KALAU NAK KASUT SEKOLAH BERKUALITI TAPI TETAP STYLO, PILIHLAH PALLAS!

Pejam celik, pejam celik, macam sekejap je dah nak habis cuti sekolah kan? Seriyes, dah nak masuk sesi persekolahan baru dah uolls! Senyap-sunyi la rumah nanti kan? Kalau tidak, dok membebel je lah Kak Tini ni. Dah macam takde kerja lain dah. Hehehehe (gelak macam zaman 80-an)

Tapi, tunggu dulu, sebelum Kak Tini terlupa, satu perkara penting yang ibu-ayah kena pastikan dah tentulah kasut sekolah! Masakan tidak, baju sekolah, buku sekolah beserta peralatan sekolah yang lain semua dah disediakan. Memang tak lengkaplah kalau takde kasut sekolah kan. Sebagai ibu, Kak Tini faham betul betapa pentingnya pemilihan kasut yang selesa, tahan lasak, dan yang paling penting, mampu-milik untuk ibu-ayah. 

Kita geng ibu-ibu ni sokmolah nak pastikan anak-anak kita berjalan dengan yakin! Warna hitam yang menyerlah hinggakan nak kaki anak kita betul-betul selesa betul tak? Kak Tini sebenarnya selalu terinspirasi dengan kasut-kasut Pallas tau. Mana tidaknya, Pallas kan jenama yang dah lama terkenal dengan penghasilan kasut yang tahan lasak dan selesa!


So, jom Kak Tini share sikit dengan ibu ayah


TIPS MEMILIH KASUT SEKOLAH

yang terbaik untuk anak-anak kita. Semoga setiap langkah yang diorak menjadi titik bermulanya kejayaan yang cemerlang, gemilang dan terbilang utnuk mereka. Ajommmm.

Pastikan Anak-Anak Selesa

Keselesaan adalah faktor utama yang ibu-ayah mesti take note. Mana tidaknya, anak-anak akan menghabiskan sebilangan besar masa mereka dengan memakai kasut tersebut di sekolah. Oleh itu, pastikan kasut yang dipilih memberikan keselesaan optimal. Carilah kasut dengan tapak yang lembut dan sokongan yang baik untuk lengkungan kaki. Pastikan juga bahawa ada ruang yang mencukupi untuk jari kaki dan keseluruhan kasut tidak terlalu sempit.

PILIH PALLAS: Kasut buatan Pallas mempunyai reputasi yang baik kerana ciri-ciri keselesaan mereka seperti tapak yang berlapis dan reka bentuk ergonomik, yang memastikan kaki anak-anak kita sentiasa selesa sepanjang hari.

Pastikan Kasut Tahan Lasak

Anak-anak biasanya aktif dan sering terlibat dalam pelbagai aktiviti fizikal betul tak?. As such, memang penting untuk ibu ayah memilih kasut sekolah yang tahan lasak tau. Yelah, tak nak lah baru main lari-lari pun dah tetas ke koyak ke kan? Pilihlah kasut yang diperbuat daripada bahan-bahan berkualiti tinggi yang tahan lasak. Pastikan bahagian tapak dan bahagian atas kasut dijahit dengan baik dan tahan lama.

PILIH PALLAS: Ibu ayah boleh berlapang dada sebab kasut anak-anak kita akan mampu menahan segala aktiviti lasak harian mereka. Seriyes, kasut Pallas memang tahan lasak. 

Pastikan Kasut Boleh Lentur

Anak-anak yang bersekolah sepanjang hari perlukan kasut yang boleh menyesuaikan gerakan semula jadi kaki mereka. Pastikan kasut mempunyai tapak yang fleksibel. Kriteria ini penting kerana ia dapat membantu kaki anak-anak kita berkembang dengan betul dan mengurangkan risiko kecederaan.

PILIH PALLAS: Reka bentuk kasut buatan Pallas diberi perhatian khas untuk memastikan kelenturan supaya anak-anak dapat bergerak dengan bebas tanpa rasa tertekan.

Pastikan Ukuran Betul

Ukuran kasut perlulah betul untuk mengelakkan masalah kaki pada anak-anak. Ukurlah kaki anak-anak secara berkala dan rujuklah carta ukuran untuk memastikan kesesuaian kasut. Pastikan kasut masih berbaki sedikit ruang untuk pertumbuhan dan perkembangan kaki, tetapi tidak terlalu longgar. Yelah, kalau longgar sangat, ia akan mengganggu keselesaan dan sokongan terhadap kaki. Tengah berlari tiba-tiba kasut tertanggal pulak. Hehehehe.

PILIH PALLAS: Ibu ayah boleh ukur kaki anak-anak dan rujuk kat carta ukuran yang Pallas sediakan. Dah tak yah risau kasut tak muat ke kan. Anak-anak kita pun akan lebih selesa dan kurang kemungkinan mengalami masalah kaki.




Ikut Peraturan Sekolah

Tapi kan, dalam pada ibu ayah excited pilih kasut sekolah untuk anak-anak, kita kena pastikan kasut sekolah yang dipilih mematuhi peraturan sekolah. Beberapa sekolah mempunyai garis panduan yang ketat mengenai warna, gaya, atau jenis kasut yang dibenarkan. So, pastikan ibu ayah periksa dulu peraturan sekolah dan pilihlah kasut yang sesuai.

PILIH PALLAS:  Kasut dari Pallas sentiasa memenuhi gaya yang sesuai dengan peraturan sekolah. The best part is rekaannya tetap menawarkan keselesaan dan gaya terkini yang trendy.

Mudah Dijaga

Kalau kasut sekolah bersih dan kemas, sedap je mata memandang kan? Kasut yang mudah dijaga adalah kriteria penting untuk memastikan penampilan sentiasa terjaga. Jadi, ibu ayah kena pilih kasut yang menggunakan bahan yang tahan kotoran dan mudah dicuci. Panduan pembersihan yang mudah akan membantu ibu bapa menjaga kasut anak-anak sentiasa kelihatan bersih dan rapi.

PILIH PALLAS:  Kasut Pallas mudah dijaga. Jadi, ibu ayah tidak perlu bimbang tentang kesan kotoran yang sukar dibersihkan.

Kaki Sentiasa Kering

Ibu ayan kena pilih kasut yang membolehkan kaki anak-anak sentiasa bernafas dengan baik. Kasut yang membolehkan kaki bernafas ni penting untuk mengelakkan kelembapan dan bau yang tidak diingini. Karang, belum habis waktu persekolahan pun, kaki anak dah berbau. Aduh, kesian kan. Material kasut yang betul sebenarnya akan bantu mengekalkan kaki agar sentiasa kering dan sejuk sepanjang hari.

PILIH PALLAS:  Rekaan kasut Pallas memastikan kaki anak-anak sentiasa selesa dan kering walaupun dalam keadaan cuaca yang panas. Takdelah berbau kaki tu.

Banyak Gaya

Pilihlah kasut dengan pelbagai gaya bagi membolehkan anak-anak kita menggunakannya untuk pelbagai aktiviti. Ibu ayah perlulah memilih kasut sekolah yang dapat menonjolkan diri anak-anak. Ini akan membuatkan mereka berasa yakin. Barulah bersemangat dan tampil bergaya. Kat sekolah pun anak-anak tetap kena jaga penampilan tau. Sekarang ni dah ada pelbagai anugerah, haritu Kak Tini tengok ada Anugerah Karamah Insaniah Penampilan Anggun lagi tuh. Bila lagi nak naik pentas jadi penerima piala kan?

PILIH PALLAS: Kasut-kasut Pallas menampilkan gaya yang berbeza dan membolehkan anak-anak memilih kasut yang sesuai dengan keperluan dan citarasa masing-masing.

Ha, apabila ibu ayah dah tahu tips untuk memilih kasut sekolah terbaik untuk anak-anak, bolehlah aplikasikannya. Tak susah aih, Kak Tini memang dok guna tips ni la masa nak pilih dan beli kasut untuk anak-anak dan adik ipar. InsyaAllah, setakat ni, dorang semua happy dengan kasut sekolah masing-masing. Ajom kita tengok kasut-kasut pilihan kami.

REVIEW JUJUR ANAK-ANAK


Pallas X-Series School Shoes Lo Cut Shoe Lace PX37-026/1026 Black - Kaisah

* Renda di bahagian hadapan dengan lubang tali yang kemas.
* Bahagian atas rajutan di bahagian lubang tali memberikan kebolehnafasan yang sangat baik.
* Bahagian atas rajutan memberikan keselesaan kepada kaki dengan kesesuaian yang luar biasa.
* Kolar empuk untuk keselesaan dan perlindungan tambahan.
* Kusyen insole khas dengan "Arch Support" melegakan ketegangan pada otot kaki.
* Tapak luar daya tarikan pelbagai arah.
* Tersedia dalam "Saiz Besar hingga #13.
Kali ni, Kaisah pilih  kasut Pallas X-Series School Shoes Lo Cut Shoe Lace PX37-026/1026 Black. Sebenarnya, kasut tu melebihi apa yang Kak Tini jangka tau! Bahagian depannya ada tali kasut yang kuat dan bergaya. Yang paling Kak Tini suka, bahagian atasnya ada lubang-lubang kecil, jadi kaki tak cepat berpeluh. Kaisah kata, nak pakai kasut lama-lama pun dah tak risau dah! Hehe.

Ada satu lagi yang buat Kak Tini teruja. Area rajutan kasut tu boleh disesuaikan dengan bentuk kaki Kaisah. Jadi, dia rasa selesalah sepanjang hari, tak ketat, tak longgar, just nice. Kolar kasut pun empuk, takdelah kaki jadi cepat penat. Selain tu, Kaisah beritahu yang kasut Pallas X-Series School Shoes Lo Cut Shoe Lace PX37-026/1026 Black ni ada kusyen insole khas yang bantu mengurangkan tekanan pada kaki. Jadi, walaupun kena pakai lama, takdelah rasa sakit kat kaki lebih-lebih lagi kat bahagian tumit. Last but not least, tapak luar kasut kasut Pallas X-Series School Shoes Lo Cut Shoe Lace PX37-026/1026 Black mencengkam dengan kuat pada pelbagai permukaan, so, kurang la tergelecek kan!

Bila anak-anak dan meningkat dewasa, susah jugak nak cari kasut sekolah. Tapi, tidak lagi dengan adanya kasut Pallas X-Series School Shoes Lo Cut Shoe Lace PX37-026/1026 Black ni, saiz dia sampai saiz #13 tau. Ia bukan sahaja bergaya, tapi juga selesa dan praktikal untuk dipakai setiap hari.



Pallas X-Series School Shoe Single Velcro Strap PX37-023 Black - Thaqif

* Kasut sekolah Pallas X-Series mampu milik.
* Reka bentuk pelekap Velcro.
* Menyejukkan kaki dengan sistem pengudaraan unik yang direka; bahagian atas dibuat dengan mesh digabungkan dengan PVC.
* Lapisan busa untuk perlindungan keselesaan tambahan.
* Kolar empuk untuk keselesaan dan perlindungan tambahan.
* Kusyen insole khas dengan "Arch Support" melegakan ketegangan pada otot kaki.
* Berat superlight tambahan yang terbukti "X-Light".
* Tapak berjahit lebih tahan lama dan tahan lama dipakai.
Kasut Pallas X-Series School Shoe Single Velcro Strap PX37-023 Black yang Thaqif pilih memang pilihan yang berbaloi untuk ibu ayah pertimbangkan. Ia bukan sahaja memberi nilai yang baik daripada segi harga, tetapi juga memberikan kualiti yang memuaskan. Bagi Kak Tini, reka bentuk pelekap Velcronya yang bersaiz besar memudahkan Thaqif untuk memakainya. Takdelah asyik nak terbukak je kan.

Satu lagi kelebihan kasut ini ialah ia memberikan keselesaan kepada kaki. Terdapat lapisan dalam yang lembut dan selesa, memastikan kaki tidak berasa tertekan walaupun dipakai sepanjang hari. Tidak ketinggalan, kasut Pallas X-Series School Shoe Single Velcro Strap PX37-023 Black juga mempunyai sistem pengudaraan yang unik dan membantu menjaga kaki Thaqif agar tetap sejuk dan selesa, terutamanya semasa cuaca panas. Ia juga dilengkapi dengan tapak yang tahan lasak dan kusyen insole khas dengan "Arch Support" untuk meningkatkan kesihatan kaki.

Pendek kata, dengan kombinasi nilai yang baik, keselesaan, dan kebolehtahanan, kasut Pallas X-Series School Shoe Single Velcro Strap PX37-023 Black menjadi adalah pilihan yang bijak dan praktikal untuk Thaqif pakai setiap hari.



Pallas X-Series School Shoes Lo Cut Shoe Lace PX37-104 All Black - Nuha

* Kasut sekolah Pallas X Series.
* Renda di hadapan dengan mata ikat logam.
* Bahagian atas kanvas tahan lama untuk pemakaian yang lebih lama.
* Lapik kanvas untuk kebolehnafasan yang sangat baik dan keselesaan tambahan.
* Insole getah untuk pemasangan dan sokongan keselesaan.
Nuha nampak stylo bila pakai kasut sekolah Pallas X-Series School Shoes Lo Cut Shoe Lace PX37-104 All Black. Kak Tini suka betul tengok. Nampak smart bila Nuha pakai dengan baju sukan gais. Pakai dengan baju sekolah pun still menawan gituh. Pallas X-Series School Shoes Lo Cut Shoe Lace PX37-104 All Black. Bahagian atas kanvas kasut ni tahan lasak dan ia memberikan keselesaan tambahan dan ketahanan yang diperlukan untuk aktiviti harian. Sistem insole getahnya juga memberi keselesaan ekstra dan sokongan yang diperlukan untuk kaki Nuha.

Pastu, kasut Pallas X-Series School Shoes Lo Cut Shoe Lace PX37-104 All Black ni ada rekaan renda di hadapan dan mata ikat logam untuk kita masukkan tali kasut. Jadi, takdelah nampak blunt kan. Kasut Pallas X-Series School Shoes Lo Cut Shoe Lace PX37-104 All Black turut menggabungkan keperluan gaya dan kegunaan. Keselesaan kanvasnya membolehkan kaki bernafas dengan baik, menjadikan kasut ini pilihan yang bergaya dan praktikal untuk dipakai ke sekolah setiap hari.

Nuha yang sentiiasa aktif bersukan dah tak risau kalau kasut tertanggal ke, tali kasut terbuka ikatan ke sebab Pallas X-Series School Shoes Lo Cut Shoe Lace PX37-104 All Black dah cover semua tu. Terbaik betul!



Pallas Jazz School Shoes Single Velcro Strap 204-031 Black - Khairah

* Reka bentuk pelekap Velcro dengan logo Jazz khas.
* Bahagian atas kanvas tahan lama untuk pemakaian yang lebih lama.
* Lapik kanvas untuk kebolehnafasan yang sangat baik dan keselesaan tambahan.
* Insole getah untuk pemasangan dan sokongan keselesaan.
* Tapak luar getah untuk cengkaman yang sangat baik.
Khairah suka betul dengan kasut Pallas Jazz School Shoes Single Velcro Strap 204-031 Black yang dia pilih sendiri. Khairah kata, kasut ni bukan saja bergaya, tapi juga selesa giler. Pelekap Velcronya juga senang dipakai dan menambahkan lagi gaya kasut tu. Bahagian atas kasut dibuat daripada kanvas yang sangat tahan lasak, jadi Khairah yakin kasut ni boleh tahan lama. Takdelah jenuh nak fikir kena beli kasut baru pula kan?

Lagi satu, Khairah kata, kaki rasa sejuk dan selesa je sepanjang hari. Mana tidaknya, kat dalam kasut Pallas Jazz School Shoes Single Velcro Strap 204-031 Black ni ada lapisan kanvas yang buatkan udara boleh lalu dengan baik. Insole getahnya pun memberi sokongan yang mantap untuk kaki. Tak lupa juga, tapak kasutnya turut mempunyai cengkaman yang mantap.

Tak hairanlah kalau Khairah rasa semakin bersemangat nak ke sekolah. Yelah, gabungan gaya yang menarik dan kualiti yang bagus, kasut Pallas Jazz School Shoes Single Velcro Strap 204-031 Black memang pilihan terbaik untuk dipakai setiap hari.



Pallas Jazz School Shoes Single Velcro Strap 307-0210 Black - Hafizzuddin

* Pelekap Velcro tunggal.
* Bahagian atas kanvas tahan lama untuk pemakaian yang lebih lama.
* Lapisan busa untuk perlindungan keselesaan tambahan.
* Kolar empuk untuk keselesaan dan perlindungan tambahan.
* Kusyen insole khas dengan "Arch Support" bagi melegakan ketegangan pada otot kaki.
* Kusyen insole khas dengan "Better Rebound" mengurangkan tekanan pada kaki daripada kejutan semula jadi.
* Berat superlight tambahan yang terbukti "X-Light".

Kasut  yang Hafizzuddin pilih pula memang boleh jadi pilihan terbaik untuk sesiapa saja yang mahukan keselesaan dan daya tahan. Dengan menggunakan pelekap Velcro, kasut Pallas Jazz School Shoes Single Velcro Strap 307-0210 Black ini mudah dipakai, sesuai untuk kegunaan sehari-hari. Anak-anak lelaki kan selalu lasak, jadi, memang sesuai betul kalau ibu ayah beli kasut Pallas Jazz School Shoes Single Velcro Strap 307-0210 Black ni. Tahan lasak gituh.

Bahagian atasnya dibuat daripada kanvas yang kuat, jadi boleh tahan lama tanpa risau kot-kot la anak-amnak tak selesa kan. Terdapat juga lapisan dalam yang lembut dan leher kasut yang empuk untuk menambah keselesaan. Bagi Kak Tini, apa yang istimewa adalah kasut ini dilengkapi dengan kusyen khas yang mengurangkan tekanan pada kaki dan teknologi "Better Rebound" untuk mengurangkan tekanan semulajadi pada kaki.

Kasut Pallas Jazz School Shoes Single Velcro Strap 307-0210 Black memang pilihan yang bagus untuk keselesaan dan gaya setiap hari. Tak risau dah kasut mudah koyak ya ibu ayah!



Pallas X-Series School Shoe Slip On PX37-018 - Alyahyalatif

* Slip tanpa renda pada kasut dengan reka bentuk jalur foxing warna merah tebal.
* Pita PVC yang diserlahkan pada bahagian belakang
* Kolar empuk juga tapak kaki untuk kesesuaian dan penyerapan hentakan.
* Lapik kanvas untuk kebolehnafasan yang sangat baik dan keselesaan tambahan.
* Tapak luar getah warna merah untuk cengkaman yang sangat baik.
Last but not lerast, bagi Kak Tini, kasut Pallas X-Series School Shoe Slip On PX37-018 pula merupakan pilihan yang sangat selesa dan bergaya buat Alyahyalatif. Yelah, masing-masing nak pilih sendiri kan. kasut ni bukan sahaja simple tapi juga sesuai untuk digayakan dalam pelbagai suasana. Ia tidak mempunyai tali, memudahkannya untuk dipakai, dan memberikan keselesaan.

Kasut Pallas X-Series School Shoe Slip On PX37-018 ni ada kolar berlapis dan kusyen kaki yang selesa. Material kanvasnya juga memberikan kebolehnafasan yang baik, jadi kaki Alyahyalatif takdelah cepat berpeluh walaupun dipakai sepanjang hari. Nak pakai senang, nak buat aktiviti pun senang. Pendek kata, memang selesalah sepanjang dipakai.

Satu yang paling Kak Tini suka adalah tapaknya memberikan cengkaman yang kukuh. Jadi, ia memastikan keselamatan dan keselesaan setiap kali Alyahyalatif melangkah. Maklumlah, bila dah jumpa kawan-kawan kat sekolah, mulalah masing-masing berlari ke sana ke mari kan. Bila tapak kasut ada cengkaman yang kuat, takdelah risau sangat kot la tergolek ke apa ke kan.



Sekarang ni ada peraduan

JOM BELI & MENANG

gais. Hadiahnya pun menarik hokey. 


Cara Menyertai

1) Beli kasut sekolah Pallas dan simpan barcode kotak kasut anda.
2) Muat turun borang pertandingan dari pautan ini atau ambil satu dari pembekal.
3) Isi borang pertandingan dengan semua butiran yang diperlukan.
4) Hantar borang kepada International Footwear (Penang) Sdn. Bhd. sebelum 31 Mac 2024.

Mudah je kan? Apa lagi? Jom le join sama-sama.

Anak-anak dan adik-asik ipar Kak Tini dah tak sabar nak ke sekolah! Happy betul diorang nak melangkah ke sesi pembelajaran yang baru. Masing-masing dah ada wishlist dah tu.


So, kepada ibu bapa yang nak beli kasut sekolah untuk anak-anak, dah boleh plan untuk beli awal-awal okay. Kalau tunggu lama-lama karang, takde saiz, jenuh la pulak nak pujuk anak-anak kan. Kak Tini dah pernah lalui masa kecik-kecik dulu gais. Kita dah minat design kasut tu tapi takde saiz la pulak. Apa lagi, melilau la pi cari kat merata kedai. Bukan apa, kadang-kadang, kaki kita memang sesuai dengan design yang tu dan design lain pula saiznya tak kena.

Jom beli online kat www.wow2wee.com

Apa-apapun, Kak Tini doakan semoga segala apa yang kita rancangkan akan dimakbulkan Illahi. Till then, sampai bertemu lagi di lain kali. Daaaa.

Alamat:
Pallas 178-A Beach Street,
10300 Georgetown, Pulau Pinang.

Nombor telefon:
1800-88-7328


#pallasmalaysia #kasutsekolah #pallasjazz #pallasXseries

xoxo


Post a Comment

5 Comments

  1. pallas memang ok...bila pilih kasut sek anak tu, kita plak yg geram tgok kasut2 sekarang...kikiki

    ReplyDelete
  2. Sekolah dulu memang pakai Pallas, nanti nak tanya kat anak kut dia berminat.

    ReplyDelete
  3. Wow!!! Cantik nyer kasut sekolah Pallas. So stylish and chic! Untung kids sekarang dapat bergaya sakan di sekolah. Ahaks!

    ReplyDelete
  4. I used to wear Pallas school shoes a lot during my school time too. It's a reliable brand till now for all school kids. Cheers SiennyLovesDrawing

    ReplyDelete
  5. Yes agree! coz zaman sekolah sis pun pakai kasut jenama ni, memang selesa, tahan lama, dan affordable

    ReplyDelete