Assalamualaikum dan hai hai hai everything… apa khabar orang kampung lama sudah tak berjumpa... minta-minta semuanya… di dalam sihat sejahtera… apa khabar orang kampung… bilakah dapat berjumpa… kirim-kirimlah berita… janganlah senyap sahaja… rindu betul nak berjumpa dengan keluarga, sanak-saudara, sahabat-handai kan?... makcik sekeluarga memang rindu bebeno la haiiii nak balik kampung… ni dah hampir setengah tahun tak dapek nak balik kampung ni haaaa… rindu dengan suasana kampung, berkumpul ramai-ramai… kalau semua sepupu-sepapat balik tu, memang keluarga kami dah macam buat kenduri… cakap pasal kenduri, aduh, rindunya nak rewang…
Korang tau tak rewang tu apa?... rewang merupakan suatu aktiviti gotong-royong yang diadakan bersama-sama keluarga dan jiran-tetangga dalam penyediaan juadah juga segala persediaan dalam melaksanakan sesuatu majlis… teringat pulak makcik pengalaman sewaktu menyambut kelahiran anak-anak makcik dulu… lama tak lama la jugak, anak yang sulung, 13 tahun yang lalu sehinggalah anak yang bongsu 7 tahun yang lalu… sebelum tu, jom kita selusuri dulu berkenaan aqiqah dan qurban…zassss…
Sumber gambar: Google
HUKUM MELAKUKAN AQIQAH
Sebagai umat Islam, umumnya kita mengetahui bahawa aqiqah yakni penyembelihan haiwan dilakukan untuk anak yang baru lahir sebagai tanda bersyukur kepada Allah subhanahuwataala atas nikmat pemberianNya…anak merupakan Amanah yang dititipkan oleh Yang Maha Esa kepada ibu ayah untuk dididik dengan sebaik-mungkin… aqiqah merupakan suatu ibadah yang dikategorikan sebagai sunat muakkad sebagaimana sabda Nabi s.a.w kepada Fatimah ketika mengaqiqahkan Hasan:
"Hai Fatimah!, cukurlah rambutnya dan bersedekahlah dengan perak kepada orang-orang miskin seberat timbangan (rambutnya). Mereka berdua lalu menimbangnya, adalah timbangannya waktu itu seberat satu dirham atau sebahagian dirham".
Ibadah aqiqah afdhal dilakukan dalam tempoh seminggu selepas kelahiran…
SYARAT AFDHAL AQIQAH
Anak lelaki ialah dua ekor kambing yang cukup syarat; sampai umur, tidak cacat, milik mutlak. anak perempuan satu ekor...
Hadith dari Ummu Khazr al-Ka’biyah berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda:
Maksudnya: "Untuk anak lelaki dua ekor kambing yang mirip (sebaya dan seumur), dan untuk anak perempuan satu ekor".
Aqiqah boleh dilakukan serentak di atas bahagian yang sama dengan qurban... pada hari aqiqah disunatkan anak yang baru lahir diberi nama yang bagus dan dicukup rambutnya serta bersedekah seberat timbangan rambutnya (bagi yang mampu) dengan perak...
QURBAN
Qurban dalam konteks ajaran Islam merujuk kepada perlakuan menyembelih binatang tertentu pada Hari Raya Aidiladha atau Hari Tasyrik dengan tujuan untuk merapatkan diri kepada Allah S.W.T.. Binatang yang dibolehkan qurban ialah unta, lembu, kerbau, kambing dan biri-biri (kibas)...
Ayat dalam Al Qur'an tentang ibadah qurban antara lain:
Surah Al Kauthar ayat 2: Maka dirikanlah solat karena Tuhanmu; dan berkorbanlah (anhar)
Sementara hadis yang berkaitan dengan korban antara lain:
Hadis Zaid ibn Arqam, ia berkata atau mereka berkata: “Wahai Rasulullah SAW, apakah korban itu?” Rasulullah menjawab: “korban adalah sunahnya bapa kalian, Nabi Ibrahim.” Mereka menjawab: “Apa keutamaan yang kami akan peroleh dengan korban itu?” Rasulullah menjawab: “Setiap satu helai rambutnya adalah satu kebaikan.” Mereka menjawab: “Kalau bulu-bulunya?” Rasulullah menjawab: “Setiap satu helai bulunya juga satu kebaikan.” HR. Ahmad dan ibn Majah
Masa makcik nak buat aqiqah anak-anak dulu, bila diingat kembali memang macam drama pun ada…mana taknya, masa tu kan baru je dikurniakan cahaya mata… masalah nak cari tempat aqiqah terbaik dah satu hal… yelah, untuk melaksanakan ibadah aqiqah ataupun qurban, kita kenalah pastikan bahawa tempat yang kita pilih betul-betul bertauliah agar tiada unsur gharar dalam ibadah yang nak kita lakukan…
Masalah kedua, lepas dah kira-kira bajet, kos pulak mahal… dah satu hal lagi masuk dalam bucket masalah… yelah, seboleh-bolehnya, kita nak beribadah dalam keadaan tenang dan tidak terbeban oleh apa-apa faktor di kemudian hari… kiranya, melaksanakan apa yang dituntut dalam kesederhanaan gitu... masa tu makcik dan pakcik kan masih berdarah muda (sekarang pun masih muda tau, young at heart gitu… hehehehe) time tu kiranya baru-baru nak membina kehidupan… keperluan dan kemahuan perlu dianalisis sebaik mungkin sebelum sesuatu keputusan dibuat lebih-lebih lagi pada waktu tersebut kami baru memulakan kehidupan berkeluarga dan masih belajar untuk hidup sendiri… so, kira punya kira, kos yang perlu dikeluarkan boleh tahan kayangan juga… yelah, dengan nak beli haiwan untuk diaqiqahkan, jamuan untuk para tetamu lagi… tak gitu?
Next, kami menghadapi masalah pula untuk menentukan tempat yang sesuai untuk melaksanakan ibadah aqiqah… kalau dulu, bila nak buat kenduri-kendara ni, tempat akan menjadi antara perkara penting yang perlu diselesaikan dulu… nak buat kat rumah sendiri ke, kat kampung ke, kat rumah ibu-ayah kita ke, kat rumah mertua ke dan sebagainya… itu semua perlulah dititik-beratkan untuk mengelakkan berlakunya apa-apa perselisihan pendapat ataupun emosi di kemudian hari…namun begitu, bukan semua tempat aqiqah yang kita pilih boleh fullfill kesemua requirement tu… ada yang melebihi kawasan coverage maka pelbagai caj pula terpaksa dikenakan untuk menampung kos pengangkutan…tapi, makcik dan pakcik faham, yalah NOTHING IS FREE IN THIS WORLD kan… semuanya memerlukan kos… walau bagaimanapun, makcik dan pakcik bersyukur sebab at the end of the day, berjaya juga melaksanakan ibadah aqiqah untuk anak-anak kami dalam keadaan yang serba sederhana…
Nak dijadikan cerita, baru-baru ni, makcik dan pakcik adalah berborak tentang kisah lalu termasuklah perihal aqiqah ni… kebetulan pula, kami pun baru sahaja dikurniakan seorang lagi anak saudara di kampung… so, part of the topics yang kami bincangkan adalah berkenaan macam mana nak jalankan ibadah aqiqah pada waktu pandemik ni… bukannya apa, makcik dan pakcik kan dah melalui pengalaman awal yang diwarnai dengan pelbagai masalah… justeru itu, untuk perlaksanaan aqiqah bagi anak-anak yang seterusnya, kami memang ada buat list tambahan…
Sumber gambar: Google
SENARAI MASALAH DALAM MELAKSANAKAN IBADAH AQIQAH / QURBAN
1) MAHAL
Sekarang ni, semua benda dan perkhidmatan melambung-lambung harganya… nak buat kenduri aqiqah pun, kalau takde at least seribu ringgit, memang tak tenteram la perasaan tu sebab risau kot-kot makanan tak cukup ke, ada nak kena beli barang basah lagi ke, macam mana pula dengan kanopi dan persediaan lain kan?... so, memang bajet kena lebih sikit, barulah kita sendiri dapat meraikan majlis tanpa kegusaran di hati…kalau dah itu mahal, ini mahal, memang jenuh la kita nak buat kira-kira kan… I HAVE BEEN THERE gaissss… trust me, it is exhausting… memang rasa drained sangat fikiran masa tu…
2) SUSAH (TIADA TEMPAT, TIADA PERALATAN DAN SEBAGAINYA)
Sekarang ni ramai yang menetap di rumah yang bertingkat-tingkat… kadangkala memang suka duduk di kediaman yang sebegitu, ada juga kerana tiada pilihan… macam makcik sendiri, kami sekeluarga pun tinggal di pangsapuri… kalau nak buat majlis (tok sah cakap pasal kenduri-kendara dulu)… memang payah la jugak… nak fikir tentang parking tetamu dah satu hal, mana location untuk tetamu dijamu pun satu hal lagi… selain daripada itu, peralatan yang diperlukan untuk merealisasikan majlis juga perlu disediakan selengkapnya… ini membuatkan keadaan menjadi agak kelam-kabut tatkala kami ingin menganjurkan sesuatu majlis… bukannya apa ya korang, sekiranya peralatan tidak mencukupi atau sukar untuk dibawa ke tingkat atas, sudah tentulah persiapan majlis akan terganggu kan… aduh, memang inilah antara perkara yang paling makcik titik-beratkan… kita nak buat majlis dalam keadaan tenang, tak naklah serabut kan…
3) MASA (TIADA MASA NAK CARI KAMBING, SEMBELIH DAN JAMU)
Semua sedia maklum, di zaman serba moden ni, kebanyakan pasangan suami-isteri sama-sama keluar untuk mencari rezeki… kos kehidupan yang semakin tinggi ditambah dengan keperluan pendidikan juga penjagaan anak-anak yang semakin meningkat dengan gaji yang ditakuk lama memang merupakan antara mimpi ngeri kepada ibu-ayah… tapi, itulah tanggungjawab yang perlu digalas bersama-sama… dek kerana itu, ada kalanya, pasangan ibu-ayah akan menghadapi masalah masa dalam menyelesaikan perihal aqiqah yang hendak dijalankan sekiranya semuanya hendak dilakukan sendiri… macam makcik dan pakcik dululah… mana nak cari kambingnya, nak sembelih lagi, nak masak lagi…memang terkejar sana terkejar sini dibuatnya…
4) INGIN MENDAPATKAN HARI KE-7, KE-14, KE-21 UNTUK MELAKSANAKAN IBADAH AQIQAH
Aqiqah yang afdal adalah pada hari ke-7, ke-14 dan ke-21 hari dari hari kelahiran bayi… walau bagaimanapun, ada yang terlepas melaksanakannya pada hari-hari tersebut kerana bayi mengalami jaundice atau ibu ada komplikasi selepas bersalin… yang ni memang tak dapatlah kita nak elakkan kan… apa yang penting ialah keselamatan juga kesihatan yang menyeluruh buat ibu dan juga bayi yang baru dilahirkan…alhamdulillah, pengalaman makcik baik-baik aje… walaupun makcik melahirkan anak-anak makcik semuanya melalui kaedah caesarean, alhamdulillah, tiada komplikasi teruk yang makcik alami… begitu juga dengan anak-anak makcik… paling lama pun makcik dibenarkan keluar daripada hospital selepas hari ke-5 kelahiran…
Thus, untuk memudahkan cara, sementelah kita dalam dunia digital yang mana semuanya hanya di hujung jari, makcik nak cerita sikit kat korang tentang suatu platform yang akan memudahkan korang untuk merealisasikan ibadah Aqiqah mahupun Qurban AT EASE… nin dia, AQIQAH CENTRE...
1) URUSAN DENGAN AQIQAH CENTRE 100% ONLINE
Aqiqah Centre merupakan sebuah syarikat Malaysia yang menguruskan aqiqah dan qurban di Tanah Suci Mekah… untuk pengetahuan semua, kewujudan dan kepakaran mereka di dalam dunia pengurusan aqiqah dan qurban ni dah bermula sejak tahun 2015 lagi.... tapi, kalau korang search untuk aktiviti Aqiqah Centre since tahun 2015 memang takkan jumpa sebab Aqiqah Centre adalah hasil rebranding daripada jenama asal, Halim House of Lamb… yelah, sekarang ni kan ke zaman sains dan teknologi, semua di hujung jari… nak cari maklumat je, terus tanya incik Google kan…
Baik, kita teruskan ya, Aqiqah Centre memahami kegusaran dan kepayahan yang dialami oleh kita semua lebih-lebih lagi sejak pandemik yang menimpa seluruh dunia ni… konsep Aqiqah Centre sendiri, memudahkan kita semua gaissss kerana semua urusannya adalah 100% online… memang contactless dan sesuai di kala new normal ni kan…
CARA MENDAFTAR SECARA ONLINE DI AQIQAH CENTRE
Melalui Aqiqah Centre, korang hanya perlu 5 minit sahaja untuk mendaftar. selebihnya semua urusan pihak mereka yang akan sempurnakan... insyaAllah sembelihan dibuat setiap minggu pada hari Jumaat.. namun begitu, korang juga boleh pilih tarikh untuk kelahiran baru...
1) Masuk ke laman web Aqiqah Centre dan tekan Daftar Aqiqah (Aqiqah) atau Daftar Qurban (Qurban) dan isi semua maklumat pendaftaran di dalam borang yang di sediakan.
2) Setelah selesai, pilih cara pembayaran dan klik SUBMIT.
3) Kemudian, korang akan terima video sembelian selepas 3 hari sembelian dan sijil kurang 2 minggu dari tarikh pembayaran.
2) TAWARAN HARGA YANG RENDAH
Kalau korang ingat lagi, tadi makcik ada bincangkan tentang harga yang mahal kalau kita nak buat aqiqah atau qurban kan… haaa, ini adalah antara sebab penubuhan Aqiqah Centre yang ingin memudahkan urusan orang ramai yang berkeinginan menunaikan hajat untuk membuat aqiqah dan qurban, dengan menawarkan pakej harga serendah hanya RM499 sahaja… insyaAllah harga ini m merupakan antara harga mampu-milik terbaik buat masa ini… bagi makcik, memang terbaiklah harga ni lebih-lebih lagi ianya akan dilaksanakan di Tanah Suci Mekah. ..
3) BUKTI SEMBELIHAN DIBERIKAN (VIDEO BESERTA SEBUTAN NAMA ANAK) - KECUALI QURBAN
Di dalam harga RM499 yang ditawarkan tu, korang juga akan diberikan sijil dan rakaman video sembelihan dengan sebutan nama anak… jadi kat sini, insyaAllah, ibu ayah dapatlah berlapang dada untuk memilih Aqiqah Centre sebagai pihak pengendali majlis Aqiqah anak masing-masing… dengan ketelusan ini, insyaAllah kedua-dua pihak dapat bermuamalat dengan sempurna..
4) DIPERCAYAI (RAMAI ARTIS JUGA HAMPIR 25,000 SEMBELIHAN SEJAK 2014)
Yang ni memang sudah terang lagi bersuluh gitu… nah, biarlah gambar dan video ni yang berbicara...
2 Comments
memang terbaik Aqiqah Centre ini
ReplyDeletesangat memudahkan urusan korban dan aqiqah :)
2 tahun dh kan Raya haji kita x meriah macam dulu...usaha Aqiqah Centre ni parut di beri pujian
ReplyDelete