PLAN MINUM PETANG

 Assalamualaikum dan hai hai hai everything...

Sekarang ni bila petang-petang, cuaca cantik juga kalau duduk-duduk dekat laman depan rumah makcik nih... alhamdulillah, cuaca terbaik... nak kata panas sangat pun tidak, just nice...


Sambil duduk-duduk tu, kadang-kadang makcik terfikir juga, best pulak kalau dapat makan brownies dengan secawan Kopi O hitam pekat melekat memikat gitu... hehehehe... kalau untuk pakcik korang pulak confirmedlah Teh O suam... perrghhhh, meme heavenly feelings punyalah kan kan kan...

Nah, harini makcik nak share dengan korang RESEPI BROWNIES KEDUT SUKATAN CAWAN... kebetulan masa makcik dok terfikir-fikir nak buat Kopi O Kaw ke Teh O Suam Kaw ke makcik ternampak resepi nih... ajommmm kita selusuri sama-sama.. #sharingiscaring kannnn...

BAHAN-BAHAN BASAH

1/2 butter
1 cawan dark chocolate (chocolate coin)
1 cawan gula perang
1/2 cawan gula castor
2 biji telur
= pukul ketiga2 bahan sampai agak2 sebati. tak lama pun, 2,3 minit je. tak payah sampai gula kembang bagai. tak payah guna mixer. pakai tangan je dgn whisk or senduk.

BAHAN-BAHAN KERING

1 cawan tepung
2 sudu besar serbuk koko
2 cubit garam
1/2 sudu teh nescafe
1/2 cawan walnut cincang kasar

CARA-CARA

1) Cairkan butter dan dark chocolate secara double boil.
2) Pukul telur bersama gula perang dan gula castor. Hanya gunakan tangan tanpa perlu mixer.
3) Campurkan kesemua bahan kering.
4) Masukkan #1 ke dalam adunan #2 dan kacau sehingga sebati.
5) Masukkan #3 dan kacau lagi sehingga sebati.
6) Letakkan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 160 darjah celcius selama 25 minit.
7) Apabila brownies telah masak, biarkan sekejap di dalam ketuhar dan bukakan sedikit pintu oven untuk mengeluarkan haba.

Kredit: Hamiza Roslan


Simple je kan nak  buat?... hehehehe...

TAPI

Kalau korang tak sempat nak buat atau bahan-bahan tak cukup, meh order brownies sedap nih...

Makcik dah plan dah menu untuk minum petang nanti, makcik ingat nak order brownies dari Mamasab... korang macam mana?... sekarang ni ada offer PROMO COMBO BRO2 tau...


Dua BROWNIES premium dalam satu kotak!
😱😱😱😱

🍫Brownies Extra Drizzle
🍫Brownies Mix Nuts

Satu tu dikayakan dengan rasa coklat, dilimpahi nutella dan caramel drizzle... hat satu lagi pulak ditambah dengan kerangupan kekacang almond...

Memang yummy bebeno la petang nanti... tazzabar pulak nak ber'tea-break' together-gather dengan pakcik korang...



Eh, kalau korang pun nak ber'tea-break' together-gather macam makcik, boleh jugak tau... promo ni berlangsung start harini 21/02/2022 sampai 26/02/2022... haaaa, meh order sekarang kalau tak nak mengintai dari tirai kamar... ajommmm...

✔️21-26 FEBRUARY 2022
✔️RM40 SAHAJA


#kbba9 #kelabbloggerbenashaari #weollsdotblogspotdotcom #foodblogger #foodie #mamasabwarrior  #combobro2 #BrowniesMurahCyberjaya #BrowniesMurahPutrajaya #BrowniesMurahPuchong #BrowniesMurahSeriKembangan #BrowniesMurahBangi #BrowniesMurahKajang #BrowniesMurahDamansara #BrowniesMurahShahAlam #BrowniesMurahCheras #BrowniesMurahKeramat #BrowniesMurahSemenyih #BrowniesMurahMelaka #BrowniesMurahJB #BrowniesMurahPasirGudang #BrowniesMurahBatuPahat #BrowniesMurahSeremban #BrowniesMurahAlorSetar #BrowniesMurahPendang #BrowniesMurahKotaBharu #BrowniesMurahTanahMerah #BrowniesMurahKemaman #BrowniesMurahTerengganu

xoxo

Tini Alif

20 years of experience within the technical, manufacturing and services environment. Assists brands and companies to achieve their targeted and potential customer through writing service such as article writing, copywriting, ghostwriting, manuscript writing, technical writing, content marketing and translation amongst others. Interested to collaborate? Email: hartini.hussain.work@gmail.com or WhatsApp at +601154054677

1 Comments

Previous Post Next Post