PERTANDINGAN BOWLING TAHUNAN KOPENA 2024 DI TIMES SQUARE - 02/09/2024

Sama ada korang ahli atau bukan ahli, korang dijemput untuk menyertai acara tahunan yang dinanti-nantikan ini. Pertandingan bowling ini adalah platform terbaik untuk menunjukkan kemahiran korang, bertemu dengan rakan-rakan baru, dan berpeluang memenangi hadiah menarik yang ditaja oleh KOPENA!

📅 Tarikh: 2 September 2024
📆 Hari: Sabtu
🕒 Masa: 3.00 petang
📍Tempat: Ampang Superbowl, Times Square
💰 Yuran Penyertaan: RM40 (untuk 2 games)

RM10 daripada setiap yuran penyertaan akan disalurkan kepada Tabung KOPENA, akan digunakan untuk tujuan bantuan kebajikan, pendidikan, dan kecemasan. Jadi, dengan menyertai pertandingan ini, korang bukan sahaja berpeluang untuk berseronok dan memenangi hadiah, tetapi juga menyumbang kepada masyarakat.


Nikmati pelbagai hadiah hebat yang telah disediakan khas untuk para pemenang. Setiap penyertaan merupakan satu langkah mendekati kejayaan dan kejutan yang menanti korang!

Bagaimana Untuk Menyertai?

Sangat mudah! Hubungi CEO KOPENA melalui WhatsApp untuk mendaftar:  
Dapatkan maklumat terkini mengenai aktiviti dan acara KOPENA, sertai saluran Telegram rasmi KOPENA.
Jangan lupa untuk melawat laman web rasmi KOPENA.  
Terima kasih atas sokongan dan kerjasama anda.  

Jangan lepaskan peluang ini! Jom sertai Pertandingan Bowling Tahunan KOPENA 2024 dan jadikan hari korang lebih ceria dan bermakna. Ajak rakan-rakan dan keluarga, dan marilah kita sama-sama bergembira sambil menyumbang kepada kebajikan. Jumpa di sana! 🎉

FROM THE RIVER TO THE SEA, PALESTINE WILL BE FREE

xoxo


Post a Comment

0 Comments