Aidilfitri... hari bahgia... hari yang mulia... mohon maaf bersama dipinta... selamat, selamat hari raya... hehehehe... masih dalam mood RAYA lagi gaissss... walaupun dah start kerja tapi hati masih lagi dok bernyanyi-nyanyi ria gitu... biasalah kan, inilah antara hari yang kita nanti-nantikan selepas bersama-sama menunaikan ibadah puasa (walaupun dalam dugaan berPKP dan jauh dari keluarga)... semoga segala apa yang kita kerjakan mendapat keberkatan dariNya...
Aidilfitri kali ini memang merupakan antara sambutan yang akan menjadi kenangan dan ingatan sampai bila-bila... alhamdulillah walaupun kita berada dalam keadaan pandemik COVID-19, Allah masih memberikan kesempatan kepada kami sekeluarga untuk menyambutnya dalam penuh kesederhanaan... dapat memanjatkan kesyukuran sempena hari ulangtahun kelahiran anak-anak pada 17/05 (Alif Thaqif) dan 21/05 (Alif Kaisah) pada 1 Syawal itu sendiri memberikan suatu rasa yang amat sukar untuk digambarkan... Alif Nuha (16/01) dan Alif Khairah (18/04) dah buat masa sebelum PKP TAPI untuk menggembirakan hati anak-anak juga anak-anak saudara yang lain (tinggal sedaerah dan tidak melebihi 20 orang ya, kami mematuhi PKPB), terus je kami suami-isteri utarakan untuk kek-kek tersebut terus merangkumi sambutan kesyukuran bagi hari lahir semua dari Januari hinggalah Disember... haaaa, amik ko... hehehehe...
Mana taknya korang, dua biji kek beso kami beli haritu (masa tu dah fikir dah, macam mana nak habiskan ni)... 2.5 kilogram setiap satu kek tu kalau tak silap... tapi takpe, yang penting, semua orang happy kan... itulah matlamat yang ingin kita capai, tak gitu?... eh, sambil dok membebel ni, tadi terserempak dengan Segmen Raya Aidilfitri 2020 oleh Yamanaimy... apa lagi, jom join jom... sampai 04/06/2020 je ni... tinggal sehari je lagi... sempat lagi gaissss kalau nak join...
Syarat-syarat penyertaan:
1) Mestilah blogger yang mempunyai akaun bank Malaysia (senang nak bank in hadiah).
2) Wajib letak blog Yamanaimy di dalam bloglist korang.
3. Sila follow media sosial ini Facebook Yamanaimy, Facebook Naimy Art dan IG Yamanaimy
4) Buat satu blog post penyertaan dengan tajuk "Segmen Raya Aidilfitri 2020 oleh Yamanaimy" dan pastikan dalam post tu ada banner di atas dan link ke post ini.
5) Tinggalkan link penyertaan korang di post ini. Tu je. Senang kan.
Tarikh tutup penyertaan ialah pada 4 Jun 2020.
Hadiah: 4 orang pemenang akan dipilih.
1) 3 pemenang akan memenangi RM 10 setiap sorang.
2) Seorang pemenang bertuah akan diberi design nama khat kufi dalam format PNG hitam putih dan duit RM10... Nama bentuk khat kufi dibuat khas oleh Yamanaimy seperti contoh di bawah...
4) Buat satu blog post penyertaan dengan tajuk "Segmen Raya Aidilfitri 2020 oleh Yamanaimy" dan pastikan dalam post tu ada banner di atas dan link ke post ini.
5) Tinggalkan link penyertaan korang di post ini. Tu je. Senang kan.
Tarikh tutup penyertaan ialah pada 4 Jun 2020.
Hadiah: 4 orang pemenang akan dipilih.
1) 3 pemenang akan memenangi RM 10 setiap sorang.
2) Seorang pemenang bertuah akan diberi design nama khat kufi dalam format PNG hitam putih dan duit RM10... Nama bentuk khat kufi dibuat khas oleh Yamanaimy seperti contoh di bawah...
Pemenang akan diumumkan pada tarikh hari lahir Yamanaimy iaitu 9 Jun 2020, hari terakhir PKPB dilaksanakan...
All the best everyone...
xoxo
1 Comments
terima kasih sertai segmen kita....
ReplyDelete