Seperti tahun-tahun sebelum ini, kami sekeluarga hanya bersantai sahaja di rumah pada malam menginjak ke tahun Masihi yang seterusnya. Malam tadi, meriah juga bunga api yang berdentam-dentum dengan cahayanya yang menyinar ke segenap kawasan perumahan kami. Anak-anak memang dah biasa relax santai-santai kat rumah. Jadi, kami
FREE AND EASY
je as we wish.
Keluar rumah sekejap sambil melihat panaroma indah yang berwarna-warni di langit malam. Rasa
Tenang di Jiwa
tatkala menikmati suasana begini bersama-sama yang tersayang. Amacam, bersemut tak? Hahahaha. Kak Tini ni, time menulis, boleh je nak tulis yang cenggini, cuba suruh bercakap, memang menyorok kat sebalik selimutlah jawabnya. Kah!
So, ya, anak-anak sebenarnya dah faham bebeno dengan the do's and dont's kedua-dua ibu dan ayahnya. Maklumlah, kami ni ada migrain. Memang dok mengelaklah untuk pergi ke kawasan-kawasan tumpuan orang-ramai. Pening ooo. Ayah ee haritu didiagnos ada
High Blood Pressure
as such, kami memang pantau medication intake and all. Alhamdulillah, setakat ni terkawal. Memang ada taboo yang orang kata kalau makan ubat darah tinggi, nanti tak boleh berhenti. Tak jugak. Since incik suami follow setiap arahan doktor, so far so good. Ada hari-hari yang tak perlu makan ubat pun. Alhamdulillah.
Kak Tini sendiri ada
Low Blood Pressure
pulak. Aduh, memang forever la dok kalut mual, sakit kepala, rasa nak muntah bagai. Siapa yang ada tekanan darah rendah tahulah macam mana seksanya. Kepala ni, sepanjang masa la berdenyut-denyut. Tekak ni, boleh dikatakan sepanjang masa jugaklah dok rasa nak mual. Apa-apapun, bagi Kak Tini, itu semua penghapus dosa, insya-Allah.
Dek keadaan kesihatan yang tidak begitu mengizinkan, better la kami healing dengan family kecil kami di rumah sahaja tak gitu?
Pada hari pertama di bulan Januari 2024, kami stay kat rumah je. Tak ke mana-mana, Kak Tini macam biasa, siapkan scheduled task copywriting dan manuscript, pastu turun bawah terus ke dapur. Lapo. Well, keadaan lapar memang jadi indicator untuk Kak Tini check and balance diri sendiri whether dah betul-betul perah otak untuk siapkan sesuatu tugasan atau tidak.
Iya, sejak dari zaman belajo dulu lagi. Kalau lapo, memang berasa ilmu tu menyerap masuk. Kalau belajo main-main, memang tak berapa lapo sangat pun lepas sesi pembelajaran selesai. Macam-macam la Kak Tini ni kan. Hehehehe.
So, masuk je dapur, check periuk nasi. Perghhhh, ada dalam 4 pot lebih lagi nasi sejuk kat dalam periuk tu. Apa lagi, masak nasi goreng la jawabnya. Tak nak membazirlah katakan. Ajom cekidaut resipi nasi goreng simple Kak Tini.
Resepi Nasi Goreng
Bahan-bahan
4 pot nasi sejuk
3 biji bawang putih
2 biji bawang besar (Kak Tini suka guna banyak bawang, berasa rencahnya nanti)
4 cili merah atau 10 hingga 12 batang cili kering
3 biji telur
Mentega secukupnya
Mentega secukupnya
Serbuk perasa secukup rasa
Garam secukup rasa
Garam secukup rasa
Kalau nak diikutkan selalunya Kak Tini akan letakkan juga mixed vege, ayam, sosej, udang ke, sotong ke kalau ada. Ni citernya, takde. Jadinya, masak je lah nasi goreng togel. Ada telur je kat dalam tu tapi sedap okay. Hahahaha.
Cara-cara Membuatnya
1) Bawang putih dipotong halus.
2) Kisar cili bersama bawang besar.
3) Panaskan mentega di dalam kuali.
4) Tumis bawang putih. Selepas naik bau, masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi.
5) Apabila sudah masak, masukkan telur. Kacau macam dok buat telur hancur.
5) Apabila sudah masak, masukkan telur. Kacau macam dok buat telur hancur.
6) Masukkan nasi sejuk dan gaul sebati.
7) Masukkan serbuk perasa secukup rasa.
8) Masukkan garam sekiranya perlu.
9) Siap!
Senang kan nak masak nasi goreng style Kak Tini? Apa lagi, time cuti nanti bolehlah cuba ye. Korang, kalau masukkan ikan bilis pun sedap tau. Eh, hat tu Kak Tini bagi resipi lenkali ya. Till then, cuba jangan tak cuba. Daaaa.
FROM THE RIVER TO THE SEA, PALESTINE WILL BE FREE
xoxo
2 Comments
Selamat tahun baharu 2024
ReplyDeleteAmmi dulu2 memang sentiasa low blood...in fact sebelum didiagnos ada HBP pun mmg kene vertigo teruk. now kene high BP dan kena start makan ubat pulak. Terima jelah bahagian kita masing-masing ye dak..
ReplyDelete