RESEPI KOBIS GORENG TELUR STYLE MAKCIK

Assalamualaikum dan hai hai hai everything...  time kecik-kecik dulu makcik tak berapa gemar makan sayur... biasalah, budak-budak lagi kan... kalau ibu bagi makan sayur je (suap sendiri) ada je akal nak ngelat... kalau mak (babysitter merangkap mak angkat) lagi senang, mak je suap... nak tak nak, memang confirmed kena makan jugak kan... hehehehe...

Kadang-kadang tu, menangis-menangis la jugak dek jiwa yang meronta-ronta tak nak makan sayur... kat dalam fikiran dah ditanamkan bahawa sayur tu pahit... memang pahit kan... masa tu tak terfikir yang pahit adalah ubat... yelah, sayur kan ada banyak khasiat dan vitamin yang diperlukan oleh badan... namun, fikiran kanak-kanak tetap membayangkan yang sayur memang tak sedap...

Kalau dulu, ibu makcik yang kena menghadap perangai mengada-ngada tak nak makan sayur makcik tu kan?... laaaa nih, makcik dan pakcik korang kenalah pulak menghadap perangai anak-anak yang kurang minat makan sayur juga... macam-macam akal anak-anak tak nak makan sayur tapi diorang tak tahu, semua tu kat dalam poket makcik dan pakcik laaa... dah pernah buat dulu kan... hehehehe...

So, apa yang pakcik dan makcik buat?.. kami ubahsuai resepi lauk-pauk... ni yang makcik nak share dengan korang nih... anak-anak makcik memang suka makan telur... selalunya, kalau makcik masak sayur, makcik akan pastikan telur berada di dalam bahan-bahannya... mempersembahkan, kobis goreng telur... depa dah jatuh cinta dah laaa nih... suka nau makan menu nih... ibu-ayah boleh cuba juga ya...


BAHAN-BAHAN

1/2 biji kobis (sederhana besar)
2 tangkai cili merah
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 biji telur (makcik letak 4 biji telur kadang-kadang)
Secubit garam
Minyak


CARA-CARA

1) Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah. Setelah bawang kekuningan, masukkan cili merah dan tumis sebentar.
2) Masukkan sayur kubis dan kacau seketika.
3) Buat ala-ala lubang di tengah-tengah kobis dan tuangkan telur.
4) Kacau rata dan masukkan garam secukup rasa (guna sikit je okay).

Senang kan... inilah antara cara yang makcik lakukan untuk menambat hati anak-anak pada waktu makan... pakcik korang pun suka resepi nih... mudah, ringkas dan sedap dimakan... apa tunggu lagi korang?... cepat-cepat masukkan kat dalam list menu untuk dicuba ya... till then, daaaa...

xoxo

Post a Comment

1 Comments