PERTANDINGAN BEYBLADE 3 ON 3 BATTLE 2020 - GONG BADAK - 25/01/2020


Sempena perayaan Tahun Baru Cina yang bakal disambut pada 25/01/2020, murid-murid dan pelajar-pelajar sekolah rata-rata akan bercuti panjang... cuti perayaanlah katakan... memang seronok apabila dapar bercuti macam ni... dapat balik kampung atau mungkin berjalan-jalan ke venue yang menarik gitu... di samping dapat melihat keindahan alam juga keadaan di tempat lain, kita juga dapat mengeratkan lagi tali silaturrahim antara keluarga juga sahabat-handai... dalam kesibukan hiruk-pikuk kota, sudah tentulah kita mendambakan sekali-sekala suatu keadaan yang tenang dan mendamaikan sebagai vitamin jiwa kannnn...

Aku sekeluarga pun tak pasti lagi nak ke mana pada cuti kali ni, tapi nampak gayanya macam terperap kat rumah je kot sebab Nur Alif Khairah tiba-tiba demam pulak malam tadi... pukul 3 pagi husband kata dah menggigil-gigil my munchkin Khairah... ya Allah... risaunya weiiii... okay, korang mesti pelik kan, kenapa husband aku pulak yang tau Khairah demam... well, aku kan sekarang PJJ dengan family... dah dua tahun lebih dah... demi mencari sesuap nasi... memang sungguh banyak bermain dengan perasaan... korang, doakan agar aku dapat kerja yang lebih bagus dan berjaya reunited back macam dulu dengan my tiny family ya... korang, tolong juga doakan agar Khairah lekas sembuh dari demam ya... 40 degrees celcius gaissss... I am so cuak sebenarnya nih... huhuhuhu...

Anyway, aku ada la search untuk cari product to suit the requirement of certain equipments which we currently commissioned... tetiba, aku came across beberapa iklan berkenaan pertandingan beyblade... well, anak-anak aku pun memang excited sungguh bila main beyblade ni... cuma husband dan aku punya style, kalau nak beli apa-apa, pandai-pandai la simpan duit belanja sekolah tu... pandai-pandai la depa nak sama-sama kumpul adik-beradik ke (kira bincang tepi ya masing-masing...) nak simpan berapa ke, itu mereka discuss dan persetujui sama-sama... yang penting, bila nak beli ke, duitnya dah ada... hehehehe... well, mungkin ada yang akan kata, apalah buat macam tu... budak kecik lagi... hmpppp, bagi kami, dari umur sekarang ni lah kita nak kena didik anak-anak berkenaan cara menyelenggara kewangan... di samping beraktiviti, kita didik secara tak langsung... haaaa, gitu... but again, depends la dengan cara masing-masing kan... setiap ibu-bapa mempunyai cara didikan masing-masing yang tersendiri dan kami hormati cara anda-anda semua juga... yang penting, gol kita adalah dalam kemenjadian anak itu sendiri... yaaaa, begitulah...

Okay, kat bawah ni aku listkan segala maklumat berkenaan pertandingan beyblade yang aku mentined tadi tu ya...

Pertandingan Beyblade 3 On 3 Battle 2020 anjuran QLASCO TOYS dengan kerjasama Terengganu Beyblade Official (TEREBBO) 
 Tarikh: 25 Januari 2020 (Sabtu) 
Tempat: Hadapan Qlasco Toys Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu 
Masa: 10:00 pagi 
Yuran: RM10 

*Syarat-syarat pertandingan* 
 1. Terbuka kepada semua peringkat umur. 
2. *Setiap peserta boleh mendaftar lebih daripada 1 slot.* Seorang terhad 2 slot sahaja. 
3. Format Kalah Mati.(single elimination) 
4. Pemain boleh menyusun combo mengikut kreativiti tetapi perlu memastikan tiada bahagian yang berulang (no repeated part) 
5. Beyblade Burst System sahaja samada Single Layer, Dual Layer, God Layer, Cho Z Layer ataupun GT Layer. Beyblade Metal tidak dibenarkan. Beyblade bootleg (tidak original) dibenarkan tetapi hendaklah mengikut spesifikasi Takara Tomy. 
6. Pemain hanya dibenarkan membawa 3 biji beyblade sahaja ketika memasuki gelanggang permainan. 
7. Tidak boleh menggunakan mana-mana bahagian yang daripada *3D PRINTED* 
8. Long winder tidak dibenarkan. 
9. Juri akan memeriksa beyblade sekiranya perlu. 
10. Pemain yang mendapat 5 mata terdahulu dikira pemenang. 
Pengiraan mata : 
- Spin Finish = 1 point 
- Over Finish = 2 point 
- Burst Finish = 2 point 
11. Sebarang modifikasi pada Beyblade tidak dibenarkan. Jika ada pemain yang melanggar undang-undang pertandingan, penganjur berhak membatalkan penyertaan pemain berkaitan. 

Senarai hadiah 
Wang Tunai RM500 + Sijil 
Wang Tunai RM200.00 + Sijil 
Wang Tunai RM100.00 + Sijil 
Wang Tunai RM50.00 + Sijil 
Tempat ke 5-8 : Beyblade + sijil 

 Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan:
Saifuddin +60142115509
Mie +601110307198

Menarik kan gaissss, hadiahnya tu... boleh digunakan untuk pembelajaran anak-anak juga simpanan... so, all the best ya untuk yang bakal menyertai pertandingan ini... chaiyokkk...

xoxo

Post a Comment

Previous Post Next Post