8 PETUA KEMPISKAN PERUT DALAM SEMINGGU

Assalamualaikum dan hai hai hai everything... kebiasaannya perut yang buncit akan dikaitkan dengan pelbagai penyakit... hal ini demikian kerana kegemukan tersebut merupakan lemak yang paling berbahaya dalam badan... selain daripada bersenam, mengelakkan makanan ringan turut menjadi antara cara untuk mendapatkan perut yang kempis... makcik pun sekarang dalam fasa mengempiskan balik perut makcik nih...

Kadangkala, memang makcik rasa agak bloated at certain times ... badan makcik ni mudah naaa masuk angin jadi pelbagai cara telah makcik lakukan dengan harapan agar kesihatan makcik juga menjadi bertambah baik... walau bagaimanapun, kalau korang nak tahu, sebenarnya ada beberapa petua untuk membakar lemak perut dalam masa kurang daripada seminggu tau... ajommm kita teruskan...


1) SERTAKAN SENAMAN AEROBIK DALAM RUTIN HARIAN


Kalau korang nak membakar lemak dengan cepat, tiada latihan kardio yang spesifik ya... namun begitu, kajian mendapati bahawa ini adalah bentuk senaman yang paling berkesan untuk mengurangkan lemak perut iaitu dengan membakar banyak kalori, umumnya, kesihatan korang akan bertambah baik... oleh itu, mulalah melakukan senaman berintensiti tinggi seperti berlari, berenang atau kelas aerobik, tetapi perlu diingat bahawa kekerapan dan tempoh perlaksanaannya adalah penting untuk hasil yang memuaskan...

2) KURANGKAN KARBOHIDRAT BERTAPIS


Kita harus mengelak daripada mengambil karbohidrat bertapis untuk mengurangkan lemak di sekitar kawasan perut dan mempunyai kesihatan metabolik yang baik... sebenarnya, ia tidak perlu berpegang kepada diet rendah karbohidrat yang ketat, namun ia harus digantikan dengan karbohidrat yang tidak diproses... haaa, boleh tangkap tak apa yang makcik cuba sampaikan?... contohnya gini daripada roti putih, nasi putih dan soda, korang tukarlah menu korang dengan makan lebih banyak sayur-sayuran dan bijirin penuh.... haaa gitu...

3) TAMBAHKAN MENU IKAN BERLEMAK KE DALAM DIET


Ikan berlemak seperti salmon, sardin atau tuna adalah protein berkualiti tinggi dan kaya dengan asid omega-3... kalau korang nak tau, dengan makan dua hingga tiga bahagian seminggu, korang boleh mengurangkan risiko penyakit seperti penyakit jantung dan juga membakar lemak perut... best kan?.. kajian mendedahkan bahawa lemak Omega-3 mempunyai keupayaan untuk mengurangkan lemak viseral yang berada di sekitar perut kita tau... apa lagi, jom tambahkan menu ikan berlemak sekarang!


4) MULAKAN HARI DENGAN SARAPAN BERPROTEIN TINGGI


Korang boleh mulakan hari dengan yogurt Greek, smoothie protein, putih telur hancur atau bubur... untuk pengetahuan korang, selepas makan protein pada waktu pagi, korang akan berasa kenyang sehingga makan tengah hari tanpa rasa lapar... protein meningkatkan kadar metabolisme badan korang sambil mengekalkan jisim otot semasa penurunan berat badan... selain daripada itu, korang juga boleh menambah protein seperti telur, ikan, ayam, kekacang atau tenusu dalam setiap hidangan lain...

5) MINUM AIR PUTIH YANG MENCUKUPI


Korang kena pastikan badan kekal terhidrat... minum empat sehingga lima liter air setiap hari adalah disyorkan dan akan membakar lebih banyak kalori...  minum sejurus sebelum makan juga akan mengurangkan selera makan anda serta pengambilan kalori tau... korang kena pastikan untuk mengelakkan sebarang minuman lain yang mengandungi banyak gula dan kalori okay... minum air suam dengan lemon pada waktu pagi semasa perut kosong akan membantu memulakan metabolisme dan sistem penghadaman korang... bolehlah cuba ya...

6) KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM


Nak tau tak, garam yang diambil mengekalkan air dan membuatkan perut korang terasa buncit... sebelum membuat pembelian makanan, sentiasa pastikan label pemakanan tidak menyebut paras natrium yang tinggi kerana makanan yang diproses mengandungi garam, gula tambahan dan lemak tidak sihat okay...

7) AMBIL SERAT LARUT


 Sama seperti protein, serat larut membuatkan korang berasa kenyang selama beberapa jam supaya tidak perlu mengambil kalori tambahan yang tidak diperlukan dalam hidangan korang... serat larut menyerap air dan membentuk gel yang merendahkan penyerapan lemak -- bijirin yang baik untuk seseorang yang ingin menurunkan berat badan. adalah seperti barli, kacang, biji, kacang dan lentil...

Semoga bermanfaat tau... makcik pun tengah cuba ni... oh ya last but not least, nin dia tips yang kelapan, korang boleh bersenam dengan menggunakan TUMMY TRIMMER juga tau... pakcik korang memang konsisten buat senaman dengan menggunakan produk ni dan makcik tengok memang ada perubahan... berikut adalah posisi senaman yang sering pakcik korang lakukan... makcik dah start ikut coaching dengan pakcik korang sekarang nih... asyik kena marah je dengan coach garang sebab posisi salah... hehehehe... apa kata korang pun try juga... yelah, selain daripada menjaga pemakanan, kita pun kena juga bersenam tau... barulah dapat mempercepatkan lagi proses pembakaran lemak...


Kalau korang pun nak sama-sama kuyussss kerana nak sihat, jom dapatkan TUMMY TRIMMER ni...


SPECIFICATIONS


Mateial: NBR Foam, TPR High Quality Latex
Size:52cm * 28cm
Function: Fitness, Slimming 
Features:
100% Brand New and High Quality.
Great for home-based strength training.
Heavy resistance.
Made from premium quality rubber latex and will not over-stretch.
Allows you to tone and sculpt every muscle group.
Both for men and women.
Suitable for travel and storage.
Our resistance tubings are made of professional quality natural rubber latex.
Without box


Korang mungkin meminati artikel ini juga:

xoxo

Tini Alif

20 years of experience within the technical, manufacturing and services environment. Assists brands and companies to achieve their targeted and potential customer through writing service such as article writing, copywriting, ghostwriting, manuscript writing, technical writing, content marketing and translation amongst others. Interested to collaborate? Email: hartini.hussain.work@gmail.com or WhatsApp at +601154054677

10 Comments

  1. Wow... ikan berlemak is good for diet eh? Cool! Will do that. Thank you for sharing this tips.

    ReplyDelete
  2. tips yang bagus. boleh praktikkan lepas ni. sarapan tu je la susah nak buat. hari2 nasi lemak haha

    ReplyDelete
  3. Ohh wow...very useful informative sharing of these tips, learnt them all & gonna check out for my own keep fit routine. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  4. Ok akan ambil perhatian dengan 8 petua ni. Nak kena cari lebih info untuk karbohidrat bertapis tu. Kite mmg kuat amik nasi. Nak kena amal makan secara seimbang lepas ni.

    ReplyDelete
  5. Psst. Sebenarnya Rawlins pun ada menda nie, tapi entah bila nak pakai. So, now akan pakai la ye sebab memang nampak perut makin maju ke depan. Hehe

    ReplyDelete
  6. Waaa tips yang sangat bagus.. perut ni kalau tak buat cara gini, memang cepat naik buncit hahahaha.. boleh cuba nanti amalkan..

    ReplyDelete
  7. pernah beli gadget ni.. tapi tulah memg konsisten dan rajin baru perut kempis heheheh

    ReplyDelete
  8. Wah thanks for sharing this, i m planning to get a tummy trimmer for myself cos my perut semakin buncit.

    ReplyDelete
  9. nice sharing, banyak input bermanfaat yang huda dapat. thanks kongsi ilmu.harap dapat pratikkan untuk capai misi kurus

    ReplyDelete
  10. Terima kasih untuk tips-tips ni. Memang berguna waktu duduk di rumah sekarang...

    ReplyDelete
Previous Post Next Post