Antara pertandingan yang sering aku cuba pastikan anak-anak join ialah Pertandingan Mewarna... tak kiralah macam mana pun bentuk hadiahnya (itu kan secondary) ... bagi aku, yang penting adalah semangat ingin mencuba, keinginan untuk menghasilkan suatu masterpiece yang kreatif di samping menggilap skil juga meningkatkan keyakinan diri sepanjang menyertai acara-acara tersebut... banyak manfaat yang dapat diperolehi sekiranya kita take it in a positive way... menang-kalah adat pertandingan... sekiranya menang, alhamdulillah... kalau kalah, boleh cuba lagi di masa hadapan...
So, ada la satu cerita berkenaan satu pertandingan mewarna yang tiba-tiba aku teringat sambil-sambil dok up entry berkenaan pertandingan mewarna ni... gini ceritanya, kalau tak silap masa tu Nur Alif Kaisah berusia 7 tahun (tahun 2015) aku ada la bawa anak-anak untuk menyertai satu pertandingan mewarna ni... semua ikut masa tu... along, angah, udin, Kaisah, manja, Thaqif, Nuha dan Khairah... yang kecik-kecik tak join la pertandingan tu... yang besar semua join... besar tak berapa besar la... kiranya masa tu masuk kategori Tahap 1 dan Tahap 2... lepas dah habis acara tu, sambil tunggu keputusan, anak-anak pergi ke perpustakaan yang terletak bersebelahan dengan dewan yang mana ia terletak dalam kawasan yang sama... baru duduk membaca dalam 15 minit dan belum sampai masa penyampaian hadiah, tiba-tiba aku tengok ramai anak-anak kecil yang berlari-lari anak tapi dalam keadaan yang agak rush menuju ke dewan tempat pertandingan mewarna dijalankan...
Kami pun apa lagi, ikut juga la ke dewan... tengok-tengok, acara penyampaian hadiah dah nak berakhir... tak dapat la anak aku hadiah satu habuk pun... so okaylah kan, kami pun bergerak la nak balik sebab dah kata tadi kan, menang-kalah adat bertanding... anak-anak semua dah redha dah masa tu... tiba-tiba, salah seorang daripada tukang bagi hadiah datang ke arah Kaisah dan bertanya, "Nur Alif Kaisah dari SK XX ya?"... Kaisah pun mengangguk... "Maaf ya dik, tadi sebenarnya adik menang tempat ketiga, tapi sebab masa panggil pemenang tadi, ada orang lain yang naik ke pentas, ingatkan wakil adik..."... Allah hai, gitu pun boleh ya...
Terus tukang bagi hadiah tu amik dua hamper dan bagi kat Kaisah... subhanallah, hilang satu hamper, dapat dua hamper gaissss... memang rezeki betul... terima kasih Allah, terima kasih semua...
Oh ya, cerita, cerita jugak... gaissss, jangan lupa untuk beramai-ramai memeriahkan lagi Karnival Ultron Kuala Terengganu dalam Pertandingan Mewarna ini ya...
Tarikh: 18/01/2020
Waktu: 8:00 pagi
Lokasi: Drawbridge Seberang Takir
Penyertaan: Prasekolah (5 & 6 tahun) dan Tahap 1 (7 & 8 tahun)
Yuran: RM 10
Selamat berjaya semua...
xoxo
5 Comments
Boleh ker orang dewasa masuk pertandingan ini hehehehe tapi jauh sangat Kuala Terengganu hehehe next time lah ok..
ReplyDeleteRezeku xke mana kan? Kak pun rajin bwk anak2 msk pertandingan mewarna masa dorang kecik, menang kalah blkg kira, tak kiralah pertandingan apa pun kena galakkan dorang masuk
ReplyDeleteBagus parents yg galakkan anak buat aktiviti sihat kan. Cri pngalaman dan asah bakat. Bia die confident dri kecik
ReplyDeleteMasa kecik2 dulu suka betul masuk pertandingan mewarna!
ReplyDeleteOwhh! Dah rezeki. Tak dapat hadiah yang sepatutnya dapat diganti dengan hadiah lain. Alhamdulillah
ReplyDelete