehehehe...
Tersingkaplah tirai cintaku yang lalu
Hangatnya bagai lahar yang membakar bumi
Sehinggakan aku menggelumpur kelecuhan
Bila engkau pergi tak kembali
Kala itu sayangnya engkau padaku
Dan ku telani segala kata indahmu
Kerana ku sangka kau kan terus bersamaku
Tapi hanya sekadar waktu
Seluruh cintamu itu hidup segar di jiwaku
Masih ku terasa
Tak layu ditelan waktu
Tak pudar kasih hatiku
Dan kau masih lagi ku sayangi
Walaupun engkau tiada
Namun cintamu terasa
Membendung rinduku sejak dulu hingga kini
Indahnya ku kenang dan pahitnya dah ku telan
Begitulah kasihku kepadamu
Ingin aku mengulangi saat indah waktu dulu
Tapi bagaimana dapatkah berulang lagi
Bersamalah kita jadikan pengajaran
Betapa pedihnya oh perpisahan
Mengapa di waktu ini
Aku teringat kembali segala kenangan
Apakah engkau pun sama masih ingat kepadaku
Seolah kita tak pernah berpisah
Walaupun engkau tiada
Namun cintamu terasa
Membendung rinduku sejak dulu hingga kini
Indahnya ku kenang dan pahitnya dah ku telan
Begitulah kasihku kepadamu
Ingin aku mengulangi saat indah waktu dulu
Tapi bagaimana dapatkah berulang lagi
Bersamalah kita jadikan pengajaran
Betapa pedihnya oh perpisahan
Tersingkaplah tirai cintaku yang lalu
Hangatnya bagai lahar yang membakar bumi
Sehinggakan aku menggelumpur kelecuhan
Bila engkau pergi tak kembali
xoxo
1 Comments
Hahaha lirik lagu yg best
ReplyDelete