CARA MERANCANG DAN MEMERIKSA KEHAMILAN DENGAN BANTUAN EARLY DETECTION - ONE STEP PREGNANCY TEST ASIA MEDIC

Assalamualaikum dan hai hai hai everything... hati ini masih ada lagi sisa-sisa kekesalan atas kejadian Nuha terjatuh dari kereta baru-baru ni... basically, aku ni sejenis yang relax, cool dan layanz je TAPI kejadian haritu memang betul-betul menggugat emosi aku (pada waktu itu)... alhamdulillah anak-anak yang lagi tiga orang iaitu Kaisah, Thaqif dan Khairah berdisiplin dan mengikut je apa yang suami aku katakan kepada mereka... thank you my better half... it is indeed WITH YOU I ACHIEVE MORE gitu... ha, bercakap tentang suami, anak, terus aku teringat nak share dengan korang tentang cara untuk merancang kehamilan... 

Eh, nak hamil pun kena merancang ke?... kena la rancang deq non ooiiii... takkan la kita buat sesuatu tanpa ada pengetahuan dan matlamat kan kan kan?... basically, kami suami-isteri merancang kehamilan sendiri untuk keempat-empat anak kami... suami dan aku merancang sendiri based on perbincangan dengan gynaecology kami dan pembacaan...

Pertama: Kalendar Kesuburan

Dalam masa 3 bulan sebelum merancang kehamilan, aku mencatat kalendar kesuburan aku... well, memang ada je Bawang Rangers yang dok kata "Aik, dah nak setahun nikah belum ada baby?... jom ikut akak pergi amik air bukit (nama dirahsiakan)... cepatlah nanti dapat anak tu..." tapi suami dan aku buat deq je, pekakkan telinga, bisukan mulut... hehehehe... bukan sebab apa, sebab kami memang merancang dan kalau dah memang rezeki kita insyaAllah akan dimakbulkanNya kannnn... tak gitu?... 

Okay, berbalik kepada kalendar kesuburan, berikut adalah antara perkara penting yang korang perlu tahu:

1) Hari pertama - hari permulaan haid
Secara umumnya, haid yang teratur akan datang pada setiap 24 hingga 35 hari... ini kebiasaannya ya... so, korang kena kiralah kitaran haid korang tu kitaran haid untuk berapa hari okay... kalau kitaran haid korang lebih daripada 35 hari (ini menurut gynaechology yang memeriksa aku ya) kaedah ini kurang berkesan KERANA ovulasi boleh berlaku sekali di antara 7 hingga 21 hari tapi harinya tak tetap ya gaissss, hari ovulasi berlaku boleh bertukar setiap bulan...

2) Hari pertama dan terakhir kesuburan
Hari pertama kesuburan tidak sama dengan hari pertama permulaan haid ya ladies... korang kena faham begini ya, disebabkan kita mencatatkan kalendar kesuburan sepanjang 3 bulan berturut-turut, maka:
Hari Pertama Kesuburan = Kitaran haid bulanan korang yang paling pendek ditolak 20 hari
Hari Terakhir Kesuburan = Kitaran haid bulanan korang yang paling panjang ditolak 10 hari

Contoh
Bulan pertama = 30 hari
Bulan kedua = 32 hari
Bulan ketiga = 29 hari
MAKA
Hari Pertama Kesuburan = 29 hari - 20 hari = 9
Hari Terakhir Kesuburan = 32 hari - 10 hari = 22

Sekiranya pasangan suami-isteri inginkan kehamilan berlaku, hari ke-9 hingga hari ke-22 adalah waktu terbaik untuk melakukan hubungan WALAU BAGAIMANAPUN, bagi pasangan suami-isteri yang ingin merancang kehamilan, gunakanlah kondom atau kaedah kontraseptik yang lain okay... yang ni korang boleh bincangkan dengan gynaechology korang ya...


Kedua: Suhu Badan

Semasa dalam proses merancang kehamilan, aku telah mencatat bacaan suhu badan sebaik sahaja aku terjaga dari tidur... kiranya, sebelum melakukan apa-apa, aku check dulu suhu badan aku... ini penting ya gaissss KERANA untuk pengetahuan korang, selepas berlakunya ovulasi, suhu badan akan naik lebih daripada 0.2 darjah celcius untuk 3 hari berturut-turut... jadi, sekiranya pasangan suami-isteri inginkan kehamilan berlaku, ini adalah masa terbaik untuk melakukan hubungan kelamin SEBALIKNYA buat pasangan yang ingin merancang kehamilan, gunakanlah kondom atau kaedah kontraseptik yang lain NAMUN sekiranya ingin melakukannya TANPA PERLINDUNGAN, ia hanya boleh dilakukan selepas 3 hari berturut-turut suhu badan naik sebanyak 0.2 darjah Celcius ya...

Disclaimer: Walaupun begitu, sekiranya memang dah rezeki, walaupun kita menggunakan perlindungan, sekiranya Allah izinkan, kehamilan tetap akan berlaku... ingat tu ya gaissss... 

Baik, kedua-dua kaedah di atas adalah antara kaedah yang aku lakukan, WALAU BAGAIMANAPUN sekiranya korang inginkan lebih maklumat, korang kunjungilah klinik dan hospital terdekat ya... okay, now, aku nak cerita sikit tentang kehamilan aku... AKU TAK PERASAN YANG AKU PREGNANT WEI... hehehehe... for the first trimester, sepanjang 3 bulan pertama, suamiku yang mengalami loya dan morning sickness yang teruk... pada waktu itu, aku alhamdulillah okay je, ada la pening-pening sikit tapi sebab aku memang ada migrain so bagi aku ia adalah pening biasa... period aku pulak sederhana, nak kata memang betul-betul datang pada hari yang sama tu tidaklah tapi masih dalam range yang terkawal... cuma menghampiri bulan kedua tu aku rasa yang period aku lambat, masa tu aku dah rasa lain tapi masih belum terfikir yang aku mengandung... masuk bulan ketiga barulah rasa cuak sebab tak period-period kannnn... pergi check-up TADAAAA, CONGRATULATIONS, YOU ARE GONNA BE A MOMMY... hehehehe...


Masa tu aku tak check sendiri di rumah sebab baru first timer kan... waktu pergi klinik baru check... time tu aku tak terfikir pun nak check sendiri tapi apabila masuk kehamilan kedua, ketiga dan keempat, aku memeriksa kehamilanku di rumah dahulu sebelum melakukan pemeriksaan lanjut di klinik... aku menggunakan kit ujian kehamilan dan ia memang mudah untuk digunakan... kebetulan, baru-baru ni, aku ada memperoleh EARLY DETECTION - ONE STEP PREGNANCY TEST keluaran ASIA MEDIC... aku check dan kajilah sikit tentang penggunaannya, yelah kan, kita kan kena sentiasa bersedia untuk apa-apa kemungkinan... hehehehe...


Berikut adalah ciri-ciri Early Detection - One Stop Pregnancy Test keluaran Asia Medic:
1) Mampu menguji seawal 5 hari sebelum haid.
2) Mudah untuk digunakan.
3) Memberikan keputusan dalam 3 minit.
4) Lebih 99% tepat.
5) Direka dengan sensitiviti 10 mlU / mL. Kit kehamilan ini dapat mengesan kehamilan lebih awal daripada standard ujian kehamilan sensitif 20 mlU / mL dan 25 mlU / mL.
5) Memiliki tanda CE yang telah diluluskan.


Cara-cara menggunakan Early Detection - One Stop Pregnancy Test keluaran Asia Medic:
1) Keluarkan kit kehamilan dari kantung foil dan lakukan ujian dengan segera dalam masa satu jam.
2) Tanggalkan penutup di bahagian tengah dan letakkan bahagian yang hujungnya berpenyerap ke aliran air kencing selama 15 saat. Sebagai alternatif, letakkan hujung yang berpenyerap ke dalam air kencing yang telah ditadah di dalam bekas yang bersih selama 15 saat.
3) Tutup semula hujung yang berpenyerap dan letakkan kit kehamilan pada permukaan rata yang mana tetingkap kawalan ujian menghadap ke atas lalu mulalah merakam masa.
4) Ketahui keputusannya pada minit ke-3 dan pastikan tidak mentafsir keputusannya selepas 10 minit.


Korang boleh melakukan ujian kehamilan pada bila-bila masa sepanjang hari NAMUN sekiranya korang hamil, air kencing pagi pertama akan mengandungi hormon kehamilan yang paling banyak... untuk pengetahuan korang, sebenarnya, kebanyakan ujian kehamilan di rumah berupaya memberikan keputusan yang tepat jika dilakukan pada tarikh haid korang biasanya datang, iaitu lebih-kurang dua minggu selepas korang berovulasi macam yang aku dah bagitau kat atas tadi ya... kadangkala, ujian akan menunjukkan keputusan negatif ... yelah, korang dah la lambat datang haid, tapi bila check negatif pulak kan... berikut mungkin adalah sebabnya iaitu:
1) Korang mungkin tidak hamil.
2) Korang mungkin berovulasi lebih lewat daripada yang korang jangkakan.

Satu dalam 10 wanita mempunyai tahap hCG yang terlalu rendah ketika tarikh haid mereka terlepas... kalau keputusan korang negatif dan masih belum datang haid, ujilah semula selepas tiga hari... sekiranya korang memang betul-betul hamil, jumlah hCG tentu telah bertambah dan cukup untuk dikesan oleh kit kehamilan pada waktu itu... apa-apapun, lepas dah menggunakan kit kehamilan, pastikan korang terus ke klinik atau hospital untuk mendapatkan nasihat daripada doktor yang bertauliah okay... jangan nak pandai-pandai sendiri tau... apa-apapun, tanyalah doktor... gitu...


Okay, kat mana korang boleh dapatkan Early Detection - One Step Pregnancy Test Asia Medik ni kan, kat bawah ni aku dah senaraikan ya...

Instagram: Klik di sini
Facebook: Klik di sini
Shopee Shop: Klik di sini
Lazada Shop: Klik di sini

Gaissss, aku harap penerangan aku yang tak seberapa ni dapatlah membantu sedikit-sebanyak untuk korang memperoleh sedikit idea berkenaan kaedah merancang dan memeriksa kehamilan ya... ingat, apa-apapun, dapatkanlah nasihat daripada doktor yang bertauliah... till then, see you when I see you... ehemmmm, all the best tau... hehehehe...

xoxo

Post a Comment

13 Comments

  1. wow.. all the best yang merancang n nak tambah anak lagi.. hehehe..

    ReplyDelete
  2. Kita pakai apps period tracking, automatic bagitau waktu2 ovulation juga hehe

    ReplyDelete
  3. Masa dulu, UPT ni memang akak beli banyak stok. Kahkahkah. Sebab setahun lewat hamil. So hampa dan gembira moment tu ada. Hehehe

    ReplyDelete
  4. Bagus juga alat ni lagi-lagi untuk mommies yang tak sabar nak dapat baby. Yaya punya kiraan haid kadang-kadang terlari juga so kena check waktu subur guna opk test hee and selalu make sure dah lewat period 7 hari baru check upt takut frust. For my second pregnancy memang yaya plan sebab tak adalah selalu subur macam orang lain :)

    ReplyDelete
  5. Menarik infomasi especially tentang kitaran haid ini.. Dulu master benda ni tapi bila dah masuk bidang berlainan, dah lupa dah. Good to know for future reference :) Bukan sahaja para isteri or mommy to be jer yang kena tahu tentang ni, suami dan bakal daddy pun kena tahu juga. Family planing katanya.

    ReplyDelete
  6. Bagi ibu2 merancang penting sebenarnya alatan ini. Kita boleh tahu dan prihatin ttg usia kandungan (awalan)

    ReplyDelete
  7. yup, test awal pagi paling berkesan, IQ test dulu pun awal pagi, dan test kit sekarang memang boleh tahu result seawal beberapa hari

    ReplyDelete
  8. Ya betul, with this it can help the women to check and feel more comfortable then guessing.

    ReplyDelete
  9. Cx memang jenis kira kalender period since muda belum kawen. Sekarang lagi wajib kena kira. Tapi cx tak pernah cuba early detection tu. Baru tahu juga sebenarnya. Tq share. Boleh try la nanti

    ReplyDelete
  10. Nad tak lernh kira.. Hahaha.. Sebb period tak ikut time dia yg betul.. Lari macam tu. Nad tau hamil pun sebb nak alaha teruk.. Memng suka beli periksa hamil ni lebih dri satu.. Yela na tgk betul ke tak dua line.. Hehehe.. Nanti boleh cuba ni kalau rasa nak preg.. Haha

    ReplyDelete
  11. Baru tahu bab early detection ni...tq sharing

    ReplyDelete
  12. Wow thanks for sharing! kdg saya ni jenis, time rasa nak check sambar satu pregnancy test dan check, xpernah nak kira kalander lah, tp itu lah silap saya, hehe

    ReplyDelete