Assalamualaikum dan hai hai hai everything... bulan Mac nanti genaplah dua tahun kita semua berada dalam pandemik COVID-19... seingat makcik, semenjak mula-mula kita semua terpaksa berkurung sewaktu PKP sehingga seterusnya tidak dapat pulang ke kampung halaman untuk berhari-raya sampailah kini, kerisauan terhadap penyebaran virus pembunuh ini tetap sama... walaupun kini kita boleh dikatakan dapatlah bergerak ke lebih banyak tempat, namun kita masih belum menang....
Bermula dangan pemberian vaksin kepada golongan rentan dan berusia lebih 60 tahun, seterusnya ia dilanjutkan kepada golongan dewasa yang lain mengikut umur... pemberian vaksin dos pertama dan dos kedua untuk golongan dewasa telah dilaksanakan dan disusuli dengan dos penggalak... remaja berusia di antara 12 hingga 17 tahun juga turut divaksin dalam usaha mencegah penularan virus COVID-19 durjana ini dan sehingga 30/01/2022 telah mencapai 88.6% peratusan yang telah lengkap divaksinasi (Sumber: klik di sini)...
Masyarakat telah sedia maklum bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melaksanakan pemberian vaksin COVID-19 untuk kanak-kanak berusia 5 hingga bawah 12 tahun bermula Februari 2022... untuk pengetahuan semua, vaksin mRNA iaitu Comirnaty® 10mcg Concentrate for Dispersion (PfizerBioNTech) akan digunakan dalam program vaksinasi ini... keputusan kajian klinikal vaksin ini didapati menunjukkan keberkesanan sebanyak 90.7% serta berupaya untuk meningkatkan tindak balas imun yang tinggi terhadap penyakit COVID-19...
Program vaksinasi kanak-kanak ini memerlukan dua suntikan dos vaksin dengan sela masa lapan (8) minggu selepas dos pertama... menurut data terkini yang diperolehi, sela masa lapan (8) minggu di antara dua dos yang diberikan akan memberi kesan tindak balas imuniti dan kadar keberkesanan yang lebih tinggi serta berpotensi untuk memberikan perlindungan yang lebih lama...
Untuk pengetahuan semua, sistem tempahan janji temu melalui MySejahtera telah mula dibuka pada penghujung Januari 2022... sebagai permulaan, ibu bapa boleh mula mendaftarkan anak sebagai tanggunggan dalam aplikasi MySejahtera mereka... seterusnya, tempahan janji temu vaksinasi akan dibuka secara berperingkat bermula 31 Januari 2022 dan dibuka kepada ibu bapa yang tinggal di Lembah Klang dahulu...
Berikut adalah senarai PPV untuk #PICKids yang boleh dipilih melalui pautan janji temu vaksinasi kanak-kanak di MySejahtera... ibu-bapa atau penjaga boleh masukkan nama PPV atau poskod untuk memilih slot janji temu vaksinasi anak anda melalui pautan tersebut...
Untuk memudahkan ibu-ayah juga penjaga kanak-kanak mendaftarkan juga menempah janji temu vaksinasi untuk anak-anak korang, ni makcik ada letakkan infografik berkenaan langkah-langkah untuk janji temu vaksinasi #PICKids melalui pautan tempahan di MySejahtera...
Kalau korang confused, video tentang langkah-langkah untuk janji temu vaksinasi #PICKids melalui pautan tempahan di MySejahtera pun ada ni haaaa...
Buat masa ni, anak-anak makcik masih belum lagi ke sekolah sebab pembelajaran masih dijalankan secara online (alhamdulillah)... selain daripada tu, makcik dan pakcik korang pun sekarang ni dalam proses nak buat pertukaran sekolah untuk anak-anak... basically, makcik dan pakcik alhamdulillah, dah complete being vaccinated daripada dos pertama, dos kedua hinggalah ke dos penggalak...
So far, lepas ambik dos penggalak tiga minggu yang lalu, setakat nih, masih ada lagi terasa kesan-kesannya... sebagai contoh, sekarang nih kalau duduk je memang senang kaki jadi kebas... kalau dulu, duduk lama je baru rasa gitu... masa minggu pertama dan kedua selepas mengambil dos penggalak, lepas Isyak gitu, badan makcik rasa seram-sejuk tapi takde la sampai menggigil, bangun pagi je okay macam biasa... pakcik korang pula ada rasa sakit gigi sikit dan badan lenguh-lenguh masa dua minggu pertama lepas ambik dos penggalak... anak sulung makcik alhamdulillah dah fully vaccinated dengan dua dos vaksin, so far, sihat... other than that, alhamdulillah, we are getting better...
Makcik harap kesemua anak-anak berusia lingkungan 5 hingga 12 tahun yang akan menjalani program imunisasi ini tidak akan mengalami apa-apa kemudaratan... dengan izin Allah, semoga semuanya baik-baik sahaja... tiada apa yang makcik harapkan hanyalah kesejahteraan semua anak-anak sekalian... amiiiin... till then, take care everyone... see you when I see you... daaaa...
xoxo
6 Comments
This is a good safety program for kids. Thank you for sharing. Good post. Very informative and detail.
ReplyDeleteBagusnya artikel ni. penuh dgn info yg mmg rasanya parents carik sbb ye la bab nak bg vaksin anak kan..moga pasni semua bebas dr covid
ReplyDeleteOh baru tau vaksinasi untuk kanak-kanak dah boleh mula ambil. Kalau tak ada apa-apa komplikasi atau kes yang terjadi pada kanak-kanak yg dah ambil, eloklah disuntik kan. Booster nanti kita dah tak nak amik dah. Huhu.
ReplyDeleteThanks for sharing this, will share with my sister coz my niece need to go for vaccination.
ReplyDeleteNad pun tak tau lagi nak vaksinkan anak-anak ke tak, risau semua ada. Ikut parents mana yang terbaik
ReplyDeleteOkat thanks.. dah share kt adik, sebab haritu dia tanya.. nanti boleh tengok tempat di Johor punya..
ReplyDelete