RAYA 2.0 #RAYASTYLEKITA


Tetiba teringat kat coretan aku pada 2018 seusai Ramadan yang melambaikan tangan untuk meninggalkan kita... aku nak abadikan kat sini untuk tatapan di kemudian hari... masih belum terlambat untuk kita saling bermaaf-maafan kan lagipun hari ni dah Syawal yang ke-22, infact, tak perlu untuk kita menunggu sehingga tibanya HARI RAYA baru berbondong-bondong berebut-rebut nak memohon keampunan pun kan... kita perlu jadikan amalan memohon maaf tu suatu amalan yang mencerminkan akhlak kita...

Sebagai ibu-ayah pun, kita tak lepas dari melakukan kesilapan terhadap anak-anak... bagi aku sendiri, tak hilang darjat ibu-ayah pun sekiranya kita minta maaf kepada anak-anak atas kesilapan kita... bak kata pepatah, ULAR MENYUSUR AKAR, TAKKAN HILANG BISANYA... tak gitu?... sebenarnya kan uollssss, apabila ibu-ayah mengamalkan sikap meminta maaf apabil melakukan kesilapan, ibu-ayah itu sendiri sebenarnya sedang mendidik diri mereka dan anak-anak untuk bersikap ADIL dan berakhlak mulia... apa maksud ADIL? ADIL dari segi istilah ialah meletakkan sesuatu perkara (benda) di tempatnya... contoh dalam hal meminta maaf ni, sekiranya kita bersalah, rendahkan je ego tu, minta je maaf daripada pihak yang lagi satu tu... dia nak maafkan atau tidak itu terpulang kepada pertimbangannya sendiri (juga dengan izin Allah)...


 Bagi aku, kadang-kadang tu, ada je orang yang selagi boleh, selagi itulah dibiarkan je persengketaan yang telah berlaku terus berlanjutan... ada pula yang selepas itu membuat episod baru dengan mengghibahkan pula tentang si polan si polan, biarlah... itu adalah pilihan dia (mereka) untuk berkelakuan begitu... KITA, tetaplah dengan sikap MAHMUDAH, SENTIASA MEMAAFKAN dan teruskanlah hidup dengan berlandaskan segala yang telah terbentang untuk kita... kita doakan je supaya mereka semua beroleh hidayah dariNya...

Dalam berkeluarga, bersahabat dan seterusnya berkomuniti, tiada siapa pun yang lepas dari melakukan kesilapan... kuncinya ialah sama-sama menyedari dan cuba memperbaiki kekurangan kekurangan diri serta berlapang dada untuk menerima dan memberi kemaafan... jom kita mulakan dari saat ini, detik ini... jika bukan kita yang mulakan, siapa lagi kan?... 


Ramadan kini usai sudah, 
Meniti jam terawal Syawal untuk kita imarahkan, 
Bergembiralah mereka yang telah menjayakan segala kebaikan, 
Semoga ada rezeki kita untuk bertemu lagi Ramadan di tahun yang mendatang... 

Buat semua, 
Marilah kita lipat-gandakan amalan yang secebis cuma, 
Berikanlah sebuah kemaafan untuk sebuah kemaafan jua, 
Siapalah kita untuk menidakkan segala yang telah ditulisNya, 
Andai ini Ramadan kita yang terakhir, 
Itulah hadiah yang paling bermakna daripada seorang insan kepada insan yang lain... 

Kita tidak hidup menongkat langit, 
Akan tiba masanya, 
Mungkin kita, mungkin dia, 
Menjadi hambaNya yang berada dalam keadaan yang amat memerlukan, 
Marilah kita manfaatkan sisa umur yang dipinjamkanNya ke arah yang diredhaiNya... 

Kita tidakkan tahu bila kita akan dijemputNya, 
Justeru itu, 
Nikmatilah kebahagiaan yang terbentang, 
Dengan penuh kasih-sayang terhadap setiap ciptaanNya... 

Salam Aidilfitri 
Maaf Zahir Batin

xoxo

Tini Alif

20 years of experience within the technical, manufacturing and services environment. Assists brands and companies to achieve their targeted and potential customer through writing service such as article writing, copywriting, ghostwriting, manuscript writing, technical writing, content marketing and translation amongst others. Interested to collaborate? Email: hartini.hussain.work@gmail.com or WhatsApp at +601154054677

20 Comments

  1. selamat hari raya.. bermaaf-maafan sesama kita

    ReplyDelete
  2. Salam Lebaran 2.0
    Moga kita diberikan ruang dan peluang untuk menyambut Lebaran akan datang dalam keadaan yang lebih selamat. InsyaAllah

    ReplyDelete
  3. selamat hari raya. semoga kita semua dapat beraya sambil mengamalkan sop

    ReplyDelete
  4. selamat hari raya maaf zahir batin. dah dapat pulang ke kampung, memang seronok dapat jumpa emak yang dah berbulan merindu. Memang raya tahun ni lain sangat dari sebelumnya

    ReplyDelete
  5. Baru semalam jenguk mak abah.. terubat dah rindu

    ReplyDelete
  6. Selamat hari raya, maaf zahir segala komen yaa ..
    Betul tu, salah dengan manusia ni tak kiralah anak, orang tua, kena kasi clear selagi orangnya ada.. susah nanti hidup kalau orang taknak maafkan kita, kan kannn ...

    ReplyDelete
  7. Salam lebaran.. Alhamdulillah, kita hadapai semua ni dengan tenang.. Selagi ade masa buat sesuatu yang memberi manfaat kepada kita

    ReplyDelete
  8. Mungkin semua yang menghadapi akan rasa kelainan dari segi menyambut sebab ada adik beradik y xdpt pulang beraya

    ReplyDelete
  9. Selamat Hari Raya sekali lagi...moga kita dapat bermaafan antara satu sama lain pd bulan mulia ini.

    ReplyDelete
  10. Raya tahun ini memang sangat berbeza. Belum dapat lagi balik ke kampung ayah di pahang. InsyaAllah nak jenguk atok n nenek dlm masa terdekat nie

    ReplyDelete
  11. Salam rayq pkp. Apa jua caranya moga kita dapat memanfaatkan dengan cara sebaiknya

    ReplyDelete
  12. alhamdulillah tahun ni memang kita raya lain dari yang lain. syukur

    ReplyDelete
  13. Saam Aidil Fitri....ampun maaf jika ada salah silap

    ReplyDelete
  14. alahamdulillah covid-19 beransur hilang so boleh la kita merentas negeri beraya dengan keluarga di kampung. Masa ni la nak mohon ampun dan lepaskan rindu

    ReplyDelete
  15. Salam Aidilfitri sebab masih Syawal. Anyway raya kali ni agak berbeza tetapi tetap sambut sebagai meraikan sebulan berpuasa.

    ReplyDelete
  16. Selamat Hari Raya juga. Memang betul raya tahun ni berbeza dan berlainan dari tahun-tahun sebelum ini. Tapi raya masih tetap raya. Maaf Zahir Batin

    ReplyDelete
Previous Post Next Post