LIRIK JOGET KENANGAN MANIS - SUDIRMAN

Minggu ni aku tak balik Key Ell... masih berada di selatan tanahair demi menyelesaikan segala tugasan yang perlu ku selesaikan dengan penuh rasa tanggungjawab... alhamdulillah, segala yang aku rancang berjalan seperti yang dikehendaki cuma adalah sedikit lompong di sana-sini dek kerana ADA INDIVIDU(II) YANG TIDAK MENJALANKAN AMANAH dengan sebaik-baiknya... tapi takpe, aku dah selesaikan segala yang tidak dilaksanakan dengan sempurna itu... bagi aku, yang penting, apa yang kita perlu DELIVER berada dalam keadaan yang BERKUALITI... biarlah orang tak nampak apa yang aku buat tu, asalkan YANG MAHA ESA mengetahuinya pun dah cukup...

Sambil aku layan TV (satu hari tengok TV sampai semua jenis rancangan aku tengok okay... hehehehe...) nampak tak boring tahap apa tu?... tetiba dalam satu rancangan ni lagu yang digunakan sebagai lagu tema adalah lagu JOGET KENANGAN MANIS oleh Allahyarham Sudirman Haji Arshad... aku memang suka lirik lagu tu, so catchy... especially part TULIS NAMA ATAS BATU tu... suka sangat, dan kebetulan memang dok tengah memeram kerinduan yang tidak bertepi kat my better half and my four children kannnn, maka, jom kita layanz lagu ni ya...


Riuh kicau unggas rimba
Langit biru kala senja
Kini engkau jauh dari mata
Hatiku merindu tiap masa

Pagi hari pergi pekan
Pakai baju bunga-bunga
Bila hati sedang kesepiana
Ku tulis untuk mu surat cinta

Memanglah hai adat berkasih
Berpisah selalu gelisah
Terbayang kenangan yang manis
Terasa kau ada bersama

 Padamu hai si jantung hati
Dalam tidur ku termimpi-mimpi
Selagi kita berjauhan
Hati rindu tiada tertahan

Kalau pergi Kuala Kubu
Tulis nama atas batu
Saban hari ku menanti waktu
Pulang segera kepada ku

Best ke best?... best kan pilihan lagu aku kali ni?... hehehehe... dulu, zaman jadi penari sekolah, selalu juga menari guna lagu ni... siap masih ingat steps lagi tu tau... apa-apa pun, semoga esok, hari kita akan menjadi lebih baik dari hari ini dan semalam ya...

KERANA
Semalam adalah kenangan
Hari ini adalah kenyataan
Esok adalah harapan

xoxo

Tini Alif

20 years of experience within the technical, manufacturing and services environment. Assists brands and companies to achieve their targeted and potential customer through writing service such as article writing, copywriting, ghostwriting, manuscript writing, technical writing, content marketing and translation amongst others. Interested to collaborate? Email: hartini.hussain.work@gmail.com or WhatsApp at +601154054677

2 Comments

Previous Post Next Post