Assalamualaikum dan hai hai hai everything... minggu ni makcik sibuk sikit menyiapkan artikel ghostwriting beserta translation... maklumlah, makcik korang ni kan suka membebel... macam-macam yang dibebelkan di blog ni betul tak?... sambung pulak bebel kat artikel... tapi bukan bebel kosong kannnn... bebel makcik bebel yang bermanfaat gitu... hehehehe...
Makcik ni ambient, nak kata too introvert tidak, too extrovert pun tidak... tapi makcik lebih ke arah introvert sebab biasanya, apabila makcik berada di dalam kelompok yang baru, walaupun makcik boleh je bersosial dengan orang baru tapi provided mereka pun menerima kita yang nak bersosial tu... kalau tak, memang keadaan akan jadi a lil bit awkward la I believed... yelah, kalau kita tak diterima di sesuatu situasi kan memang akan ada satu rasa tu kan... rasa tak selesa, rasa macam kita ni mengganggu orang lain, kan tak best feelings tu... namun, makcik kena sesuaikan diri juga sebab makcik akan selalu bertemu dengan orang baru dek tugasan seperti mesyuarat atau perbincangan yang perlu diadakan...
So, normally, makcik selesa je dengan sesiapa sahaja sebab memang sedari kecil makcik memang telah diajar di dalam keluarga yang melihat aspek positif dalam setiap satu perkara... dah jadi biasa... itulah jugak sebabnya makcik selalu juga 'terkena' kot... sebagai contoh, walaupun makcik tahu individu A ada melakukan perkara yang negatif pada orang lain contohnya, makcik tetap memandang dia seperti orang lain tanpa memikirkan kekhilafannya itu... lagipun siapalah kita nak menghukum seseorang kan?...
At the end of the day, makcik dijadikan batu loncatan... selepas mendapat apa yang diingini, contohnya, barang, pangkat, menghasut mahupun berjaya mencuri BFFE makcik (antara contoh yang dah terjadi), dia (mereka) akan berlalu pergi tanpa rasa bersalah dan play-victim pula selepas itu... bukan sekali, bukan dua kali, malah berkali-kali juga makcik jumpa spesies begini... namun begitu, makcik anggap ini semua sebagai suatu dugaan yang membentuk makcik untuk menjadi lebih tabah...
Picture credit to: ruzanaismail
Bak kata pakcik korang:
"Tak usah ditangisi mereka yang pergi, ada hikmah di sebalik semua yang berlaku... Allah Maha Mengetahui"
Semakin bertambah umur semakin mahu kehidupan senyap...
Orang tak ajak, kita diam sahaja.
Orang tak suka, kita jauhkan diri sahaja.
Orang tak perlu kita bantu, kita tengok sahaja.
Orang tak nak bantu, kita uruskan sendiri.
Orang tak nak berkawan, kita cari kawan yang sudi.
Kita hidup tanpa ambil hati dengan siapa-siapa.
Suka hatilah orang lain nak buat apa pada kita.
Kita teruskan hidup kita dengan bahagia cara kita.
Tanpa perlu sentap, tak perlu emosi.
Semakin kita bertambah umur, kita mahukan kehidupan makin senyap.
Kehidupan senyap yang menenangkan.
Malas menegakkan benang yang kering dengan orang dan mahukan kedamaian sahaja.
Biar mengalah asal kita menang dalam diam.
Biar mengalah asal tidak melukai sesiapa.
Biar mengalah dan diam.
Diam itu tenang.
Tenang itu menang.
Begitulah... hidup ini penuh dengan pancaroba dan liku-liku yang harus kita jalani dengan tabah... makcik terfikir juga, kalau hidup tu jalannya straight je, boring pulak kan... macam kalau kita lalu lebuhraya, kan boring... lebih-kurang gitulah kiranya... so, biasanya, apa yang makcik buat untuk melupakan perkara-perkara lalu?.. makcik akan menyibukkan diri dengan menyertai pelbagai aktiviti, pertandingan juga memantapkan lagi kedai online makcik...
Baru-baru ni makcik ada menyertai PERADUAN REKACIPTA COVER EBOOK AHA... alhamdulillah, makcik dapat mara sehingga ke pemilihan lima cover ebook terbaik gaissss... semua yang join memang terbaik rekaannya... makcik bersyukur dapat bersama-sama memeriahkan majlis sehingga ke tahap ini... maklumlah amatur gitu... skill pun dah agak berkarat... hehehehe...
BACA INI JUGA:
Kat bawah ni rekaan makcik ya:
Keputusannya belum keluar lagi... walau bagaimanapun, makcik tetap bersyukur kerana telah berjaya mara sehingga ke tahap ini... insyaAllah, kalau ada lagi pertandingan lain, makcik akan cuba sertai... oh ya, korang doakan eh... hehehehe... till then, see you when I see you...
xoxo
0 Comments