Yeay!!! yang dinanti-nantikan dah tiba... harini, kami nak buat pre-review untuk upcoming event kita... ala-ala soft launch gitu... hehehehe... 

SUPERKIDS FIESTA IS COMING TO TOWN gaisss!!! apakah itu Superkids Fiesta?...
meh nak bagitau... Superkids Fiesta ni adalah antara pesta kanak-kanak paling syiok dan happening yang mana ia menghimpunkan pelbagai aktiviti yang menarik untuk anak-anak kita...

Pesta ini dianjurkan oleh majalah Pa&Ma dengan kerjasama beberapa agensi yang sudah semestinya bertujuan untuk memberikan impak positif terbaik untuk cahayamata kita semua... pelbagai aktiviti menarik yang telah dirangka antaranya adalah:

1) Superkids Beyblade


2) VIP Princess Gathering


3) Pertandingan Mewarna 3D


4) Pemeriksaan Gigi Percuma


5) Perkongsian Doktor & Anda


6) Virtual Reality


7) Superkids Face Painting


Fiesta ini memang agak berlainan dengan pesta kanak-kanak yang biasa kerana sudah tentu pelbagai inovasi teknologi terkini turut dibawakan dalam eksplorasi membentuk karakter juga jati-diri anak-anak... sebagai contoh, AR (Augmented Reality) juga VR (Virtual Reality) digunakan dalam memberi keseronokan dalam pada anak-anak belajar menerusi pengalaman yang diperolehinya...

Maskot pun ada juga uolls... alamak, dah terbagitahu pula... takpe, alang-alang dah bagitahu ni, uolls please come over tau... ada Didi & Friends gitewwww...

Seriously gaissss, tengok gambar je pun dah excited rasa macam nak pergi kan kan kannnn... confirmed kena pergi ni... okay, kat bawah ni kami sertakan maklumat berkenaan dengan event ni, jangan lupa date kita okay...  jumpa di sana ya...

Tarikh: 1-3 Nov 2019
Lokasi: Quill City Mall, Kuala Lumpur
Masa: 10.00 am - 10.00 pm

xoxo