Gaissss, please take care... please take care of yourself, your loved ones and everyone around you... it is happening gaissss... the disease had become a pandemic... well, before this makcik tak nak la menulis atau mengulas langsung pun berkenaan COVID-19 atau Corona Virus ni... bukannya apa, kita bukan yang ahli... kita bukan yang pakar... maka eloklah kiranya yang mengutarakan hal ini adalah mereka yang ahli dan pakar dalam bidang kesihatan... yalah kan, nanti kalau kita tersalah bagi maklumat ke... tertwist maklumat ke... kan ke akan menyusahkan banyak pihak... tak gitu?... makcik tak nak join geng makcik bawang yang membawang tanpa usul-periksa... haaa gitchewwww...

Okay, pada hari ini, makcik terpanggil untuk memperihalkan sedikit-sebanyak berkenaan Corona Virus yang dah semakin menggila ni... aduhhhh, tipulah kalau kata yang makcik ni tak kisah... memang makcik kisah sebenarnya... sampai paranoid pun ada kadang-kadang tu gaissss... nak keluar bawa anak-anak ke mall bagai pun dah takut dah ni... kalau boleh, nak lock semua terus berkurung kat dalam rumah je tau... last week, makcik ada dapat offer untuk buat some freelance audit task in view of customer satisfaction kat area Pavillion dan Star Hill... terpaksa makcik reschedule gaissss... kawasan tu dah jadi antara kawasan yang tersenarai dalam area tempat penyebab kepada mangsa yang didiagnos dah terkena Corona Virus ni... better sorry than never kannnn... makcik tak sanggup nak memperjudikan kesihatan keluarga dan orang-orang terdekat just because nak kejarkan job...

Bila makcik tengok ramai sangat yang excited berlumba-lumba nak pergi jolly-holiday ke luar negara dan kawasan tu pulak merupakan kawasan yang dah mencatat jumlah mangsa yang tinggi aduhaiiii... tak tau makcik nak rasa apa dah uollssss... ya, I do understand that this is the only time (masa lain selalu jugak airlines buat offer kannnn, bukan kali ni je...) that the airlines are giving a huge promotion so on and so forth BUT don't tell me that it is okay for us to jeorpadize the health of our loved ones?... aiyoyo... mowwww aaaa... janganlah gitu ye uollssss... please, tangguhkanlah dulu kalau nak pergi bercuti tu... be a responsible citizen ya... jadilah warganegara yang bertanggungjawab... cer tengok kat bawah ni makcik baru baca...




Source: Klik sini

Cer korang tengok lebih-kurang gini la ilustrasi Corona Virus ni... tengok pun dah scary kannnn... yang paling makcik risaukan adalah kerana simptomnya merupakan simptom yang biasa kita lalui kalau time selsema, batuk dan demam... thus, makcik risau sekiranya kita ni tak alert... please be alert ya everyone...


Corona Virus buat masa ini memang la hampir sama (tapi tak serupa) dengan SARS-CoV kalau korang masih ingat pada 2002-2003 kalau tak silap makcik JE kita panggil virus tu... masa tu pembawanya ialah khinzir... maka habis penuh ladang khinzir dengan khinzir-khinzir yang bergelimpangan terpaksa dibunuh... masa tu makcik tengah cuti first semester ke second semester zaman belajo kat U, sempat la join team IMR (Institute Of Medical Research... terletak bersebelahan dengan HKL) untuk buat penyelidikan terhadap virus ni... perghhhh, dia punya mutasi memang laju sehhhh... tu yang cepat naaa ia merebak... walau bagaimanapun, pada waktu itu, kita berjaya mengawalnya dengan langkah pencegahan juga perkhidmatan kesihatan beserta kakitangan yang sungguh berkaliber... #thumbsupkkm #kkmterbaik

Ni haaaa, ada ilustrasi sikit berkenaan SARS-CoV, MERS-CoV dan Corona Virus... Cer lah tengok ya untuk lebih memahaminya...


In view of the Corona Virus, dek kerana proses is merebak tu terlalu cepat dan ia menyebabkan pelbagai penyakit daripada selsema yang paling basic kepada kerosakan organ dalaman kalau yang kronik tu dan dikatakan seperti SARS-CoV dan MERS-CoV lalu digelar sebagai Novel Coronavirus... currently, we are treating those suspected and yang dah infected kebanyakannya di Hospital Sungai Buloh yang merupakan centre untuk kawalan penyakit berjangkit... 

Makcik yang dah empat kali bersalin di Hospital Sungai Buloh memang merasakan bahawasanya kepakaran di hospital ini memang terbaik... alhamdulillah, baik-baik aje pengalaman makcik kat sana dan makcik yakin dengan kebolehan juga knowledge para pengamal kesihatan kita di sana... semoga Allah melindungi kita semua ya...



Okay gaissss, KKM dah mentioned berkenaan cara pencegahan Novel Coronavirus ni based on saranan WHO kan, jadi, tolonglah ikut ya... no nakal-nakal... please follow obediently tau...
1) Kerap mencuci tangan dengan sabun atau sanitiser.
2) Menutup mulut dan hidung ketika bersin dan batuk.
3) Masak daging dan telur dengan sempurna.
4) Elak sentuhan dengan individu yang mempunyai gejala.
5) Elak sentuhan direct dengan haiwan liar mahupun haiwan belaan.


Oraito... please stay safe ya everyone... marilah kita bersama-sama berganding-bahu melaksanakan segala apa yang telah disarankan dengan sebaik-baiknya... semoga Allah melindungi kita semua...

xoxo