Assalamualaikum dan hai hai hai everything... korang ingat tak masa awal bulan Januri 2022 haritu, makcik sekeluarga semuanya demam melepek?... baca kat sini... memang tak larat badan masa tu... lembik terus, nak bangun pun tak berdaya... last-last, semua tidur je kat ruang tamu... tapi itu bukan ceritanya... apa yang makcik nak bagitahu ni adalah apa yang makcik kena go through every early of the week sebelum masuk kerja... kami semua kena buat self test so that kami tidaklah menyebarkan virus COVID-19 durjana ni kepada geng seopis...
Makcik guna ALL TEST COVID-19 ANTIGEN RAPID TEST KIT... untuk pengetahun semua, kit ujian ini membolehkan ujian antigen COVID-19 dilakukan sendiri di mana-mana sahaja.. sebagai contoh, kami melakukan ujian antigen COVID-19 di rumah sebelum ke pejabat... untuk korang yang mungkin selalu outstation ke daerah atau negeri lain pun boleh juga melakukan ujian antigen COVID-19 sendiri sebelum pulang ke rumah... yelah, bukannya apa... lebih baik kita berjaga-jaga daripada kita bersedih di kemudian hari kan kan kan...
Meh makcik share dengan korang apa yang best bila guna ALL TEST COVID-19 ANTIGEN RAPID TEST KIT ni...
1) Mudah.
2) Mesra pengguna.
3) Boleh ditadbir sendiri.
4) Hasil segera, dalam masa 15 minit.
SPESIFIKASI
Kepekaan 91.38%
Kekhususan 100.0%
KEPUTUSAN POSITIF
Kalau korang nampak dua garis merah oleh kawasan C dan T, ia merupakan hasil yang positif... garisan boleh berbeza atau samar... ini bermakna korang telah diuji positif COVID-19.
Namun begitu, ujian RT-PCR masih diperlukan untuk pengesahan kes COVID-19... korang dinasihatkan untuk segera mendapatkan rawatan perubatan walaupun korang mungkin tiada simptom...
KEPUTUSAN NEGATIF
Kalau korang nampak satu garis merah dengan C, dan tiada garisan dengan T, ia adalah hasil negatif... korang mungkin tidak mempunyai COVID-19... walau bagaimanapun, korang dinasihatkan untuk terus memantau simptom sekiranya mengesyaki yang diri korang mungkin terdedah kepada virus kerana terdapat peluang untuk hasil negatif palsu...
Kalau korang mengalami simptom di kemudian hari, lakukanlah ujian RT-PCR di klinik berdekatan untuk pengesahan...
KEPUTUSAN TIDAK SAH
Kalau koramg tidak melihat sebarang baris, atau satu baris dengan T, ia adalah hasil yang tidak sah... ini bermakna yang ujian itu TIDAK BERJAYA...
Korang perlu melakukan ujian lain dengan kit ujian baru tau...
SOALAN LAZIM (FAQ)
1) Bagaimanakah untuk saya tahu sama ada kit ujian berfungsi?
Kit Ujian Pantas Antigen COVID-19 ALLTEST ialah immunoassay kromatografi pantas untuk pengesanan kualitatif antigen SARS-CoV-2 yang terdapat dalam cecair mulut manusia. Apabila garis kawalan (C) muncul, ini bermakna unit ujian menunjukkan prestasi yang baik.
2) Berapa lama saya boleh membaca keputusan saya?
Anda boleh membaca keputusan anda selepas 15 minit selagi garis berwarna telah muncul di sebelah kawasan Kawalan (C), jangan baca hasil selepas 20 minit.
3) Bilakah masa terbaik untuk menggunakan kit ujian?
Kit Ujian Pantas Antigen COVID-19 boleh dilakukan pada bila-bila masa sepanjang hari. Walau bagaimanapun, adalah disyorkan untuk mengumpul cecair oral pertama pada waktu pagi.
4) Bolehkah keputusan itu salah? Adakah terdapat sebarang faktor yang boleh menjejaskan keputusan ujian?
Keputusan hanya akan memberikan hasil yang tepat setakat cecair mulut manusia yang segar digunakan dan mengikut arahan dengan teliti. Walau bagaimanapun, hasilnya mungkin tidak betul. Strain coronavirus bukan SARS-CoV-2 atau faktor gangguan lain boleh menyebabkan Keputusan Positif awal.
5) Bagaimanakah cara membaca ujian jika warna dan keamatan garisan berbeza?
Warna dan keamatan garisan tidak mempunyai kepentingan untuk tafsiran hasil. Ujian harus dianggap sebagai Positif walau apa pun intensiti warna garis ujian (T).
6) Bolehkah ALLTEST COVID-19 Antigen Rapid Test Kit mengesan jangkitan virus bermutasi?
Kit Ujian Pantas Antigen COVID-19 ALLTEST direka untuk mengesan protein nukleokapsid (NP) virus SARS-CoV-2. Pada masa ini kawasan virus yang bermutasi tidak menjejaskan kawasan di mana kit mengesan virus. Oleh itu, ia dapat menyaring strain Alpha(B.1.1.7), Beta(B.1.351), Gamma(P.1), Delta(B.1.617.2), Lambda(C.37), Zeta( P.2), Kappa(B.1.617.1), Eta(B.1.525), Loda(B.1.526), Epsilon(B.1.427), Theta(P.3) dan Omicron(B.1.1.529) jangkitan strain bermutasi.
Makcik harap korang semua telah mendapat maklumat yang bermanfaat ya... till then, sentiasalah berjaga-jaga dan teruslah menjaga SOP okay... COVID-19 is real... please stay safe... korang bolehlah klik link tersebut untuk mendapatkan ALL TEST COVID-19 ANTIGEN RAPID TEST KIT ni ya... makcik pun dapatkan kat sini haritu...
#alltestselftest #COVID-19 #ujiankendiri #kbba9 #kelabbloggerbenasshaari #weollsdotblogspotdotcom
xoxo
1 Comments
isteri tu demam. td dia buat ujian air liur tu. negatif. harap keputusan tu betul...
ReplyDelete