SANDAR KAT KERUSI, JANGAN BERSANDAR DI PINTU KERETA

Assalamualaikum dan hai hai everything... aku nak bagitau something yang aku sangat risau dan takuti selama ni kalau dok drive alone dengan anak-anak without my husband... alhamdulillah perkara ini terjadi sewaktu kami sama-sama travel satu family, cuma at least, my better half was there at the moment that it happened... kalau nak diikutkan, sebenarnya aku nak coretkan sedikit kenangan semasa kami buat review baru-baru ni kat Genting Highlands... tapi sebab hal yang terjadi ni agak merisaukan, aku up dulu entri berkenaan perkara ini...

Kami sekeluarga ke destinasi di negeri Pahang itu pada 29/08/2020 yang lalu dan menginap di Amber Court (nanti aku ceritakan tentang pengalaman menginap di Amber Court)... kami sampai di tempat penginapan pada pukul 3:30 petang dek kerana terpaksa mengharungi kesesakan lalu-lintas di sepanjang lebuhraya ke Karak tu sampai terpaksa ikut jalan Genting lama ikut jalan ke UIAM Gombak tu... jalan tu dah tentulah pusing-pusing sebab kena lalu kawasan berbukit-bukau, anak-anak dah pening-pening lalat... thus, ada yang ketiduran...


Kredit gambar kepada website ini...

Sampai je kat Amber Court, lepas amik kunci apartment, kami terus naik ke atas dan membersihkan diri dan melakukan segala kewajipan... selepas itu, kami melelapkan mata sebentar bagi menghilangkan penat buat seketika... selepas Maghrib, kami sekeluarga terus bersiap untuk ke puncak kerana tiada tempat makan yang bersesuaian di Amber Court... naik kereta dengan jalan pusing-pusingnya, memang pening la kepala dibuatnya... tanpa aku sedari, anak-anak dah tertidur kat belakang sebab nak mengelakkan daripada rasa nak termuntah dek kerana kepala yang pusing...

Sampai je kat tempat parking kereta, alhamdulillah, mudah pulak dapat parkingnya... lepas incik suami park kereta aku pun siap-siap la nak turun, terus panggil anak-anak... masa tu memang sayup-sayup aku dengar ada yang menyahut... aku takde la fikir apa-apa... aku terus keluar daripada kereta, buka pintu belakang dan...

NUHA TERUS TERJATUH DARI KERETA!!!

Ya Allah, terkejut sangat aku dibuatnya... dah la pada masa yang sama tiba-tiba ada satu kereta yang baru parking kat sebelah... as a TYPICAL ASIAN MOM, aku membebel dulu sebab dah panik kan masa tu... sambil tu, aku immediately angkat Nuha naik balik ke kerusi kereta... 

YA ALLAH, KESIANNYA ANAK AKU!!!

Seriously, terngiang-ngiang kat telinga aku Nuha menyahut (or Khairah maybe)... aku bising la sebab Kaisah pun tak tengok adik dia TAPI AKU AS A MOTHER PUN SALAH JUGAK sebab:
1) Lepas dengar anak menyahut aku tak pastikan siapa yang menyahut.
2) Aku terus buka pintu belakang tanpa check dulu.

Pengunjung yang park kat sebelah kereta aku tu dah tengok-tengok sambil tunjuk-tunjuk dengan mulut kat anak dia... huhuhuhu... sedih pulak rasa... satu je aku nak cakap kat sini, kalau tak tau apa-apa, tak payah nak berspekulasi... tak elok kan macam tu... bukannya dia tahu, darah aku terus naik ke otak sebab terkejut masa tengok anak aku terjatuh dari kereta... rasa macam nak gugur jantung sebab tengok anak tetiba tergolek kat lantai... Allahu Akbar... TIDAK  ADA SEORANG IBU YANG WARAS YANG SANGGUP MELIHAT ANAK YANG DIKANDUNGNYA BERADA DALAM KESAKITAN...


Kredit gambar kepada website ini...

Alhamdulillah takde apa-apa, Nuha had been checked and this happening is indeed a lesson learnt for me... so, untuk aku dan korang juga, ingatlah, pastikan dulu tiada anak-anak yang tidur atau bersandar di pintu kenderaan semasa ingin membuka pintu kenderaan tersebut... ya, macam aku jugak, dah berbuih-buih dok pesan kat anak-anak tersayang, SANDAR KAT KERUSI, JANGAN BERSANDAR DI PINTU KERETA... tapi, lumrah anak-anak kan, even kita sebagai orang dewasa pun kadang-kadang alpa dan leka... thus, kita kenalah selalu mengingatkan sesama sendiri akan hal ini...

Aku terus minta maaf kat Nuha atas kejadian yang berlaku sebab macam-macam manapun, aku as orang yang lebih dewasa (of course as a mother) yang harus dipersalahkan dalam hal ini... aku yang sepatutnya memastikan bahawa keselamatan anak-anak terjaga... in fact, sampai ke hari ni pun bila aku dok menelefon family pun still aku minta maaf dengan Nuha... masih ada sisa-sisa kekesalan di atas apa yang telah berlaku... 

IBU MINTA MAAF KEPADA SEMUA ANAK-ANAK IBU
KAISAH, THAQIF, NUHA DAN KHAIRAH
DI ATAS KELALAIAN INI

Sob, sob... sedih pulak rasa...

Moving forward, aku akan lebih berhati-hati di masa hadapan... yes, I will, always...

xoxo

Tini Alif

20 years of experience within the technical, manufacturing and services environment. Assists brands and companies to achieve their targeted and potential customer through writing service such as article writing, copywriting, ghostwriting, manuscript writing, technical writing, content marketing and translation amongst others. Interested to collaborate? Email: hartini.hussain.work@gmail.com or WhatsApp at +601154054677

19 Comments

  1. Boleh saya tahu Nuha tu usia berapa? Kejadian berlaku, dia duduk dalam child car seat dan tidak memasang tali pinggang keledar ke kak? Situasi ni ramai alami sebelum kerajaan mewajibkan penggunaan child car seat. Kemudian mendapat bantahan sebab ramai anak, ibu bapa tidak mampu dan lain-lain alasan. Seterusnya child car seat wajib utk anak yang ketinggian bawah 120cm.

    Ini pengalaman buat kita sebagai ibu untuk terus berhati-hati. Bukan Asian Mom je begitu, semua ibu begitu. Mereka concern. Yang sedang alami kejadian jd panik, yang melihat ingin membantu. Tapi hanya mata sahaja boleh melihat. Nak help, risau kita pula menyibuk dan dimarahi. Begitulah sebaliknya bila akak rasa panik. Saya selalu nampak kejadian ini di parking pasar raya. Tak payah pi trip bercuti, bebudak ni memang suka tido bila masuk dalam kereta.

    Serba salah kan kak. Dibukakan pintu, anak bersandar. Bila tak bukakan pintu, mereka buka sendiri dan keluar berlari pula. Hati seorang ibu sentiasa cemas. Hahahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nuha 8 tahun Ruby... masa tu dah keluar dari child car seat sebab dah park kereta dan Nuha masih mamai baru bangun dari tidur... Nuha sendiri tak perasan masa dia jatuh tu... masa bagitahu kat Nuha, she was like Nuha jatuh ke ibu?... sedih sebab semua benda dah jaga, part buka pintu pulak jadi gitu... huhuhuhu... pengunjung tu tunjuk-tunjuk dan cakap kat anak dia sambil menjuihkan mulutnya "Daddy jaga anak daddy elok-elok kan... tak macam tu..." :(

      Delete
  2. Ya Allah.. nasib Nuha tak ada apa2, luluh jantung kan klu tgk mcm ni... itu la ..atie sendiri pun suka sandar dekat pintu kalau tidur and this is so dangerous rupanya.. lepas ni mmg kena alert about this.. thank you for sharing akak

    ReplyDelete
  3. Tulaa mak saya dari kecik pun selalu marah kalau saya tidur sandar dekat pintu kereta. Dia letak sampai 3 bantal kecik dalam kereta supaya saya baring dekat kerusi

    ReplyDelete
  4. bahaya tidur sandar kat pintu ni, nasib baik nuha selamat. its ok akak orang lain tak tahu cerita sebenar, just be careful next time :) ♕Tiara Sapphire♕

    ReplyDelete
  5. Mama selalu cakap dekat LH kalau nak buka pintu kereta tu tengok dulu orang dekat dalam takut ada yang bersandar dekat pintu, takut jadi macam ni lah. Kalau nak tutup pun sama, takut terkepit pula

    ReplyDelete
  6. Adui kesian, tapi bukan sengaja kan..
    Tak sabar nak tau kisah di amber court, sebab selalu dengar kisah seram je pasal amber court tu hehe

    ReplyDelete
  7. Ya. Kami sebagai orang dewasa dan ibu bapa kenalar lebih peka kan?

    Thanks for his sharing.

    ReplyDelete
  8. So true. Rest your head on the car seat not window. It’s very dangerous. I glad that your daughter is ok.

    ReplyDelete
  9. ni cerita benar kita masa kecil pernah ada pengalaman lebih dasyat dari ini apabila tercampak daripada dalam kereta setelah pintu kereta terbuka sendiri. Nasib masa tu tak ada kamera phone kalau tidak dah viral hehehehe betul kena jaga anak-anak duduk belakang ni...

    ReplyDelete
  10. Nasib nuha takde ape2 ye kak.. Biasalah maka mana nak jadi gitu.. Tengah mamai pulak tu dia

    ReplyDelete
  11. Ye juga, tak budak, kita orang tua ni pun kadang sandar di pintu kalau tertido, sebab pernah kena, tup-tup anak bukak pintu, adiknya terus tersembam jatuh..,nasib juga tak apa-apa..

    ReplyDelete
  12. saya pun tak terfikir bab ni.Biasanya bila dah sampai , sebelum keluar kereta saya kejut kan anak2 bangun. Saya keluar dulu dan kemudian baru anak2 buka sendiri pintu kereta.

    Tapi tak tahu la akan datang kalau tetiba jadi gini, saya pun tak tau nak bertindak cemana. sesal tu dah tentu ada. Jadi peringtaan untuk saya juga la lepas ni.

    ReplyDelete
  13. Ya Allah. nice sharing ni. membuka mata semua parent semua extra careful lepas ni.

    ReplyDelete
  14. bahaya jugakkan..esp untuk anak2 yang masih kecil..tq for reminder this...akan sentiasa beringat selepas ini

    ReplyDelete
  15. benda paling takut lah masa tidur terjatuh bila sandar dekat pintu kereta. Nasib baik Nuha tak cedera. Abaikan yang bercakap buruk tu, yang penting Nuha selamat :)

    ReplyDelete
  16. Kesian betul Nuha. Kadang-kadang kita dah jaga terbaik tapi still benda nak jadi kan.

    Nak baca pasal duduk Amber Court. Hehe

    ReplyDelete
  17. Allahu... Berderau baca!
    Ya kadang kala perkara yang tidak dijangka terjadi memang panik. Ntindak balas natural emosi. Syukur alhamdulillah Nuha baik-baik jer. Thanks sharing

    ReplyDelete
  18. Ya Allah... Kalau saya pun, mungkin membebel juga. Huhu. Tapi lesson learnt and thanks for sharing.

    Lepas ni boleh alert dah.
    Sbb saya pakai je carseat tapi anak-anak tak nak ikat. Huhu.

    Anyway, thanks sharing.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post