TIADA YANG MUSTAHIL DENGAN IZINNYA

| TIADA YANG MUSTAHIL DENGAN IZINNYA | Assalamualaikum dan hai hai hai everything.

Setiap insan pasti mempunyai harapan (impian) samada untuk diri sendiri mahupun orang lain. Begitu juga dengan makcik dan korang semua betul tak? Kita mungkin mempunyai harapan yang sehingga kini masih belum berjaya direalisasikan. 

Mungkin kerana ia memang sukar dicapai dan memerlukan usaha yang lebih lagi atau ada sebab-sebab lain menghalang kita daripada mencapai harapan tersebut.

Kadang-kadang kita merasakan bahawa takdir tidak menyebelahi kita. Kita bukan siapa-siapa, kita tidak kaya, kita kurang berpendidikan. Nak capai hajat pun kena kerja kuat-kuat dahulu. Bukan dengki dengan nasib orang lain, tapi mesti ada terdetik rasa macam tak adil sikit kan?


Team possible, usahlah berfikir begitu.

Sedangkan siang boleh menjadi malam, maka, yakinlah Allah akan mengubah penat menjadi nikmat. Semoga apa yang diperjuangkan, diperolehi. Apa yang ditunggu, datang segera. Apa yang diharapkan, tidak mengecewakan. Apa yang didoakan, dimakbulkan dan apa yang dituju tidak hilang. 

Bebaskan diri korang dari keserabutan hidup. Mulakan dengan kesederhanaan, ketenangan, dan jangan merumitkan perkara mudah. Apa yang sepatutnya berlaku, pasti akan berlaku. Kita perlu teruskan berusaha dan berdoa kepadaNya. Semoga apa pun yang berlaku kita tabah menghadapinya.

Dalam mengharungi hari-hari yang mendatang, kita masih orang yang sama, tetapi, semakin meniti hari, cerita kita akan berbeza. Sementelah menghadapi liku-liku kehidupan, makcik telah belajar dari pengalaman semalam. Marilah kita bersama-samalah berdoa semoga kepenatan kita menjadi penat yang baik, mendekatkan rezeki dan mampu diyakini bahawa kita sedang berjuang di jalan yang benar.

Team possible, aja aja fighting.

Muah ciked.

Hartini The Ghostwriter 
360 creativity at your utmost priority

#engagement #media #copywritingservices #copywriter #copywriterforhire #content #startnow #connections #connectingpeople #ghostwriter #ghostwritermalaysia #kbba9 #penulisupahan #servismenulis #penuliskonten #penulishantu #kelabbloggerbenashaari #hartinighostwriter #ghostwriterforhire #jomkahfi

xoxo

Tini Alif

20 years of experience within the technical, manufacturing and services environment. Assists brands and companies to achieve their targeted and potential customer through writing service such as article writing, copywriting, ghostwriting, manuscript writing, technical writing, content marketing and translation amongst others. Interested to collaborate? Email: hartini.hussain.work@gmail.com or WhatsApp at +601154054677

Post a Comment

Previous Post Next Post