TOXIC PEOPLE


Gaissss, aku came across artikel ni masa dok browse internet time kat dalam LRT on the way balik dari event Matxi yang aku cover Sabtu lepas... memang menarik weh bila baca... rasa macam kena sejibik kat batang hidung sesiapa yang negatif senegatif-negatifnya tu...

Gini artikelnya, pada satu pagi boss panggil saya ke bilik... 

“Din ko nak dengar satu cerita” 

Boss hanya 3 tahun lebih senior dari saya dan beliau cepat naik pangkat sebab mempunyai ‘the gift of the garb”, petah bercakap.

Walaupun dari kelas remove, beliau berupaya meningkatkan diri belajar hingga ke Queen Mary University of London dan bagus berbahasa inggeris. Saya baru berumur awal 30’an pada masa itu dan ketua sebuah Jabatan.

“I am all ears” saya reply sambil membetulkan duduk dengan selesa dikerusi empuk dalam bilik boss.

“Seekor katak menanti ditebing sungai untuk menyeberang tetapi tiada binatang yang bersedia membawa si katak melepasi air sungai yang deras.

Tiba tiba datang seekor buaya mempelawa si katak ke seberang.

“Saya akan menolong anda keseberang kerana kita sama sama binatang yang boleh hidup dalam air” kata si buaya.

“Mana boleh sebab bangsa kau suka makan bangsa katak. Aku tak boleh percaya cakap engkau” balas si katak.

“Itu dulu, aku dah insaf tak makan katak lagi. Percayalah aku boleh tolong engkau” sambung buaya lagi.

“Ok lah kalau kau dah insaf, aku akan tumpang atas kepala kau untuk ke seberang sungai”. kata katak dengan gembira.

Setelah katak menaiki atas kepala, buaya tersebut membawa hingga ke tengah sungai dan berhenti.

Buaya melibas katak masuk kedalam mulut untuk dijadikan makanan. Sebelum menjadi habuan, si katak berkata,

“Bukan kah kau dah berjanji tidak akan makan aku”.

“Betul aku berjanji tapi kan bangsa Katak sudah tabiee menjadi makanan buaya zaman berzaman. Kau yang bodoh kerana percaya janji aku. Kami tidak akan berubah” kata buaya sambil mengunyah katak dengan rakusnya.

“Din, moral of the story, dalam dunia ini ada orang yang secara tabieenya nasty dan toxic. There is nothing you can do to help these people. Best to avoid them at all cost”, boss mengakhiri kata kata nasihat beliau.

Kami tergelak kerana cerita tersebut beliau dapat dari seorang professor yang mengajar interpersonal skills, seorang expert mengajar bagaimana untuk berinteraksi secara efektif. Beliau sendiri mengajar cara mengendali orang toxic ialah dengan menjauhkan diri dari mereka.

Maknanya dalam dunia ini ada ramai manusia yang berperangai toxic dan cara paling baik adalah ‘total avoidance’.

Semasa zaman bekerja memang saya berjumpa dengan ramai orang yang toxic dan untuk mengelak dari bergaduh dan unnecessary stress, saya akan avoid mereka seperti saranan boss saya itu.

Dengan prinsip ini, saya dapat elakkan berinteraksi dengan orang toxic yang boleh melemahkan semangat dan menyebabkan stress yang bukan bukan.

Juga dengan prinsip ini saya elakkan confrontation kerana ianya tidak mendatangkan apa apa kebaikan.

Orang toxic beraksi tanpa logik. Mereka tidak sedar impak negatif yang diberikan kepada orang di sekeliling dan mereka berpuas hati untuk memporak-perandakan kehidupan orang lain.

Memberi kata dua pada orang toxic adalah membazir tenaga dan masa kerana mereka akan menambahkan stress dan komplexiti pada anda.

Credit to:
Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar
kutuberahak.com
FB: Zainuddin Omar

Okay gaissss, boleh check it out ya... memang memberikan idea terbaik untuk cara bagaimana kita nak handle toxic people ni...

xoxo

18 Comments

  1. Total avoidance. Setuju.
    Jgn dilayan.
    Dah sah2 mereka bertoksik kan.
    So, x gun ckp byk ;-(

    ReplyDelete
  2. so true, the best way is to avoid them at all cost. Kalau kita ajak berubah pun tak mungkin nak berubah. Manipulating and lies are their habit

    ReplyDelete
  3. Toxic people tak boleh kite handle tapi kite boleh jauhkan atau hindarkan.Rasanya semua orang pernah lalui pengalaman ini.Biarkan sebab lama-lama nanti orang yang selalu berpikiran negatif ni akan muak kalau kite tak tunjuk respon atau terkesan.hehehe

    ReplyDelete
  4. Betul la. Setuju dengan cara untuk menghadapi orang-orang yang jenis toxic ni. Daripada kita bertambah stress, bertambah bertambah masalah, lebih senang kita jauhi je. Lagipun kita memang kena duduk dalam circle yang positif je. Barulah hati bahagia.

    ReplyDelete
  5. Betul lah tu kerana sekarang dah banyak yang jadi Toxic people tambah zaman serba moden ini dan canggih lagi cepat mereka berubah dan makin menjadi tabiat bila dan kebiasaan susah nak ditinggalkan menda seronok... Bagus cerita ini suka baca pasal katak dan buaya tu hehehe..

    ReplyDelete
  6. this World is full of different kind of people. some people are toxic and jealousy. but some are kind and good hearted. we just have to try making friends and stay clear from toxic once it is showing

    ReplyDelete
  7. Comel citer boss awak. Yup setuju, Toxic people ni memang wujud. Payah di bawak berbincang depa ni, elakkan aje berurusan dengan depa.

    ReplyDelete
  8. Yes sangat setuju dengan cara untuk handle toxic people ni. Kita tak boleh buat apa2, nak tegur nanti jadi gaduh berpanjangan pulak. So the best way is to avoid them. Kalau tak nanti kita yg sakit. Nice sharing!

    ReplyDelete
  9. Sis setuju org2 toxic ni perlu kita elakkan, kalau terjumpa buat mcm biasa tapi kalau x jgn di cari. Kita x ada kwn pun tak apa dr kita cari masalah

    ReplyDelete
  10. Betul tue..dari kita stress ngn people toxic nie, baik kite bercampur dengan org yg positif automatik diri kita akan positif ahhggitttew..

    ReplyDelete
  11. Jangan di layan orang toksik ni. Buatkan kita lemah semangat je. Better abaikan dan buat2 busy. Selalu sy kalau busy memeng tk fikir da benda lain

    ReplyDelete
  12. Its okay.. bukan semua orang suka dengan kita dan nak tengok kita berjaya. Abaikan dan stay strong. Be yourself

    ReplyDelete
  13. Toxic people is everywhere, just avoid them and do your own business. giteww ! spesis dorang ni susah tau, tak boleh buat kawan betul

    ReplyDelete
  14. Betul sgt. Jangn di layan sejenis toxic. Abaikan je orang² mcm tu. Stay strong dalam apa jua keadaan.

    ReplyDelete
  15. Lumrah hati manusia ni ada macam-macam..tak puas hati dengan orng lain tu memng perangai teruk..jadi abaikan..kalau dia buat hal kat kita baru kita bertindak..gitu..org mcm ni patut dijauhkan..dan jangan dilayan

    ReplyDelete
  16. Setuju. Saya pun kalau nmpk benda2 negatif atau toksik di laman sosial pun terus buat tak tahu dan elakkan. Hidup lagi tenang.

    ReplyDelete
  17. Terima kasih berkongsi cerita nie. Indeed kita perlu berhati2 dgn manusia. Sebab mmg ramai yg toxic dan suka tengok kita jatuh dan merana.

    ReplyDelete
  18. Thanks for the sharing, is always hard to avoid all these toxic people. But we also have to learn how to face these kind of people and avoid them.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post