SALAM KEMERDEKAAN YANG KE-66 BUAT MALAYSIA TERCINTA

Kita sudah sampai di lereng amat indah,
Di bawah pelangi,
Dalam ufuk yang masih mencabar,
Dan kita ikhlas berjanji untuk bermaruah,
Tenang dalam segala uji cabar dan debar.
Kita mencari hanya yang tulen dan jati,
Sekata hidup,
Mengerti dan berbudi.

Kita wajar mendaki lagi kerana puncak yang jauh,
Dalam gelora dan taufan,
Tak tercalar tekad kita,
Kerana kemerdekaan mengasuh kita bersuara dalam sopan,
Yakin menyanggah musuh,
Tulus menambah kawan,
Inti tunggak dan menara kebahagiaan.

(A Samad Said)


Di sini lahirnya sebuah cinta,
Yang murni abadi sejati,
Di sini tersemai cita cita,
Bercambah menjadi warisan.

Andai ku terbuang tak diterima,
Andai aku disingkirkan,
Ke mana harusku bawakan,
Ke mana harusku semaikan cinta ini.

Betapa,
Di bumi ini ku melangkah,
Ke utara selatan timur dan barat,
Ku jejaki.

Aku,
Bukanlah seorang perwira,
Gagah menjunjung senjata,
Namun hati rela berjuang,
Walau dengan cara sendiri,
Demi cinta ini.

Ku ingin kotakan seribu janji,
Sepanjang kedewasaan ini,
Ku ingin sampaikan pesanan,
Aku lah penyambung warisan.


MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

SALAM KEMERDEKAAN YANG KE-66 BUAT MALAYSIAKU TERCINTA

Team possible, aja aja fighting.

Muah ciked.

Hartini The Ghostwriter
360 creativity at your utmost priority

xoxo


Post a Comment

0 Comments