Banyak sebenarnya yang hendak diceritakan apabila timbul persoalan kenapa Kak Tini pilih untuk setia berblogging.
Ada lagi ke orang baca blog Kak Tini?
Relevan ke blog Kak Tini ni?
Ada ke market untuk blog Kak Tini?
Blog? Wujud lagi ke blogger zaman now?
Dan yada yada yada…
KENAPA BLOGGING?
Kak Tini memang suka menulis. Kalau nak diikutkan, Kak Tini lebih suka menulis daripada bercakap. Dulu-dulu, kalau diberi pilihan antara menelefon dengan menghantar SMS, Kak Tini pilih untuk hantar SMS. Begitu juga dengan sekarang, of course la WhatsApp, Telegram dan Facebook Messenger yang jadi pilihan. Bagi Kak Tini, I is blogging sebab minat. Hobi. Suka mendokumenkan apa sahaja yang muncul di benak fikiran. Tulis blog ni macam terapi untuk Kak Tini. Kalau Kak Tini sendiri dah tak enjoy untuk menulis di blog, what’s the point kan?
Style Kak Tini senang je, menulislah dari hati. Secara tak langsung, content kita tu sendirii yang akan bekerja untuk kita. Nak kata baaaaaanyak sangat tu tidaklah tapi bolehlah buat cover-cover sana sikit, sini sikit. Alhamdulillah, seriyes, Kak Tini bersyukur ke hadrat Illahi atas
Bakat Menulis
yang tidak seberapa ini. Hahahaha. Dah macam masuk bakul angkat sendiri la pulak ghopenya kannnn.
Bukan, bukan itu yang Kak Tini maksudkan gais. Apa yang Kak Tini cuba katakan adalah ia sedikit-sebanyak membantu Kak Tini yang
Ambivert
ini untuk sama-sama berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dalam dunia maya mahupun dunia sebenar.
Dulu-dulu kan, Kak Tini pernah rasa terjerat dengan simptom ‘ada ke orang nak baca cerita Kak Tini?’. Feelings ala-ala
Imposter Syndrome
tu pernah bermaharajalela sampai rasa susah nak buang tau. End up, Kak Tini asingkan diri daripada entiti yang terlalu massive dalam penulisan. Phew!
Leganya hanya Allah sahaja yang tahu. Kak Tini rasa healed dan dapat menulis kat blog tanpa rasa terbeban. Sebab tu Kak Tini teruskan blog tanpa memikirkan perkara lain yang tak penting. Sebab di sinilah
Zon Selamat
untuk Kak Tini bercerita tanpa sebarang prejudis. Ruang untuk Kak Tini bersembang dan berborak kosong juga berkongsi pengalaman yang mungkin bermanfaat untuk orang lain. Siapa tahu betul tak?
Tajuk ni dah terperap lama kat dalam draf sebenarnya. Entah macam mana, malam ni pulak Kak Tini baru rasa nak bahas isu ni. Walhal takde benda pun yang nak dibahaskan sebenarnya kan? Kah! Blogging ni simple je sebenanrnya. Tulislah apa-apapun, Yang penting, niat kita ke arah kebaikanlah of course.
Kenapa orang macam memperlekehkan blog ya?
Sebab dah ada TikTok yang lebih menghiburkan dan lebih wow?
Sebab ada Twitter sebagai platform paling interaktif?
Tepuk dada tanya selera. Bagi Kak Tini, kita memang kena ikut peredaran masa. Macam Kak Tini sendiri, Kak Tini pun ada account media sosial yang lain juga sebab kadang-kadang, ada juga job yang hadir di platform-platform tersebut.
Namun, apa-apapun yang Kak Tini buat, biasanya, Kak Tini akan tetap update dekat blog juga mengikut kesesuaian dan keperluan. Yelah, kalau blog ni, kita boleh
Tulis Panjang-panjang
boleh
Tukar Template
boleh
Tambah Widget
boleh
Praktikkan SEO
dengan lebih mendalam kan. Jadinya, sebenarnya, kesemua platform yang ada akan menjadi bermanfaat sekiranya kita bijak menggunakannya, gituh.
Kak Tini takkan give-up dengan blog. Blog Kak Tini ni ada jatuh dan bangunnya. Namun, alhamdulillah Kak Tini langsung tidak hilang minat padanya. Blog kekal di sisi. Walaupun pernah hampir 2 tahun setengah Kak Tini stop blogging sebab paranoid dengan suasana sekeliling, now, I am back on track. Lagipun, kat blog ni banyak tercoret cerita yang Kak Tini pasti akan tersengih tatkala membacanya.
Gais, tulislah blog. seriyes seronok. Kalau berminat, korang mungkin boleh start dengan versi percuma. Pastu lelama upgrade satu persatu. Dah rasa stabil, boleh guna hosting dan domain sendiri. Kak Tini pun in progress ke arah itu juga. Nah, korang boleh check it out kat sini.
Apa-apapun, kejayaan kita dalam dunia blogging ni terletak pada kurniaan yang Maha Esa. Bagi Kak Tini, first thing first is tetap berusaha dan terus berusaha memberikan konten terbaik. Keep learning as life never stops teaching. Kak Tini pun masih lagi dok belajo tentang SEO, data sains dan segala mak-nenek programming, yelah, ilmu perlu setanding atau lebih kannnnnn. Jangan malu bertanya tau. Nanti sesat jalan gituh.
Pastu, usah mudah terpedaya dengan sisi gelap sosial maya ni. Banyak sangat gula-gulanya sampai korang akan rasa insecure. Senang cerite, they do them, we do us. Tak yah nak follow trend sampai korang pergi buat benda-benda yang mengarut pulak. Tak payah! Karang, tak pepasal level insecurity korang terus ke luar kosmos jadinya. Naya mental, jiwa dan raga.
Kita je yang kenal diri kita, so, benda-benda kat alam maya ni, korang tengok boleh percaya jangan. Ayat mudah dia, jangan cepaaaaat sangat terpengaruh okay. Bukan apa, banyak sangat fitnahnya. Mintak dijauhkan lah daripada perihal yang membuatkan kita semakin jauh dariNya. Ingat gais, apa-apapun yang kita buat perlulah dengan kesedaran bahawa segala-galanya adalah milikNya, sesungguhnya kita adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kita kembali.
Oh ya, kalau korang perlukan perkhidmatan kat bawah ni, bolehlah roger Kak Tini okay.
Jenis Penulisan
1. Penulisan artikel.
2. Copywriting.
3. Translation.
4. Manuscript writing including autobiography.
5. Resume.
6. Company profile.
7. Transcription.
8. Subtitling.
9. Proofreading.
10. Editing.
11. Script writing including CRM scripts.
12. Training materials.
13. Agreements.
FROM THE RIVER TO THE SEA, PALESTINE WILL BE FREE
Team possible, aja aja fighting.
Muah ciked.
xoxo
1 Comments
Cuya pon blogging sebab minat... kadang2 dapat jugak job, cuma Cuya bukan lah penulis sepenuh masa. Kita kalau tulis sebab minat, mesti kita akan selesa dgn apa kita buat.
ReplyDeleteKalau secara paksaan memang apapon takkan jadi kan.
Walaupun blogging dah tak hype macam dulu, alhamdulilah komuniti blogger tu masih wujud. Lagipon Google masih relevan kan, yang Tiktok tu kita takkan tahu sampai bila bertahan aplikasi. Sedangkan facebook, twitter pon ada turun naik kan
So kita tengoklah macam mana akan datang hehehe :)