RESIPI SOTO AYAM SEDAP DENGAN BERGEDEL KENTANG

Seisi keluarga Kak Tini memang sedia maklum dengan masalah alahan Kak Tini terhadap daging merah. Ye, Kak Tini allergic to red meat. Kalau nak diikutkan, masa kecik-kecik dulu, Kak Tini boleh je makan daging lembu, siap makan paru goreng lagi tu. Alih-alih, start masuk MRSM masa tingkatan 4 Kak Tini start ada alahan terhadap daging.

It was bad. Kak Tini dok selalu kena berulang pi Klinik Kesihatan kat Jasin sebab kena amik ubat. During the 2 years period tu alhamdulillah keadaan Kak Tini agak terkawal sebab masa tu home-sick mendahului carta. Hahahaha. Kak Tini memang lasak orangnya. Tapi bila tetiba masuk sekolah co-ed, diri tu jadi macam tak ketahuan. Mana tidaknya, sebelum ni masa kat Assunta kan sekolah all-girls. Lain. Memang lain. As such, bila dah sekolah campur, suasananya berbeza, gituh.

Anyway, at the end of the day, alhamdulillah, Kak Tini berjaya mengharunginya sampai la seterusnya belajar di USM. Kak Tini memang control pemakanan dan selalu akan bertanya dahulu sebelum mengambil apa-apa lauk. Yelah, mana tidaknya, kalau sudu tu pernah kena daging pun I is cannot okay. Tetiba je kang, bengkak la mana-mana bahagian tubuh. Biasanya muka akan bengkak dan gatal-gatal.


So, baru-baru ni, Kak Tini terlebih rajin, jadi, I is cuba-cuba buat soto ayam. Alhamdulillah, jadi. Korang boleh cuba jugak tau.

RESIPI SOTO AYAM SEDAP

Bahan-Bahan Mi

Ketupat mini 
Bihun

Cara Memasak

1) Rebus ketupat, 

Bahan-Bahan Kuah

Ayam potong besar sebab nak carikkan nanti
2 batang serai – ketuk
Minyak untuk menumis
1/2 paket kecil serbuk sup – beli online disini
1/2 paket kecil serbuk kurma – beli online disini
1 kiub pati ayam – beli online disini
Akar daun sup – potong & cuci bersih
2 liter air

Bahan-Bahan Kisar

1 inci lengkuas
1 inci halia
4 biji bawang merah besar (lagi banyak lebih sedap)
1 ulas bawang putih
1 biji buah keras


Cara Memasak

1) Tumis bahan kisar, serai dan akar daun sup sehingga betul-betul naik bau, masak dan sedikit garing. Ia bertujuan supaya bawang tidak berasa mentah dalam kuah nanti.
2) Masukkan serbuk sup dan serbuk kurma. Jika tiada, boleh letak rempah soto.
3) Masukkan ayam. Agak-agak air ayam sudah hampir kering, baru masukkan air.
4) Masukkan kiub pati ayam dan perasakan dengan gula serta garam dengan secukupnya.
5) Renehkan kuah sehingga ayam masak elok. Angkat ayam dan toskan. Ketepikan ayam untuk dicarikkan nanti.
5) Kuah Soto siap!

RESIPI BERGEDEL KENTANG

Bahan-Bahan Bergedel Kentang

5-6 biji ubi kentang – buang kulit, potong kecil dan rebus
Hirisan daun sup
Bawang goreng
1 biji telur
Lada sulah secukupnya
Garam secukup rasa 


Sumber: Google

Cara Memasak Bergedel Kentang

1) Ubi kentang dibuang kulit, potong kecil dan rebus hingga empuk.
2) Kemudian lenyekkan hingga halus. Masukkan hirisan daun sup dan bawang goreng. Sebatikan.
3) Cubit dan bulat-bulatkan adunan. Leperkan sedikit.
4) Pecahkan telur dan masukkan lada sulah dan garam. Pukul kembang supaya bila digoreng nanti, bergedel kelihatan bersarang.
5) Cara goreng bergedel supaya tidak hancur, panaskan minyak agak-agak tenggelam separuh beegedel sahaja. Jangan penuh.
6) Panaskan dengan api yang kecil sehingga betul-betul panas.
7) Celup bergedel dalam bancuhan telur kemudian goreng.
8) Apabila sudah garing dan kekuningan, barulah balikkan. Jangan balikkan terlalu awal kerana bergedel akan pecah.

RESEPI SAMBAL KICAP

Bahan-Bahan Sambal Kicap

1 ulas bawang putih – diketuk
Segenggam cili padi
Gula secukup rasa
Sos cili secukupnya
Kicap


Sumber: Google

Cara Memasak Sambal Kicap

1) Panaskan minyak dan goreng bawang putih hingga garing. Masukkan juga cili padi. Goreng bersama bawang putih tadi.
2) Angkat bahan gorengan tadi dan jangan dibuang minyaknya kerana minyak gorengan bawang putih akan membuatkan sambal jadi lebih sedap.
3) Tumbuk bahan gorengan tadi dan tambahkan gula, sos cili dan kicap dengan secukupnya. Masukkan juga 1 sudu makan minyak gorengan tadi. Gaul rata.
4) Sambal tidak perlu ditambah garam kerana kicap sudah masin.
5. Sambal kicap sedia untuk dinikmati.

INFO: Kalau tak nak guna serbuk sup dan serbuk kurma, boleh guna rempah soto. Bahan lain kekalkan, cuma tukar serbuk sup dan serbuk kurma kepada rempah soto sahaja.

Cuba jangan tak cuba gais.

FROM THE RIVER TO THE SEA, PALESTINE WILL BE FREE

xoxo


Post a Comment

0 Comments