PERTANDINGAN SKRIP UNTUK FILEM SERAM/THRILLER #3 - HINGGA 30/05/2024


PERTANDINGAN SKRIP UNTUK FILEM SERAM/THRILLER #3

Anjuran Kuman Pictures dengan kerjasama Red Communications.

1) Kami mencari skrip filem ori yang bertempat di Malaysia untuk filem seram atau thriller yang berskala kecil.

2) Kami tak pandang umur, kewarganegaraan atau pengalaman penulis.

3) Skrip perlu ditulis dalam Bahasa Malaysia atau Inggeris. Tapi dialog harus ditulis dalam Bahasa Melayu (untuk dialog Bahasa Melayu) atau Inggeris (untuk dialog Inggeris atau bahasa selain BM). Jika ada dialog dalam bahasa lain (Cina, Tamil, Kadazan, Iban, dll) ia harus disertakan dalam kurungan.

4) Jumlah mukasurat: 70-100. Harus ikut format lakonlayar yang betul dan dihantar sebagai PDF.

5) Cerita dalam genre seram atau thriller sahaja. Tak semua filem seram perlu hantu, dan tak semua filem thriller perlu aksi drift.

6) Saranan (bukan kemestian): tak lebih 10 watak, dan tak lebih 3 lokasi utama.

7) Hanya seorang pemenang akan mendapat hadiah RM20,000 dan royalti 1% daripada pendapatan filem ini dalam semua saluran. Kami juga mungkin akan umumkan senarai pendek.

8) Pemenang akan diumum pada Ogos 2024. Kami ingin membuat penggambaran filem ini pada 2025, diarah oleh Khairi Anwar.

9) Hakcipta setiap skrip yang dihantar tetap dengan penulisnya.

10) Jangan pandang belakang.

Sila emel lakonlayar, dan sinopsis 1 mukasurat, ke kumanpictures@gmail.com selewat-lewatnya 30 Mei 2024.
 
FROM THE RIVER TO THE SEA, PALESTINE WILL BE FREE

xoxo


Post a Comment

0 Comments