Know-know je dah sampai gais. Kali ni, Kak Tini sekeluarga kembali semula ke Klana Beach Resort Port Dickson untuk menikmati suasana yang tenang dan mendamaikan. Seriyes, dengan angin bayu membawa diriku, sepintas lalu ku terkenangkanmu gituh. Sape terus ternyanyi, sep sikit. Hehehehe.
Kalau korang tengah dok mencari Bufet Ramadan mampu milik, Ramadan kali ini,
KLANA BEACH RESORT PORT DICKSON
kembali lagi dengan
Bufet Ramadan 2024
bertemakan Nasi Padang & Selero Negeri Sembilan. Diketuai oleh Chef Sidi bersama pasukannya, korang akan disajikan dengan pelbagai hidangan yang pasti menjadi kegemaran ramai.
Dengan mengetengahkan menu-menu yang diinspirasikan daripada
Nasi Padang & Selero Negeri Sembilan
seperti Rendang Pucuk Maman, Keli Masak Lomak Ciliapi, Asam Podeh dan Gulai Urat Keting, Sambal Kering Pucuk Ubi Ikan Bilis, Daging Dendeng Batakok, Gulai Nangko Telor Sotong, Gulai Perut Padang dan pelbagai menu lagi, kesemua masakan ini pasti akan membangkitkan selera korang punyalah!
Sajian istimewa kali ini dilengkapi dengan Kibas Golek dan Sup Kibas, yang sentiasa menjadi buruan dan mendapat permintaan yang tinggi daripada para tetamu yang hadir. Tiap-tiap tahun, memang inilah menu yang dinanti-nantikan gais. Seterusnya, hilangkanlah dahaga dengan pilihan aneka minuman termasuk Air Jus Kurma, Air Soya, Air Tebu dan Air Markisa.
Bukan sahaja sejadah, ia turut mempunyai telekung sembahyang dan kain pelikat di dalam bilik. Itu yang membuatkan kami sekeluarga terus jatuh chenta tu. Selain itu, pemandangan di sini sangat cantik dan mendamaikan, kawasannya pun luas untuk anak-anak bermain! Senanglah ibu ayah nak ber me-time kat area refleksologi atau berjalan santai mengambil angin di pantai.
Ramadan pun dah dekat. Klana Beach Resort Port Dickson turut menawarkan pakej penginapan selepas berbuka puasa tau. Kalau ada di antara korang yang hendak merasakan suasana penginapan tip-top, bolehlah nikmati penginapan kat sini. Siap boleh solat Maghrib dan solat Tarawikh berjemaah lagi tu.
Penginapan
di Klana Beach Resort Port Dickson:
✨ 6 jenis bilik yang ditawarkan – Superior, Deluxe, Deluxe Queen, Deluxe Family, Apartment – 2 bilik dan Apartment – 3 bilik.
✨ Syariah Compliant Hotel dan Muslim-friendly.
✨ Kemudahan bilik seperti Wi-Fi percuma, TV skrin rata dengan saluran terpilih, peti besi, almari pakaian, mesin kopi dan teh, pengering rambut, dan tuala mandi.
✨ Waktu Check-In dari jam 3:00 petang dan Check-Out sebelum jam 12:00 tengahari.
Sarapan Pagi @ Sahur
di Klana Beach Resort Port Dickson juga tidak kurang enaknya. Waktu bulan puasa, ia akan dihidangkan semasa SAHUR juga ya gais. Korang boleh menikmati pelbagai hidangan antaranya:
🍽️ Makanan berat - Nasi lemak sambal terangkat, mee goreng, bubur nasi, english breakfast, roti canai.
🍽️ Makanan ringan – Roti bakar, cereals, kurma.
🍽️ Pencuci mulut - Puding roti, ubi kayu rebus, pulut pagi, buah-buahan.
☕ Minuman – Jus buah, kopi, teh.
Kemudahan Rekreasi
di Klana Beach Resort Port Dickson:
✅ Kolam renang.
✅ Balai cerap
✅ Kawasan refleksologi kaki.
✅ Pantai.
Harga Bufet Ramadan
Bufet Ramadan 2024 bertemakan Nasi Padang & Selero Negeri Sembilan ini akan bermula pada 14 Mac 2024 sehingga 8 April 2024.
🎯 Tempahan Awal (EARLY BIRD PROMO): RM60 nett
🎯 Dewasa (Normal Price): RM69 nett
🎯 Kanak-kanak / Warga Emas / Orang Kelainan Upaya: RM30 nett (5 - 12 tahun)
🎯 Kanak-Kanak 4 tahun ke bawah: Tidak dikenakan bayaran
🎯 Penginapan Ramadan 2 hari 1 malam: RM168 seorang (termasuk bufet Ramadan dan Set Sahur)
🎯 Penambahan: RM80 (dewasa) dan RM50 (kanak-kanak)
Selain menjamu selera di Bufet Ramadan, korang sebenarnya secara tidak langsung telah menyumbang RM1 bagi setiap pembelian voucer dimana ianya akan disalurkan kepada tabung Wakaf Tunai Majlis Agama Islam Negeri Sembilan sebagai saham akhirat korang.
Tentang Klana Beach Resort Port Dickson
Tidak seperti resort lainnya, Klana Beach Resort Port Dickson adalah lebih daripada sekadar sebuah destinasi percutian. Ia adalah sebuah titik sentuhan antara sejarah, kemewahan, dan keunikan. Sebuah kejayaan yang lahir daripada kerjasama erat antara Jabatan Wakaf, Zakat, dan Haji, bersama dengan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan serta Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan. Dengan belanja sebanyak RM30 juta, resort ini bukan sahaja mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu destinasi unggul di Malaysia, tetapi juga mewakili satu warisan yang diperjuangkan dengan gigih.
Resort ini adalah satu lagi karya seni bina, menggabungkan kehalusan moden dengan pesona Islam. Mula beroperasi pada permulaan tahun 2011, Klana Beach Resort Port Dickson memperlihatkan penghormatan yang mendalam kepada Islam dan alam semesta, menjadikannya lebih daripada sekadar tempat beristirahat, tetapi sebuah pengalaman yang mendalam untuk menjelajahi keindahan ciptaan Illahi.
Daripada bilik-bilik yang elegan hingga apartmen yang mewah, Klana Beach Resort Port Dickson menawarkan pilihan penginapan yang memenuhi pelbagai cita rasa dan bajet. Terletak di kilometer ke-8 sepanjang jalan pantai Teluk Kemang yang terkenal, Klana Beach Resort Port Dickson adalah tempat yang mudah dijangkau dari Kuala Lumpur, menjadikannya destinasi ideal untuk percutian keluarga yang ingin melepaskan penat dari rutin harian.
Pantai dengan pasir putih bersih dan air yang jernih adalah tarikan utama resort ini. Sementara matahari terbenam memancarkan keindahan yang menakjubkan, memberikan akses yang mudah untuk menikmati keindahan semula jadi dengan keselesaan yang tiada tandingan.
Dengan komitmen yang teguh dalam mematuhi prinsip Syariah, Klana Beach Resort Port Dickson ini menawarkan perkhidmatan yang mesra dan berkualiti tinggi, memastikan penginapan korang menjadi pengalaman yang tidak terlupakan. Jom nikmati kekayaan dan kemewahan rasa di Klana Beach Resort Port Dickson, sebuah destinasi yang memikat jiwa dan memukau hati.
xxxx
Ingat gais, korang mesti cuba Kibas Golek okay. Ni hidangan istimewa di Klana Beach Resort Port Dickson sepanjang Ramadan. Menu-menu yang bakal disediakan semuanya sedap dan menyelerakan.
Jumpa di sana!
Hubungi Sales Team Klana Beach Resort Port Dickson untuk maklumat lanjut!
☎️ Tel: +606 6487888
📱 Whatsapp:
📧 Email: sales@klanabeachresortpd.com.my
🌐 Website: www.klanabeachresortpd.com.my
#jomkbrpd #nasipadang #seleronegerisembilan #kbba9 #kelabbloggerbenashaari #weollsdotblogspotdotcom #buffetramadan #klanabeachresortpd #mohpoietelukkemang #visitnegerisembilan #RamadanMubarak #kibasgolek #signaturedish
7 Comments
Wah sedap betul menu-nmenu bufet ramadan kat sini. Harga pun memang berpatutan, in shaa Allah boleh ni nak pergi , mungkin bermalam juga di resort ni :)
ReplyDeletemenarik semua menu yang ada kan and kalau amik pakej sekali bilik tu memang sangat berbaloi tu.
ReplyDeletepilihan makanan banyak. memang meriah. lokasi hotel pun cantik dekat dengan pantai
ReplyDeleteFuh pengalaman berbuka puasa yang menenangkan macam ni memang susah nak dapat. Best semua menu yang dihidangkan.
ReplyDeleteWoah!!! Byk sungguh hotel2 dekat Port Dickson buat ramadan buffet. The food looks good btw. Thank you for sharing.
ReplyDeleteMemang best dan so santai berbuka dengan suasana plus view macam ni
ReplyDeletemeriah betul pilihan makanan, harga pon masih diterima akal. Selamat berpuasa
ReplyDelete