Assalamualaikum dan hai hai hai everything... yang lama dikelek, yang baru didukung... setiap wanita pasti mengimpikan pengalaman menjadi seorang ibu (insyaAllah, semuanya dengan izin Allah)... ia merupakan suatu momen yang sangat istimewa dalam kehidupan seorang wanita...
Makcik masih ingat lagi, selepas melahirkan anak sulung (dan anak kedua), makcik dijaga oleh keluarga mertua... masa tu, memang banyaklah perkara yang perlu makcik ikuti... biasalah, masa tu baru pertama kali melalui situasi sebegitu, jadi memang kekoklah sikit kan... masa tu makcik bersalin secara ceasarean (dah cuba untuk normal, at 8 cm terpaksa ditolak ke OT), jadi memang renyah la sikit penjagaannya...
Nak bangun daripada tilam pun makcik confused masa hari pertama selepas sedar daripada operation... bukan apa, makcik ni high imagination sikit... macam-macam yang makcik imagine... makcik bayangkan tempat ceaser tu terbuka la, makcik bayangkan hujung tempat ceasar tu bernanah la, macam-macam la yang makcik bayangkan...
So, masa dijaga sepanjang berpantang, makcik mengikuti rutin yang kebiasaannya dilalui oleh ibu-ibu selepas bersalin... antaranya mandi air suam. mandi dengan menggunakan herba, makan ikut time, memakai param dan makan jamu buatan nenek... basically, makcik memang rasa ringan dan bertenaga je badan selepas habis tempoh berpantang tu... masa masuk balik kerja, kawan seopis siap kata nampak berseri-seri dan bertenaga agitchewwww...
Kredit gambar: Mingguan Wanita
Hari ni, makcik nak cerita sikit dengan korang tentang mandi teresak atau juga dikenali sebagai mandi herba... mandi teresak atau mandi air rebusan herba merupakan amalan yang telah diamalkan sejak turun-temurun oleh masyarakat Melayu... mandi teresak adalah salah satu rawatan yang amat disyorkan kepada ibu selepas bersalin... proses pemulihan fizikal dan mental akan berlaku selepas bersalin... semasa proses pemulihan ini, ibu tersebut berada dalam keadaan lemah dan memerlukan penjagaan yang rapi untuk mengembalikan kesihatannya ke tahap optimum seperti sebelum mengandung dan melahirkan anak...
TEMPOH DAN MASA MANDI TERESAK
Secara amnya, mandi teresak boleh dilakukan seawal hari pertama selepas bersalin... kekerapan mandi teresak adalah sekali atau dua kali sehari dan selalunya dilakukan selepas berurut dan bertungku... lazimnya, mandi teresak dilakukan selama tiga hari dan amalan ini boleh diteruskan sepanjang tempoh berpantang... pengamal biasanya akan menyediakan air rebusan herba untuk mandi teresak pada tiga hari pertama sahaja namun ia terpulang kepada individu, sekiranya ingin melakukan lebih lama pun tiada salahnya....
TATACARA MANDI TERESAK
Kebiasaannya, air rebusan daun herba yang telah suam akan ditapis dahulu sebelum digunakan untuk mandi... Sebahagian besar pengamal mengesyorkan agar daun herba digunakan untuk sekali rebusan sahaja...
RAMUAN MANDI TERESAK ASAS
Daun kantan
Daun mengkudu
Daun temu tasik atau lampin budak
Daun kunyit
Daun lengkuas
Daun kunyit hitam
Daun lempoyang
Daun lemuni
Daun mahkota dewa
Daun kayu manis
Hirisan lengkuan dan halia
1 sudu besar halba
Hirisan limau purut
3 biji manjakani
1 bagtang kulit kayu manis
NAMUN, KINI, SEMUANYA DAH MUDAH
Sekarang dah ada SUPERCUBE TERESAK EXFOLIATOR - CULTURE & NATURE
RAMUAN AKTIF SUPERCUBE TERESAK EXFOLIATOR
Ekstrak kunyit
Ekstrak daun sirih
Minyak biji selasih
Minyak kelapa dara
Minyak zaitun
Shea butter
Minyak halia
Ekstrak anggur
Vitamin E
Minyak esen lavender
Minyak esen rose geranium
Biji dan kulit badam
Bahan-bahan yang digunakan di dalam Teresak Exfoliator juga diformulasi untuk urutan elak benjolan susu badan... adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baru...
TIADA YANG LAMA TIADALAH YANG BARU
KEBAIKAN SUPERCUBE TERESAK EXFOLIATOR
1) Membantu mencantikkan kulit.
2) Memulihkan kulit rosak akibat pancaran UV.
3) Memulihkan kulit kendur dan stretch marks selepas bersalin.
4) Mencerahkan parut, anti-penuaan, melembapkan kulit kasar dan kering.
5) Mengurangkan iritasi serta gatal dan kemerahan pada kulit.
Kalau interested boleh pre-order dari sekarang... nanti launched terus makcik keyin kan order...
P/S: Kalau korang mencari produk Supercube lain, makcik masih jual tau... boleh klik-klik terus kat sini...
Your Trusted Supercube Influencer
MAKCIK KESAYANGAN KORANG
#supercube #supercubeteresak #supercubeinfluencer #kbba9 #kelabbloggerbenashaari #weollsdotblogspotdotcom
xoxo
0 Comments