NASI MARRYBROWN MEMANG CONFIRMED MALAYSIAN'S FAVOURITE - REVIEW

Assalamualaikum dan hai hai hai everything... selepas seharian bergelumang dengan kertas dan pen, sampailah sudah masanya untuk aku melakukan aktiviti terapi kegemaran... apa lagi kan gaissss, MAKANLAH kan kan kan... hehehehe... ni pun dah rasa macam naik berat badan dah ni... apa tidaknya, kalau nak diikutkan, masa mula-mula aku menjejakkan kaki ke daerah ini 2 tahun yang lalu, berat badan aku 38 kg... aku ni sejenis yang kalau timbang berat badan, tetiba scale tu tunjuk 40 kg or more, mulalah menggelabah... ni laa ni, latest aku timbang baru ni dah 43 kg gaissss!!! Ohhhh Emmmm Giiii!!!

Tapi aku layan je... maleh nak fikir banyak-banyak... mula-mula tu lepas dah gerak balik, aku malas nak makan sebab rasa macam dah makan banyak (simptom biasa bila ko try hard konon-konon nak diet)... hahahaha... habis camne, lepas sarap kan terus buat kerja, along the way menuju ke tengah hari tu ya Allah, berbaris dah aku senaraikan TO-DO kan, maka, kawannya dah tentulah KOPI... almaklumlah aku ni kan COFFEE CLAN... hehehehe, tak lengkap la pulak kalau tak mengunyah, so, mestilah gu dengan keropok ke, kerepek ke, kadang-kadang tu, roti pun aku bedal, kek pun pernah juga... hehehehe... aku, ni, setiap Isnin plan nak diet, tapi tak tau la Isnin minggu bila... walau bagaimanapun, aku kena juga diet ni... bukan untuk apa, yang paling penting adalah untuk kesihatan...

Basically, tujuan utama aku nak diet adalah untuk:
1) Mudah untuk beribadat.
2) Takde la cepat penat kalau dok ke hulu ke hilir.
3) Memastikan kesihatan berada di tahap optimum.


So, lepas balik kerja tu, rajin pulak budak-budak ni buat surprise... depa belanja aku kat MarryBrown... cuma time tu aku kan masih kenyang... aku tapau je... alhamdulillah, masa tu ada kami je (3 orang) kat dalam MarryBrown store tu so it is still within a good practice... kat dalam store pula ada 2 staffs di kaunter dan 3 staffs di dapur...

SOP YANG DIPATUHI

1) Suhu badan diambil.
2) Scan barcode MySejahtera.
3) Untuk makan di dalam restoran.
a. Masuk ke restoran.
b. Order di kaunter.
c. Hanya makan di tempat duduk yang tiada tanda X.
4) Untuk bawa balik.
a. Order di luar atau di kaunter.
b. Tunggu di kawasan yang disediakan.
c. Ambil makanan yang dipesan.

Bukan main seronok haritu tunggu makanan kat buaian yang memang jadi trademark MarryBrown kannnn... ni kalau Kaisah, Thaqif, Nuha dan Khairah ada kat sini memang port ni la yang paling diminati... sambil makan sambil berayun... seronok kan... macam makan kat playground gitu...

So, haritu, depa orderkan untuk aku Nasi MarryBrown single dengan cheezy wedges... haaa, siap dapat hadiah percuma pinggan MILO gitu... aku sekeluarga memang menyukai sajian Malaysian Favourite ni... mesti korang confused, apa la yang ada kat dalam paperbag MB tu kan... kat dalam tu ada cheezy wedges... tapi sebab aku kan take-away, thus, cheese dan mayonis diletakkan di dalam bekas yang berasingan... bagi aku, aku suka pendekatan tu sebab kalaulah aku makan lambat ke, takdelah the entire sajian cheezy wedges tu jadi lembik kan kan kan...  for that, aku bagi thumbs up kat cara pembungkusannya...


Nasi Marrybrown

Nasi (ala-ala nasi lemak yang wangi sungguh aromanya) - 1 bahagian
Ayam goreng spicy (bahagian rib, memang favourite aku, bahagian lain aku tak makan sebab aku terbayang ayam tu terbang la, flip kepak la, imaginasi tinggi sangat) - 1 bahagian
Sambal (memang padu sambal ni) - 1 pek
Timun - 3 hiris
Papadom empat segi - 5-7 keping


Untuk aku yang memang menu favourita de amour adalah nasi lemak, bagi aku, sajian ini memang sedaplah di tekak aku... aku syorkan kalau korang tengah lapar, inilah sajian yang harus korang cuba tau... oh ya, aku amik sajian single sebab air favourite aku adalah air suam panas... hahahaha, suam ke panas kan kan kan... so, kalau korang makan kat sana, boleh je korang amik sajian combo, sekali dengan air... harganya pun berbaloi...

Harga Nasi Marrybrown
Single - RM9.20 
Combo - 11.20

Harga Cheezy Wedges
RM 5.90


Okay, kalau korang pun nak try makan Marrybrown, boleh check out menu kat sini....
Untuk locations restoran Marrybrown, boleh klik kat sini...

Credit to Marrybrown Pengerang yang kitorang pergi haritu:
1) Good service.
2) Fast servide.
2) Mesra pelanggan.
3) Memahami kehendak pelanggan.
4) Portion berbaloi.

#marrybrown #food #goodfood #malaysianfavorite #reviewer #foodreview #servicereview

xoxo

Tini Alif

20 years of experience within the technical, manufacturing and services environment. Assists brands and companies to achieve their targeted and potential customer through writing service such as article writing, copywriting, ghostwriting, manuscript writing, technical writing, content marketing and translation amongst others. Interested to collaborate? Email: hartini.hussain.work@gmail.com or WhatsApp at +601154054677

4 Comments

  1. menarik tapi di kawasan saya xdak MB pulak..
    xpe ada kesempatan kita cuba.. selalu order bubur nasi MB sedap..

    ReplyDelete
  2. Semua sedap2 nampak.. Tapi kat kawasan rumah ni tak de MB. jauh ada la..

    ReplyDelete
  3. Nanti nak pergi marrybrown. Ade voucher ni

    ReplyDelete
  4. Dah lama tak makan kat marry brown. Dulu cukup suka.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post