5 IDEA BUSINESS DARI RUMAH

Sekarang ni, makin ramai yang nak cari side income dari rumah. Serius, siapa je tak suka kan? Tak payah susah payah keluar rumah, duduk dalam keselesaan sendiri, sambil tengok movie ke, sambil jaga anak ke, korang boleh buat duit! Dalam artikel ni, Kak Tini nak share dengan korang beberapa idea bisnes dari rumah yang simple, tapi boleh bagi hasil yang agak best. Manalah tau kan, lepas baca ni korang rasa inspired terus nak mulakan bisnes sendiri!


KENAPA RAMAI ORANG SUKA BUAT BUSINESS DARI RUMAH?

Okay, let’s face it, sebab paling obvious ialah fleksibiliti masa. Bayangkan, korang tak perlu keluar awal pagi, terkejar-kejar nak punch card. Korang set masa korang sendiri. Kalau nak kerja malam sambil dengar lagu pun takde siapa nak halang. Sesuai gila untuk ibu-ibu yang ada anak kecil, atau korang yang still study tapi nak tambah duit poket.

Selain tu, modal rendah. Korang tak payah sewa kedai, bayar bil elektrik kedai, atau beli stok melambak-lambak. Banyak bisnes yang boleh mula dengan modal bawah RM100 je. Simple sangat kan? Lagi-lagi kalau korang pandai guna media sosial untuk promote, zero cost untuk marketing!

Idea Bisnes Dari Rumah Yang Korang Boleh Try

So, jom Kak Tini share beberapa idea bisnes yang korang boleh mulakan dari rumah. Confirm ada yang match dengan minat korang.

Jual Produk Homemade

Kalau korang jenis suka masak-masak atau buat benda kreatif, korang boleh try jual produk homemade. Orang memang suka beli benda-benda homemade sebab rasa lebih fresh dan special. Korang boleh jual macam-macam, dari kuih raya, sambal belacan, sampai ke skincare DIY. Orang sekarang pun memang suka benda natural, homemade gitu.

Promote je kat Instagram, Facebook, dan korang akan terkejut tengok sambutannya. Buat je betul-betul, konsisten, dan korang akan nampak hasilnya.


Dropshipping

Nak buat bisnes tapi malas pegang stok? Dropshipping adalah jawapan paling sesuai. Korang tak perlu simpan barang, tak perlu packing, tak payah fikir pasal delivery. Semua tu supplier yang uruskan. Korang cuma perlu promote produk kat platform macam Shopee, Lazada, atau media sosial, then duduk dan tunggu je order masuk. Senang kan?

Kalau kena dengan produk yang tengah trending, memang best! Tapi kenalah pandai pilih produk yang orang betul-betul nak beli.


Buat Penulisan atau Grafik Secara Freelance 

Untuk korang yang ada bakat menulis atau buat design, ni peluang besar. Ramai syarikat kecil atau blogger yang perlukan konten. Korang boleh jadi freelance writer, tolong tulis blog post, artikel, atau konten media sosial. Yang penting, kena rajin promote servis korang.

Kalau korang pandai buat design guna Canva atau Photoshop, boleh jugak buat logo, poster, atau design untuk social media. Sebenarnya, banyak bisnes yang cari designer freelance. Yang penting, asah skill dan buat portfolio yang cantik!


Buat Servis Penghantaran Barang

Sekarang ni semua orang beli online, betul tak? Tapi ada jugak yang prefer guna perkhidmatan penghantaran barang sendiri, especially kalau barang tu fragile atau penting. Korang boleh offer servis penghantaran barang dalam kawasan korang. Guna je motor atau kereta sendiri.

Kelebihan buat bisnes ni ialah korang boleh atur masa penghantaran ikut free time korang. Tak perlu kerja ikut waktu pejabat, dan bestnya boleh adjust ikut mood.

Jual Pakaian Preloved atau Bundle

Ni bisnes yang tengah trending. Ramai sekarang suka beli pakaian preloved atau bundle sebab fesyen recycle dah jadi gaya hidup baru. Korang boleh cari barang preloved yang masih elok, beli murah-murah, then jual balik dengan harga yang berpatutan. Pakai platform macam Instagram, Facebook, atau Carousell je.

Live selling kat Instagram pun seronok, orang suka tengok sambil pilih-pilih barang. Kadang-kadang, kalau korang pandai tarik minat, jualan pun laju je.



Tips Nak Mulakan Business Dari Rumah

Tahu Apa Orang Perlukan

Sebelum start, pastikan korang tau apa yang orang suka beli. Tak kira produk homemade ke, servis penghantaran ke, kaji dulu permintaan pasaran.

Start Small

Jangan terus habiskan duit beli stok banyak-banyak. Start dengan modal kecil, bila dah ada demand, baru expand.

Guna Media Sosial Sepenuhnya

Semua benda sekarang boleh promote kat media sosial. Buat akaun Instagram ke, TikTok ke, Facebook ke, yang khas untuk bisnes korang, rajin post, buat live, dan engage dengan follower. Percuma je!


So, korang yang tengah fikir nak mulakan bisnes dari rumah, tak payah pening kepala. Pilih je bisnes yang sesuai dengan minat dan kelebihan korang. Kalau korang suka masak, jual makanan homemade. Kalau nak bisnes tanpa pegang stok, buat dropshipping. Yang penting, buat je dulu! Jangan takut untuk mula kecil-kecilan. Yang penting usaha dan konsisten, lama-lama korang akan nampak hasilnya. So, good luck and happy hustling dari Kak Tini!

FROM THE RIVER TO THE SEA, PALESTINE WILL BE FREE

xoxo


Post a Comment

2 Comments

  1. Bab menjual nie.. Memang tak reti betul.. Hihihi...
    Tp, tulah... Kalau rajin berusaha, income tu ada je

    ReplyDelete