Assalamualaikum dan hai hai hai everything... last week makcik sekeluarga kan ada ke sana ke mari... nak dijadikan cerita, masa berhenti kat one of the kawasan rawat dan rehat, anak-anak nak beli makanan... kami ke satu lot yang menjual western food... semasa menunggu untuk menempah makanan, keadaan di kaunter agak serabut kerana mungkin cashier tersebut baru dan masih in-learning stage... itu okay je takde masalah, kami tunggu je untuk giliran kami walaupun ada je yang potong line...
Finally, we ordered and while they were preparing the foods, kelam-kelibut sungguh keadaannya... the packer was packing the food however, he packed it wrongly, kiranya the other way round as in terbalik... bekas polipropelin untuk pack makanan tu, ada bahagian bawah dan atas kan... basically, belah bawah adalah lebih besar permukaannya berbanding belah atas... logiknya kerana makanan akan diletakkan di bahagian tersebut dan seterusnya ditutup... selain itu, bahagian atas tu biasanya ada part yang dah sedia tiris dan boleh dilubangkan untuk mengeluarkan haba...
Nota: Hat dibujurkan tu adalah area tiris yang ada kat bahagian atas bekas polipropelin untuk packed foods...
So, at that point of time, ada customer yang patah balik ke kaunter menyoal tentang portion makanan dine-in... mula-mula tu cashier membantah la jugak dengan nada agak kasar... tapi since customer tu betul (sebab portionnya memang sikit naaaa) then, cashier top-up, tambah kuah and settled... masa tu makcik relax je lagi... tapi, bila makcik tengok pekerja terus je continue meletakkan makanan dengan bekas polipropelin tu terbalik (portion memang out of the discussion la kan sebab memang secoet je) makcik pun tegur la packer tu sebab makcik risau kuah tu tumpah (dan memang kuahnya meleleh pun)... maklumlah, makcik kan pernah bekerja kat F&B industry sebelum ni dan selalu jadi mystery shopper untuk most of the giant retails and F&B outlets... most of the time, makcik akan identify WIP and result (makanan yang diberi) mengikut specification dan SOP ke tidak...
Makcik: Dik, bekas tu terbalik dik...
Packer: ... (buat dunno je)...
Makcik: Bekas tu kena pusingkan ke atas dik baru letak, nanti kuah tumpah...
Packer: ... (still continue pack dan buat tak dengar walaupun jarak kami tak jauh pun)...
Cashier: ... (pandang slack kat makcik)...
Makcik: ... (takpelah, diam je terus, makcik berlapang dada je masa tu, tak nak keadaan jadi tak best)...
Lepas bayar, package tu semua senget dah, kuah tumpah sana-sini... aduhai, makcik just mintak beg plastik lain... lepas ucap terima kasih, makcik terus susun bekas makanan dalam dua beg plastik dan challo... tak nak tunggu lama-lama...
Makcik bukan apa, tiba-tiba terfikir, sekarang ni kan zaman viral, kang dibuatnya ada kaki content yang hard-up tiber dok record ke, padahal tegur biasa je macam kita tengah bercakap tu, kang jadi hal pulak... hmppp, entahlah... makcik doakan semoga Allah lindungi kita semua daripada segala keaiban yang kadang-kadang bukan suatu aib pun tapi menjadi aib apabila ia disebarkan, difitnahkan... haa gitu... sekarang kan zaman fitnah... risau je kalau ada kat luar kadang-kadang... yelah, kita mana nak tau hati orang kan...
Semakin meningkat usia dan dah berjumpa dengan pelbagai ragam manusia, bagi makcik, ini semua adalah asam-garam kehidupan... tinggal lagi kita sebagai manusia ni kena sama-samalah bertolak-ansur dan faham-memahami... bak kata pakcik korang, kalau satu api dan tengah membara terbakar, kita janganlah simbah minyak, kita jadilah pasir supaya api yang marak dapat dikurangkan dan seterusnya padam... begitulah...
Takpelah, kita move on je... hari ni makcik nak share dengan korang 22 BUFFET RAMADAN BEST DI NEGERI MELAKA 2022 sementelah bulan Ramadan yang akan kunjung tiba tak lama lagi... semoga Allah menghilangkan kegundahan hati ini, amiiiiin... ajommmm...
Baca ini juga:
Baca ini juga:
Baca ini juga:
Jumpa di sana ya semua... till then, take care and stay safe...
#buffetramadan #ramadan2022 #familyiftar #iftardinner #kbba9 #kelabbloggerbenashaari #makanmakan #deliciousfood #gettogether #bukapuasa #iftar #puasa
xoxo
1 Comments
saya ingin membuat iklan disini
ReplyDelete