| MATA JADI BUTA AKIBAT KENCING MANIS (DIABETES MELLITUS) | Assalamualaikum dan hai hai hai everything. Pagi tadi, masa borak-borak selepas sessi LIVE kat TikTok, makcik teringat betapa terperanjatnya makcik empat sekawan semasa kami berada di rumah sahabat kami di bandar X. Korang nak tau apa yang membuatkan kami terperanjat? Begini ceritanya gais. Makcik empat sekawan telah pulang ke kediaman sahabat kami sempena hari kelepasan am. Kami stay di sana selama tiga hari.
Pada hari pertama hingga hari kedua, semuanya berjalan seperti biasa. Namun begitu, pada hari ketiga, kami ternampak ibu jari kaki bapa sahabat kami TIADA apabila Pakcik Zek membuka stokinnya! Ya Allah, memang terkejut betul masa tu. Kami terkedu, berpandang-pandangan sesama-sendiri tanpa berkata apa-apa. Melihatkan kami yang sudah kaget dan terkesima, Pakcik Zek terus explain bahawasanya ibu jari kakinya terpaksa dipotong dek kencing manis.
Aduh, terasa sakitnya tu turut meresap ke dalam jiwa-jiwa kami tau. Semasa Pakcik Zek menerangkan perihal sakit yang dihidapinya, beliau turut sempat menasihatkan kami agar sentiasa menjaga pemakanan yang seterusnya bakal menzahirkan kesihatan yang optimum. Untuk pengetahun korang, Pakcik Zek menghidap penyakit kencing manis atau dalam bahasa saitifiknya ia dikenali sebagai Diabetes Mellitus.
APAKAH DIABETES MELLITUS?
Diabetes Mellitus merupakan sejenis penyakit kronik yang berlaku sama ada apabila pankreas tidak menghasilkan insulin yang mencukupi atau apabila badan tidak dapat menggunakan insulin yang dihasilkan dengan berkesan. First thing first, Insulin adalah hormon yang mengawal gula darah. Kesan biasa diabetes yang tidak terkawal dan dari masa ke masa membawa kepada kerosakan serius kepada banyak sistem badan, terutamanya saraf dan saluran darah pula dikenali sebagai Hiperglisemia.
Pelbagai kajian dan analisis statistik telah dilaksanakan. Menurut WHO, pada 2014, 8.5% orang dewasa berumur 18 tahun ke atas menghidap diabetes. Pada 2019, diabetes merupakan punca utama kepada 1.5 juta kematian dan 48% daripada semua kematian akibat diabetes berlaku sebelum umur 70 tahun.
Antara tahun 2000 dan 2016, terdapat peningkatan 5% dalam kadar kematian pramatang (iaitu sebelum umur 70 tahun) akibat diabetes. Di negara berpendapatan tinggi, kadar kematian pramatang akibat diabetes menurun dari 2000 hingga 2010 tetapi kemudian meningkat pada 2010-2016. Di negara berpendapatan sederhana rendah, kadar kematian pramatang akibat diabetes meningkat sepanjang kedua-dua tempoh.
Sebaliknya, kebarangkalian untuk mati akibat mana-mana satu daripada empat penyakit tidak berjangkit utama (penyakit kardiovaskular, kanser, penyakit pernafasan kronik atau diabetes) antara umur 30 dan 70 menurun sebanyak 18% di seluruh dunia antara 2000 dan 2016.
Kredit sumber: Klik sini
PERINGKAT DIABETES MELLITUS
DIABETES JENIS 1
Diabetes jenis 1 dicirikan oleh pengeluaran insulin yang kurang dan memerlukan pesakit sentiasa memerhatikan keperluan insulinnya setiap hari. Pada 2017, terdapat 9 juta orang yang menghidap diabetes jenis 1 dan majoriti daripada mereka tinggal di negara berpendapatan tinggi.
Gejala termasuk perkumuhan air kencing yang berlebihan (poliuria), dahaga (polydipsia), rasa lapar yang berterusan, penurunan berat badan, perubahan penglihatan, dan keletihan. Gejala ini mungkin berlaku secara tiba-tiba.
DIABETES JENIS 2
Diabetes jenis 2 berpunca daripada penggunaan insulin yang tidak berkesan oleh badan. Lebih daripada 95% penghidap diabetes menghidap diabetes jenis 2. Sebahagian besar penghidap menghadapai penyakit kencing manis jenis ini disebabkan oleh berat badan berlebihan dan kurang aktiviti fizikal.
Gejala mungkin serupa dengan diabetes jenis 1 tetapi selalunya kurang ketara. Akibatnya, penyakit itu mungkin didiagnosis beberapa tahun selepas permulaan iaitu selepas komplikasi telah timbul.
Kebiasaannya, diabetes jenis ini hanya dilihat pada orang dewasa tetapi kini juga semakin kerap berlaku pada kanak-kanak.
Kredit sumber: Youtube Lyana Ishak
APAKAH AKIBAT DIABETES MELLITUS?
Kali ini, makcik nak share dengan korang specifically berkenaan gejala diabetes berkenaan perubahan penglihatan. Kalau dulu, kita sering diberitahu bahawa kalau ada kencing manis, kaki kena potong atau mana-mana bahagian luka yang tidak baik-baik lukanya akan dipotong kan? Itu sahajalah yang sering berlegar-legar di fikiran kita. Sebenarnya, ada yang lebih parah kerana kita juga boleh menjadi buta hanya disebabkan oleh Diabetes Mellitus. Macam tak percaya je kan.
Ajommmm kita selusuri.
GEJALA DIABETES MELLITUS - PERUBAHAN PENGLIHATAN
PENGLIHATAN KABUR
Penglihatan kabur adalah salah satu gejala pertama diabetes pra-jenis 2. Ia berlaku apabila badan mengalami paras gula darah yang tinggi secara berterusan. Gula darah yang tinggi menyebabkan keradangan pada kanta, dan bengkak ini membawa kepada kabur.
Julat normal paras gula darah (70-130 mg/dL sebelum makan dan kurang daripada 180 mg/dL untuk satu hingga dua jam pertama selepas hidangan).
KATARAK
Kredit sumber: Klik sini
Kanta kamera direka bentuk untuk berfungsi sama seperti kanta mata. Kanta yang sihat adalah lutsinar supaya ia boleh memfokuskan cahaya yang ada melalui humor vitreous ke retina. Walau bagaimanapun, apabila katarak mula terbentuk, kanta kelihatan legap atau keruh dan kehilangan keupayaannya untuk fokus.
Individu yang menghidap Diabetes Melitus lebih terdedah kepada penyakit katarak, pada usia yang lebih muda dan seterusnya menyebabkan katarak merebak dengan lebih cepat. Selain itu, mereka yang menghidap diabetes yang tidak terurus akan berisiko lebih tinggi untuk menjalani pembedahan katarak. Oleh itu, cara terbaik untuk merawat katarak adalah dengan melakukan semua yang anda boleh untuk mengelakkannya dari awal.
Selain kehilangan penglihatan, katarak selalunya dapat dilihat dengan mata kasar. Apabila melihat cermin, atau merenung ke dalam mata penghidap katarak, anak mata mungkin kelihatan agak mendung atau kelihatan mempunyai warna kelabu atau kebiruan.
GLAUKOMA
Glaukoma adalah salah satu punca utama kehilangan penglihatan dan buta. Glaukoma berlaku apabila tekanan bendalir di dalam mata meningkat ke paras yang lebih tinggi daripada biasa. Pengumpulan tekanan ini merosakkan saluran dan saraf sehingga akhirnya menyebabkan kehilangan penglihatan.
Gejala glaukoma termasuk:
1) Sakit mata.
2) Nampak cahaya halus di sekeliling lampu.
3) Mata berair.
4) Penglihatan kabur atau kehilangan penglihatan.
5) Sakit kepala.
Glaukoma dirawat dengan suntikan di belakang mata. Walau bagaimanapun, pengesanan awal adalah penting kerana sebarang kehilangan penglihatan akibat glaukoma biasanya kekal. Glaukoma yang tidak dirawat atau tidak terurus pada penghidap diabetes akhirnya berkembang menjadi glaukoma neovaskular. Akhirnya, glaukoma neovaskular membawa kepada buta tanpa rawatan.
DIABETIK RETINOPATI
Dinding salur darah halus atau kapilari darah menjadi lemah apabila kandungan gula yang tinggi berlaku berterusan dalam darah. Filem mata membengkak kerana salur darah kapilari yang lemah ini mengakibatkan kebocoran protein dan lemak daripada darah. Selain daripada itu, kemerosotan aliran darah ke retina boleh berlaku apabila salur darah kapilari tersumbat,. Akibatnya, aliran oksigen dan nutrien ke lapisan retina turut terjejas.
Hal ini akan merangsang pertumbuhan saluran darah baru yang tidak sihat di dalam mata. Salur darah baru ini amat rapuh, ia mudah pecah dan boleh mengakibatkan pendarahan pada keseluruhan bahagian dalaman bola mata. Pendarahan yang berterusan ini boleh menyebabkan retina berparut (scarring), dan retina lekang (tractional retinal detachment).
GEJALA DIABETIK RETINOPATI
Bintik-bintik hitam yang dikenali sebagai floaters akan kelihatan terapung-apung. Ia berpunca daripada pendarahan dalam bola mata dan boleh juga terjadi sekiranya retina lekang.
Peringkat awal Diabetik Retinopati berlaku apabila salur darah kapilari tersumbat dan bocor tetapi masih dalam keadaan terkawal. Peringkat teruk pula berlaku apabila tahap aliran darah ke retina terjejas teruk. Pada ketika ini, berlakunya pertumbuhan salur darah baru yang rapuh. Kadangkala, bahagian dalam bola mata akan dipenuhi dengan pendarahan yang dikenali sebagai Vitreous Haemorrhage. Pada ketika ini parut dan koyakan retina mungkin dapat dilihat.
RAWATAN DIABETIK RETINOPATI
1) Sekiranya terdapat pertumbuhan salur darah baru yang tidak sihat. Rawatan yang diberikan adalah rawatan laser. Rawatan ini adalah cepat, selamat dan terbukti mengawal diabetik retinopati daripada menjadi lebih parah.
2) Sekiranya berlaku bengkak filem retina. Rawatan yang diberikan adalah laser (dos rendah), atau suntikan ubatan. Rawatan ini bertujuan mengurangkan bengkakan filem mata dan mengembalikan penglihatan.
3) Dalam sesetengah keadaan yang lebih serius, pembedahan mungkin diperlukan untuk membersihkan darah yang terkumpul di dalam bola mata dan membaiki retina yang rosak.
Jika tidak dikawal, retinopati diabetik berkembang menjadi dua keadaan mata yang lebih serius.
DETASMEN RETINA
Lama kelamaan, retinopati diabetik membentuk tisu parut di bahagian belakang mata. Parut menarik retina dari mata, menyebabkan detasmen retina. Gejala detasmen retina termasuk penampilan terapung atau bintik-bintik, penglihatan kabur, kilatan cahaya, penglihatan persisian berkurangan secara beransur-ansur, atau bayang-bayang (seperti kesan langsir) berlapis di atas medan visual anda.
EDEMA MAKULA DIABETIK (DME)
Kredit sumber: Klik sini
Kira-kira 1 dalam 15 orang yang menghidap diabetes mengalami edema makula diabetik (DME). Ia berlaku apabila darah dari saluran pendarahan dalam retina masuk ke dalam makula. Makula bertanggungjawab untuk mencipta imej yang jelas dan terperinci. Walau bagaimanapun, apabila ia disusupi dengan darah, penglihatan kabur adalah kesan sampingan serta-merta.
SIAPA YANG BERISIKO TINGGI MENGHIDAP DIABETIK RETINOPATI?
1) Mereka yang menghidap diabetes lebih daripada 5 tahun dan mempunyai paras gula yang tidak terkawal .
2) Mempunyai paras tekanan darah tinggi dan kolesterol yang tidak terkawal
3) Berat badan yang berlebihan atau obesiti
4) Kehamilan (terutamanya jika sudah mengalami kencing manis SEBELUM hamil)
5) Mempunyai tabiat merokok.
Untuk pengetahuan semua, hampir 40% penghidap diabetes di Malaysia dikesan mengalami masalah diabetik retinopati tau!
Walau bagaimanapun, masih ramai pesakit diabetis tidak mengetahui komplikasi mata yang boleh berlaku akibat diabetes.
Dan, sebilangan pesakit masih belum pernah menjalani pemeriksaan mata.
Oleh itu, makcik nak sarankan agar semua pesakit kencing manis segera mendapatkan temujanji dengan pakar mata atau optometris bertauliah berhampiran korang.
SARANAN PEMERIKSAAN MATA
1) Sekurang-kurangnya 1 kali setahun.
2) Pemeriksaan lebih kerap diperlukan sekiranya diabetik retinopati berada pada tahap yang serius
3) Jalani hidup yang sihat dengan bersenam 4 hingga 5 kali seminggu.
4) Kekal cergas dan elakkan obesiti.
5) Makan makanan yang sihat dengan mengamalkan cara “suku-suku-separuh”.
6) Patuhi nasihat doktor.
7) Makan ubat secara teratur dan lakukan pemeriksaan komplikasi diabetis yang lain.
Korang nak tau tak, Kementerian Kesihatan Malaysia turut bertekad mencegah kebutaan dalam kalangan pesakit diabetes dengan menubuhkan Kumpulan Kerja Teknikal (TWG) yang menggabungkan pakar dalam bidang endokrinologi dan oftalmologi tau.
TWG terdiri daripada golongan profesional penjagaan kesihatan Perkhidmatan Oftalmologi dan Perkhidmatan Endokrinologi kementerian, Seksyen Rawatan Asas Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga di Hospital Ampang, Hospital Sultanah Nur Zahirah, Hospital Putrajaya, Hospital Sungai Buloh, Bahagian Kawalan Penyakit dan Pegawai Kesihatan Daerah Putrajaya.
Di bawah inisiatif ini juga, pasukan oftalmologi dari Hospital Shah Alam, Hospital Serdang dan Hospital Putrajaya mengadakan kempen kesedaran awam dengan menjalankan pemeriksaan mata di tapak Konvensyen Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN).
Baca selanjutnya di sini.
Untuk rekod, pemeriksaan mata standard tidak mampu mengesan Diabetik Retinopati. Walau bagaimanapun, pemeriksaan dengan teknik tertentu dapat mengesannya. Sekiranya ada di antara ibu, ayah, atok, nenek, makcik dan pakcik yang korang kenali berumur 60 tahun atau lebih, jom bawa mereka untuk pemeriksaan mata di Optom Eyecare. Eh, yang masih muda pun dialu-alukan untuk buat pemeriksaan mata tau. Lebih baik mencegah dari merawat, gitchew.
OPTOM EYECARE
Optom Eyecare telah ditubuhkan oleh pakar industri optik yang berpengalaman untuk mengatasi masalah harga mahal yang diperlukan untuk mendapatkan sepasang cermin mata berkualiti tinggi yang baharu. Optom Eyecare merupakan jenama yang berpengalaman dalam menguruskan sistem penglihatan dan menjual barangan optik berjenama. Optom Eyecare mula beroperasi pada tahun 2016, dari perniagaan dalam talian maya dan kini telah membantu ribuan orang yang memerlukan melalui premis yang dibuka berhampiran kediaman anda.
Pada April 2021, Optom Eyecare telah menubuhkan cawangan mereka yang terletak di Bandar Baru Bangi, Selangor. Optom Eyecare merupakan pusat optometri dan optik bertaraf dunia yang memberi keutamaan kepada masyarakat. Premis ini dilengkapi dengan kemudahan terbaik untuk memberikan perkhidmatan yang setaraf dengan hotel 5 bintang.
Sudah tiba masanya korang berhenti memaksa diri untuk mendapatkan semula perspektif korang!
MISI OPTOM EYECARE
1) Menyediakan suasana lima bintang dan kondusif.
2) Berikan tugasan tanpa kompromi.
3) Latih pasukan terbaik demi pelanggan.
MESIN DI OPTOM EYECARE:
1) Mesin Autorefractor yang menyaring power mata.
2) Mesin Fundus yang mengesan abnormaliti bahagian belakang mata (fundus foto) dan saraf.
3) Mesin Slit Lamp yang mengesan abnornamaliti bahagian depan mata.
JOM BUAT PEMERIKSAAN MATA DI OPTOM EYECARE SEKARANG!
Untuk maklumat lanjut korang boleh terus ke:
Optom Eyecare Optometris Bangi
Alamat: No. 37 Jalan 8/1, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor
(Berdekatan Marrybrown).
Waktu Operasi: 9.00 am – 8.00pm (Setiap Hari)
Till then, sentiasalah jaga pancaindera kurniaan Illahi ya. Daaaaa. See you when I see you.
xoxo
0 Comments