MEMANG BEST BILA GUNA WHITENING BUBBLE TOX SERUM MASK & SOOTHING BUBBLE TOX SERUM MASK MEDIHEAL NI

Since dah duduk jauh dek kerja ni, semakin hari aku semakin culas dalam hal-hal penjagaan kulit... kadangkala, nak recce produk baru pun malas gaissss... bukan apa, kekangan masa tu buatkan aku terfikir yang mungkin banyak masa perlu dihabiskan untuk pemakaiannya... thus, terus masuk dalam wishlist bin je la dulu... Tapi kan korang, baru-baru ni, aku came across ada satu serum mask ni... aku baru je tengok packaging dia pun dah tertarik, menarik the bomb gitu... apabila aku baca ingredients dan cara pemakaiannya, walla, memang kena la dengan gaya hidup aku laaa nih yang perlukan ketepatan dan kesederhanaan dalam mencapai kesempurnaan, agitchewwww... memang power kan serum mask dari Mediheal ni... 


Sebelum mengulas lanjut berkenaan WHITENING BUBBLE TOX SERUM MASK dan SOOTHING BUBBLE TOX SERUM MASK ni, jom kita check it out tentang kelebihan menggunakan serum... yelah, mana taknya, rata-rata apabila kita memperihalkan tentang hal ehwal penjagaan kulit, kebanyakan pengamal kecantikan (beautician) akan menggalakkan penggunaan serum kan... well, WHITENING BUBBLE TOX SERUM MASK dan SOOTHING BUBBLE TOX SERUM MASK ni memanglah mask TAPI apa yang istimewa dengan produk ini ialah mask ini telah diformulasi dengan begitu teliti dengan menggabungkan kebaikan serum di dalam kepingan masknya... menarik kan gaissss?... okay, jom kita ambil-tahu tentang kelebihan menggunakan serum ya... let's go...

KELEBIHAN MENGGUNAKAN SERUM

1) Mudah diserap ke dalam kulit.
Kebanyakan wanita mungkin dah tahu bahawasanya serum biasanya didatangkan dalam bentuk cecair kan... sekiranya kita meneliti tekstur serum itu sendiri, ia mempunyai tekstur yang nipis dan molekul yang kecil untuk memudahkan penyerapan ke dalam kulit...

2) Diperbuat daripada ekstrak yang 10 kali lebih pekat daripada pelembap.
Basically, pelembap diperbuat daripada beberapa bahan kimia dan ekstrak yang dimaksudkan untuk melembapkan wajah korang dengan menyelamatkan kulit daripada merekah akibat kekeringan dan sejuk... on the other hand, serum muka pula biasanya dibuat dari ekstrak kuat yang 10 kali lebih pekat daripada pelembab... ini kerana fungsi kedua-duanya adalah berbeza antara satu sama lain yang mana serum tidak berfungsi untuk melembapkan kulit... maka, serum adalah amat sesuai untuk individu yang mempunyai kulit yang berminyak.

3) Serum mensasarkan kepada keperluan kulit yang tertentu.
Terdapat pelbagai jenis serum di pasaran buat masa ini yang mensasarkan kepada keadaan kulit tertentu sebagai contoh serum muka untuk mengurangkan jeragat, bintik-bintik hitam, kulit kering, kulit berminyak atau kulit berjerawat... basically, serum muka disasarkan untuk merawat keperluan tertentu supaya korang dapat melihat hasilnya dengan lebih cepat... lagipun kalau korang gunakan certai type of serum, contohnya untuk hilangkan jeragat, sudah pasti korang akan fokus kepada hasil yang berkaitan dengan kehilangan jeragat kan... haaa, gitulah lebih kurang...

Korang mungkin berminat: Rawatan Laser Jeragat

4) Dalam kuantiti dan packaging yang kecil.
Kalau korang perasan, serum biasanya datang dalam botol kecil dan  penggunaan 1 hingga 2 titis sudah mencukupi untuk seluruh muka... zassss, ini bermakna bahawa satu botol serum itu boleh tahan selama berbulan-bulan...ia akan seterusnya dikaitkan dengan penjimatanlah kan sebab serum yang biasanya dalam berat lebih kurang 28g boleh tahan sehingga 4 - 5 bulan penggunaannya...

Sumber: Klik di sini


Tadi aku dah ceritakan berkenaan kelebihan menggunakan serum... now, lets talk about kepentingan memakai mask muka pula, penting ni... kita kena ambil tahu betul tak gaissss?...

KEPENTINGAN MEMAKAI MASK MUKA

1) Menegangkan kulit wajah.
Apabila kulit wajah kita tegang, secara automatik ia akan membuatkan wajah kita kelihatan lebih muda... ini yang digelar sebagai awet muda... best kan?.. siapa tak nak kan?... selalunya, wajah kita akan kelihatan lebih tua sekiranya ketegangan dan keanjalan sudah berkurangan... maka, semakin kita meningkat usia, perlulah kiranya kita mengambil inisiatif untuk mengekalkan ketegangan juga keanjalan kulit kita... tak gitu?...

2) Mengurangkan kedutan.
Tekanan akan menambahkan kedutan di wajah kita... basically, mask muka akan membantu mengurangkan garis-garis halus dan kedutan yang terdapat di wajah kita... jadi, jomlah kita amalkan pemakaiannya...

3) Membuang sel kulit mati.
Kalau korang perasan, apabila kita mencuci muka dengan pencuci muka, basically kita hanya membersihkan permukaan kulit muka kita sahaja... secara amnya, hanya lapisan atas kulit wajah sahaja yang dibersihkan dan tidak sampai ke dalam... maka, kita memerlukan bantuan mask wajah untuk memastikan segala kebaikan meresap ke dalam kulit di samping membantu membuang sel-sel kulit mati agar wajah kita menjadi lebih sihat...

4) Merawat kulit kusam.
Masalah kulit kusam akan berlaku sekiranya kita tidak mendapat tidur yang cukup... sebenarnya, aku pun baru tau ni... tidur yang berkualiti adalah antara faktor yang akan membantu kita mengurangkan kekusaman kulit... jadi, eloklah kiranya kita memakai mask untuk menceriakan kembali wajah kita dari kulit kusam ya gaissss...

5) Menanggalkan bintik hitam dan bintik putih.
 Ini memang betul gaissss, sejak mengamalkan pemakaian mask, dah kurang dah blackheads dan whiteheads kat wajah aku... kalau sebelum ni, sampai pedih-pedih kadang-kadang bila nak picit bagi blackheads dan whiteheads ni keluar... namun begitu, kini, ia keluar sendiri selepas aku menanggalkan mask... so, kiranya semakin memudahkan proses penjagaan wajah gitu... kulit pun jadi lebih bersih dan segar kan...


Okay gaisssss, below are some introduction on the WHITENING BUBBLE TOX SERUM MASK and the SOOTHING BUBBLE TOX SERUM MASK:
1) An innovative skin-brightening sheet mask, drenched in creamy bubble serum that transforms dull skin into a dewy and bright complexion.
2) No need to rinse off; simply absorb into the skin to achieve a radiant complexion.
3) Satisfy your five senses and achieve dewy, glowing skin with this bubble massage.
4) Formulated with Bright Toning Complex (rice bran water, pearl extract, milk protein extract) and patented ingredient Luisant Mela XD for better brightening effects.
5) The gauze sheet with micro-sized holes offers breathable comfort.
6) Specially designed to keep the bubbles from entering the eyes.

INGREDIENTS
Water, Hydrogenated Polydecene, Polyisobutene, Methyl Perfluoroisobutyl Ether, Methyl Perfluorobutyl Ether, Caprylic/Capric Triglyceride, Niacinamide,1,2-Hexanediol, Cyclopentasiloxane, Butylene Glycol Dicaprylate/Dicaprate, Cetyl Alcohol, Potassium Cocoyl Glycinate, Glycereth-26, PEG-100 Stearate, Glyceryl Stearate, Glycerin, Betaine, Decyl Glucoside, Acrylates Copolymer, Hydroxyacetophenone, Dipropylene Glycol, Ammonium Acryloyldimethyltaurate/VP Copolymer, Stearyl Alcohol, Myristic Acid, Hydrogenated Lecithin, Carbomer, Arginine, Myristyl Alcohol, Allantoin, Disodium EDTA, Lauryl Alcohol, Butylene Glycol, Zeolite, Milk Protein Extract, Oryza Sativa (Rice) Bran Water, Pearl Extract, Ethylhexylglycerin, Hydrogenated Polyisobutene, Equisetum Arvense Extract, Lycopodium Clavatum Extract, Glutathione, Anemarrhena Asphodeloides Root Extract, Fragrance. 



RECOMMENDATIONS
1) It is recommended that users should stop using the product if the followings occur and continuously using the product will only worsen the situation. If problems occur, consult a dermatologist. 
2) When you feel irregular responses on your skin such as irritation, itching, or rash.
3) When the above symptoms occur on the part of the skin where the product is applied by direct sunlight.
4) Do not apply it on the part where you have a scar, eczema, or dermatitis. Keep away from the reach of children.
5) Do not keep it in places where the temperature is extremely hot or low and exposed to the direct sunlight.

CARA PENGGUNAAN
1) Buka peket serum mask dan letakkan mask di wajah.
2) Urut mask sehingga mengeluarkan buih.
3) Selepas beberapa minit, tanggalkan serum mask dan urut buih sehingga serum meresap ke dalam kulit sehingga kira-kira 20 minit. Sekiranya ingin membiarkan mask di muka pun tidak mengapa.
4) Teruskan urutan dan biarkan sahaja buih yang berlebihan kering sendiri.
5) Untuk pengetahuan lanjut, buih itu tidak perlu dibilas.

Orait, ni apa yang aku dah try ya gaissss (anak yang dah remaja pun join sekali gitu... yang kecil jadi model... hehehehe...)... memang semasa menggunakan mask serum ni, bukan sahaja kami merasai ketenangan tetapi juga berasa lebih yakin kerana bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkannya terdiri daripada bahan-bahan yang telah diakui keberkesanannya... selain itu, sifat 2-in-1 yang ada pada WHITENING BUBBLE TOX SERUM MASK dan SOOTHING BUBBLE TOX SERUM MASK ni membuatkan aku rasa selesa dan menjimatkan masa kerana kedua-dua kebaikan dapat aku perolehi serentak hanya dengan sekali pemakaian yang mana kebaikan memakai mask aku dapat, kelebihan memakai serum pun aku dapat... best kan?... jimat masa dan tenaga gitu...


Soothing Bubble Tox Serum Mask: Serum mask yang ni sesuai untuk kulit kering dan berminyak... masa aku put on mask tu memang rasa tenang je gaissss... seriously, memang soothing habis... layanzzzz je masa tu... in view of the specification yang mengatakan Soothing Bubble Tox Serum Mask ni boleh menenangkan, yes, aku setuju sangat gaissss... then, bila kita tenang automatically kedutan pada kulit pun dapat dikurangkan... haaa, gitu kekdahnya... 

Whitening Bubble Tox Serum Mask: Serum mask yang ni memang sesuai dengan kulit kombinasi aku yang sememangnya dah agak kering dan kusam... lepas pakai serum mask ni, aku rasa ada perubahan sikit di permulaan kulit aku yang mana bahagian yang kusam dah nampak sedikit cerah dan terasa ada effect glowing pada wajah aku uolls... 


Okay, korang kena cuba tau Soothing Bubble Tox Serum Mask dan Whitening Bubble Tox Serum Mask ni... mudah-mudahan dengan izinNya, semakin sihat jadinya kulit korang nanti... Boleh check kat sini ya untuk maklumat lanjut: 

IG Mediheal: Klik di sini
FB Mediheal: Klik di sini

#MedihealMalaysia #Mediheal #MedihealMY #MedihealBeauty #MedihealMask #MedihealKorea #facemask #facialmask #serummask #whiteningmask #soothingmask #koreanmask #skincare #blogger #beautyblogger #beauty #beautybloggermalaysia #kbba9 #lifestyleblogger #beautyblogger #beauty #beautybloggermalaysia #kbba9 #lifestyleblogger

xoxo

Tini Alif

20 years of experience within the technical, manufacturing and services environment. Assists brands and companies to achieve their targeted and potential customer through writing service such as article writing, copywriting, ghostwriting, manuscript writing, technical writing, content marketing and translation amongst others. Interested to collaborate? Email: hartini.hussain.work@gmail.com or WhatsApp at +601154054677

19 Comments

  1. Menggunakan mask dan memakai serum memang bagus cuma yg label ni blm cuba lagi abb kdg takut nak campur2 brand sbb kulit senaitif.

    ReplyDelete
  2. Tengok ramai jugak yg review pasal bubble mask ni. Memang nampak menarik dan teringin nak cuba

    ReplyDelete
  3. sekali sekala memang kena juga pakai mask tu. wah..bolehla cuba mask ni pula nnti. banyak kebaikkannya tu

    ReplyDelete
  4. Yup, dalam seminggu memang selalu biasakan sekurang-kurangnya 2-3 kali pakai mask muka supaya kulit kekal lembap dan sihat. Bolehlah nanti cuba produk ini pula kan!

    ReplyDelete
  5. Soothing Bubble Tox Serum Mask dan Whitening Bubble Tox Serum Mask ni nampak cam best jer. Nak kena try jugak laaa

    ReplyDelete
  6. Sejak PKP ni, 'maskne' makin menjadi2. I think I need something like this kot. Thanks for sharing!

    ReplyDelete
  7. Uish pakai sendiri ke bro? Haha. Nak jugak try tengok ramai post guna produk ni muka makin berseri2, aura pengantin baru lagi

    ReplyDelete
  8. saya suka beli mask tapi kadang lupa nak pakai. haha. tapi macam best mask ni. nak try nanti

    ReplyDelete
  9. Yeah, I read about this mask before. It looks good. Btw, mask nie ada jual di pharmacy tak?

    ReplyDelete
  10. Kmid memang culas cikit mengenai penjagaan kulit wajah nie tapi bila tengok apa yg awak share ini jadi teruja pulak ....bnyak manafaatnya

    ReplyDelete
  11. Tak kesempatan nak pergi grab Mediheal serum mask ni lagi.. Menarik baca reviews tentang mask ni. Nak guna as part of my facial routine la...

    ReplyDelete
  12. Bestnya tengok masknya.. Ada bubble2 gitu.. Banyak kebaikan mask ni ye.. Boleh cuba ni.. Kita dhla suka pakai mask

    ReplyDelete
  13. Rawlins sekarang pun sedang belajar dan mengamalkan at least 3 hari seminggu menggunakan mask - boleh membantu mengekalkan kelembapan muka kan

    ReplyDelete
  14. Boleh cuba ni nanti.. saya pun suka pakai mask cuma jarang pakai jenis lekap ke muka ni. ikutkan yang ni lebih mudah kan?

    ReplyDelete
  15. Hahaha comel je anak-beranak pakai mask ramai2. Betul tu, pakai mask kerap dapat bagi benefit kat list atas tu kat muka. Kena masukkan Mediheal dalam list nak try pasni.

    ReplyDelete
  16. Bestnya tgk ada bubble2 keluar kat mask.. Mesti seronok enjoy me time mcmni. Boleh la cari nnt

    ReplyDelete
  17. orang sekarang mmmg ramai yang sibuk hingga mengabaikan kecantikan diri.. untung ada produk ni.. mudah nak guna

    ReplyDelete
  18. Menarik serum dipraktikkan dalam mask. Sesuai untuk mereka yg nak ekspress dan jimat kos sbb serum mmg mahal tesktur yg sgt halus berbanding krim

    ReplyDelete
  19. This facial masks look good, i have not try it yet but i read many good review about it.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post