BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM) 2022

Assalamualaikum dan hai hai hai everything... semenjak pandemik COVID-19 melanda seluruh dunia, semua sektor terkesan dengan adanya pelbagai sekatan terhadap pergerakan kita semua... bermula dengan PKP, PKPB, PKPP, PKPD dan kini PPN, macam-macam yang dah kita lalui... ada yang dikurangkan waktu bekerja, ada yang ditolak gaji, ada yang diberi cuti tanpa gaji, ada juga yang diberhentikan... keadaan memang sulit untuk semua...

Ada yang perlu membuat dua hingga tiga kerja untuk menampung kehidupan... ada yang terpaksa menjadi pekerja semula apabila perniagaan kecil sendiri terpaksa gulung tikar... ramai juga majikan yang terpaksa melakukan rombakan dek kerana hendak mengurangkan kos pengurusan... aduh, memang bingung dibuatnya apabila memikirkan keadaan yang merungsingkan ini...

Kalau korang masih ingat, masa pembentangan BAJET 2022 yang lalu, ada diperincikan berkenaan BKM untuk rakyat Malaysia yang tercinta... korang tau tak BKM ni apa?

APAKAH BKM?


Basically, Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) merupakan bantuan yang menggantikan bantuan-bantuan lain seperti BKC, BPR, GKP dan sebagainya... Bantuan Keluarga Malaysia atau singkatnya BKM adalah bantuan tunai langsung yang ditambah baik... untuk pengetahuan korang, inisiatif memperkenalkan BKM adalah untuk memberi lebih tumpuan kepada mereka yang terkesan mengikut kategori... untuk perbandingan, Bantuan Keluarga Malaysia kali ini adalah yang tertinggi berbanding Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang hanya memperuntukkan bantuan sebanyak RM1800 pada waktu itu...


Kredit gambar: Astro Awani

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA


BANTUAN TAMBAHAN BKM RM500


Untuk makluman semua, mereka yang memperolehi gaji dan pendapatan sebulan sehingga RM5000 sebulan tetapi status sebagai IBU TUNGGAL atau BAPA TUNGGAL akan menerima bantuan kewangan tambahan tunai sebanyak RM500...

BANTUAN KELUARGA MALAYSIA WARGA EMAS SETIAP BULAN


Isi rumah yang mempunyai warga emas pula akan menerima bantuan BKM Warga Emas sebanyak RM300 yang diberikan setiap bulan...

BANTUAN KELUARGA MALAYSIA BUJANG WARGA EMAS


Sekiranya ada di antara readers sekalian merupakan warga emas dan berstatus bujang atau masih belum memiliki pasangan hidup serta berpendapatan kurang daripada RM5000 sebulan, anda akan layak menerima bantuan sebanyak RM600...

BANTUAN KELUARGA MALAYSIA BUJANG


Para readers yang berada dalam kategori bujang pula akan menerima bantuan BKM sebanyak RM350 untuk mereka yang berpendapatan RM2500 dan ke bawah.

Seperkara yang ingin diingatkan, para pemohon BKM disarankan untuk membuat semakan BKM 2022 secara dalam talian... sekiranya tiada rekod BKM 2022 tetapi korang menepati syarat kelayakan, permohonan baru BKM 2022 boleh dibuat tau... jadi, jangan ketinggalan ya... memang permohonan BKM dah ditutup pada 31/01/2022 yang lalu namun why not, try je kalau boleh masuk kat portal kan... mana tahu ada rezeki betul tak?...

KLIK DI SINI UNTUK SEMAKAN BKM

BILA BAYARAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA AKAN DIBAYAR?


Pembayaran akan dibuat pada tahun 2022 sebanyak empat kali iaitu pada bulan Mac, Jun, September dan Disember... walau bagaimanapun, tarikh pembayaran masih belum diumumkan lagi... korang stay tuned je... dapat je info nanti, makcik akan terus update...

Nah, kat bawah ini ada maklumat infografik yang lebih lengkap untuk makluman korang okay...


Sebarang soalan dan pertanyaan boleh dirujuk kepada pihak berwajib seperti dibawah:


LHDNEMEL LHDN | 03-8882 4565/03-8882 4566 | 1-800-88-2747

ALAMAT SURAT-MENYURAT

Sekretariat BKM,
Pejabat Belanjawan Negara
Kementerian Kewangan Malaysia
(MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya.

Till then, korang jangan lupa untuk buat SEMAKAN BKM ya... semoga bermanfaat... see you when I see you...

xoxo

Post a Comment

7 Comments

  1. Bagus betul kerajaan ni ye. Prihatin dan dapat beri bantuan kepada golongan yang tertentu. Harap2 bukan setakat ini sahaja bantuannya. Berkekalan hendaknya. Bukan hanya hendak pancing undi.

    ReplyDelete
  2. This is a very detailed informative sharing about this BKM 2022, it gonna be truly helpful to those relevant community. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  3. bagus kan bila ada bantuan mcm ni.. bg yg terkesan bolehlah mohon bantuan

    ReplyDelete
  4. Alhamdulilah, sedikit sebnayak dapat ringankan orang dalam perbelanjaan. Bantuan ni kalau diguna betul, banyaknmanfaatnya. Beli brg dapur semua kan..

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah, moga bantuan BKM ni memberi manfaat untuk rakyat malaysia, walaupun tak banyak lebih baik dari tak ada ye dak

    ReplyDelete
  6. Terima kasih atas maklumat yang berinformasi..kita dah apply, tunggu masuk je sekarang hehe..

    ReplyDelete
  7. Terima kasih kerana share this information with us, i will reshare it to my friends yang perlukan.

    ReplyDelete