Assalamualaikum dan hai hai hai everything... beberapa hari ni cuaca agak panas di kawasan kediaman makcik... panasnya tu, kadangkala sangat terik sampai sakit kepala dibuatnya... sakit kepalanya bukan kaleng-kaleng ya gaissss, sampai migraine tau... sampai muntah jugaklah makcik dibuatnya... bila dah muntah tu, barulah rasa lega sikit... makcik perasan yang keadaan semakin menjadi-jadi sejak makcik jatuh motor haritu... badan memang rasa lenguh lebih-lebih lagi kat lutut kaki kiri dan pergelangan tangan kanan...
Masa balik ke rumah mertua untuk meraikan adik pakcik korang mendirikan rumahtangga pada bulan November 2021 yang lalu, macam biasa, kami berkumpul dan borak-borak dengan ahli keluarga yang lain... ada satu topik tu kami memperkatakan perihal lenguh dan sakit-sakit badan... masa tu kakak ipar makcik ada la bagitahu tentang a few simptoms yang dialaminya iaitu:
1) Bahagian tulang belakangnya terasa agak sakit.
2) Badannya sukar untuk mencangkung, perlukan masa yang lama dan terpaksa berpaut untuk mencangkung.
3) Badan perlu dipaksa untuk dilenturkan sewaktu sujud dalam solat.
Kebetulan sebelum ni, makcik ada la tanya-tanya kat sahabat blogger, Ben Ashaari berkenaan tempat mana yang best dan berbaloi untuk pergi berurut?... yelah, bila berurut ni, teknik urutan amat penting... makcik pulak dah la sejak melahirkan anak pertama pada tahun 2008 tak berurut satu badan... memang agak fobia jugalah nak cari tukang urut yang bleh serasi... maklumlah, makcik melahirkan secara ceasarean sebanyak empat kali, jadi, rasa ngeri tu memang ada...
Back to tempat berurut tadi, Ben Ashaari menyarankan agar makcik try kat The Rehab Physio... jadi, bila makcik dengar tentang masalah yang dihadapi oleh kakak ipar makcik tu, teruslah makcik sarankan The Rehab Physio kepadanya...
MENARIK TENTANG THE REHAB & PHYSIO
The Rehab Physio mempercayai bahawa perkhidmatan yang berkualiti dapat memenuhi kehendak juga keperluan pelanggan... The Rehab & Physio telah membangunkan satu pasukan ahli Fisioterapi yang terlatih, bertauliah, berkelayakan dan yang paling penting berfikiran sama... kesemua ahli fisioterapi berusaha untuk menyediakan perkhidmatan The Rehab & Physio dengan mudah kepada semua peringkat komuniti... pasukam The Rehab & Physio juga bersedia untuk membuat lawatan ke rumah korang tau!
In terms of SOP, korang tak perlu risau kerana team fisioterapi The Rehab & Physio mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat dan semuanya direkodkan... kalau korang nak tahu, sehingga kini, The Rehab & Physio mempunyai lebih 100 pelanggan yang berpuas hati dengan perkhidmatan mereka tau... The Rehab & Physio kini memberi tumpuan untuk menjadi pusat sehenti berjenama yang menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang pelbagai di Malaysia... inilah yang mereka lakukan sejak 2020!
VISI DAN MISI THE REHAB PHYSIO
Teknik Lanjutan
Ahli fisioterapi The Rehab & Physio diperkaya dengan latihan tahunan luar negara tambahan untuk mendapatkan maklumat terkini dengan penyelidikan dan rawatan berasaskan pmerhatian juga pembuktian.
Pendekatan Prihatin
Walaupun kelihatan serius dan profesional di tempat kerja, ahli fisioterapi The Rehab & Physio sebenarnya sangat mengambil berat dan mesra sambil menawarkan pendekatan yang holistik.
Profesional Beretika
Setiap ahli fisioterapi The Rehab & Physio memberi tumpuan sepenuhnya kepada pesakit semasa sesi rawatan dan proses penilaian terperinci membolehkan mereka mengenalpasti punca masalah dan bukannya merawat simptom sahaja.
Kepuasan Dijamin
Dengan bayaran rawatan yang berpatutan, ahli fisioterapi The Rehab & Physio bekerjasama dengan pesakit untuk membangunkan pelan rawatan yang berkesan untuk membolehkan pemulihan cepat dan mengurangkan risiko komplikasi.
FAEDAH FISIOTERAPI RAWATAN DI RUMAH
1) Lebih selesa.
2) Tidak perlu bergerak ke pusat fisioterapi.
3) Proses penyembuhan yang lebih cepat.
4) Penjagaan yang tertumpu.
5) Pengurusan masa yang lebih efisien.
6) Pengurusan kos yang lebih efektif.
PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN OLEH THE REHAB & PHYSIO
1) FISIO RUMAH
a) Mendapat perundingan dan rawatan dalam persekitaran di mana keberadaan korang paling banyak dalam sehari akan membantu mewujudkan persekitaran yang lebih selesa untuk pemulihan yang lebih baik.
b) Korang mendapat penjagaan satu-sama-satu daripada ahli fisioterapi pakar yang memberi tumpuan kepada korang dan hanya korang. Pembetulan segera untuk latihan dengan teknik yang betul akan mempunyai hasil yang lebih baik dan seterusnya menjadi lebih berkesan.
c) Mempunyai penjagaan yang betul diberikan kepada korang agar dapat mengoptimumkan tahap keselesaan lantas mengelakkan kesakitan atau kesukaran yang tidak perlu. Senaman peribadi menggunakan peralatan yang tersedia di rumah korang juga akan disarankan mengikut kesesuaian.
d) Menjimatkan masa perjalanan.
2) SKOLIOSIS
Skoliosis ialah kelengkungan ke sisi tulang belakang yang paling kerap berlaku semasa lonjakan pertumbuhan sejurus sebelum akil baligh. Namun begitu, punca kebanyakan skoliosis tidak diketahui.
Tanda dan gejala scoliosis mungkin termasuk:
• Bahu tidak rata.
• Satu bilah bahu yang kelihatan lebih menonjol daripada yang lain.
• Pinggang tidak rata.
• Satu pinggul lebih tinggi daripada yang lain.
3) TERAPI MANUAL
Terapi manual atau terapi manipulatif, ialah rawatan fizikal yang digunakan terutamanya oleh ahli fisioterapi untuk merawat kesakitan dan ketidakupayaan muskuloskeletal... kebanyakannya termasuklah manipulasi otot, mobilisasi sendi dan manipulasi sendi....
4) TERAPI PEKERJAAN
Terapi cara kerja ialah satu cabang penjagaan kesihatan yang membantu orang ramai daripada semua peringkat umur yang mempunyai masalah fizikal, deria atau kognitif.... ahli terapi pekerjaan membantu segala halangan yang menjejaskan keperluan emosi, sosial dan fizikal seseorang...
5) STROK
Istilah strok merujuk kepada gangguan mendadak fungsi otak yang disebabkan oleh kehilangan tisu otak... dianggarkan, ira-kira 15 juta orang di dunia mengalami strok setiap tahun, di mana 5.5 juta meninggal dunia, manakala 5 juta lagi ditinggalkan dengan tahap kecacatan yang berbeza-beza... simptom yang paling biasa akibat strok adalah seperti berikut:
✓ Hemiplegia (lumpuh sebelah)
✓ Masalah keseimbangan
✓ Masalah penglihatan
✓ Gangguan pertuturan
✓ Masalah persepsi
6) CAKERA SLIP (TERGELINCIR)
Cakera tergelincir berlaku apabila cincin luar menjadi lemah atau koyak dan membenarkan bahagian dalam tergelincir keluar dan memampatkan struktur di sebelahnya... ini boleh berlaku seiring dengan usia... pergerakan yang tiba-tiba atau berulang-ulang juga boleh menyebabkan cakera tergelincir yang mana cakera biasanya tergelincir daripada tempatnya semasa korang memusing atau berpusing untuk mengangkat objek... program cakera gelincir boleh meningkatkan kapasiti fungsi lalu mengurangkan gejala dan memperbaiki kualiti kesihatan penghidapnya...
7) PEMULIHAN SUKAN
Pemulihan sukan ialah perubatan fizikal dan pemulihan menggunakan kepakaran daya mekanikal dan pergerakan bagi memulihkan kecacatan dan menggalakkan mobiliti, fungsi dan kualiti hidup untuk kecederaan berkaitan sukan... apabila ia digabungkan dengan latihan pembetulan serta latihan khusus yang ditetapkan, ia akan meningkatkan prestasi bagi setiap individu dalam prestasi olahraga mereka...
PENGALAMAN MENJALANI RAWATAN URUTAN FISIOTERAPI
Dua minggu yang lepas, kakak ipar makcik telah menjalani rawatan fisioterapi yang dilaksanakan oleh Puan Atikah Mokhtar di rumahnya... rawatan yang dijalankan benar-benar memberikan impak yang positif terhadap kesakitan yang dialaminya sejak beberapa tahun yang lalu...
MASALAH YANG DIFOKUSKAN
1) Sakit belakang.
2) Sukar untuk mencangkung.
3) Leher tegang dan sukar didongakkan
Puan Atikah telah memberikan rawatan fisioterapi yang diperlukan dan ianya berlangsung selama kira-kira 2 jam setengah... lama kan?... ya gaissss, Puan Atikah mementingkan kesempurnaan juga keselesaan pelanggannya... semasa rawatan diberikan, apabila kakak ipar makcik memberikan reaksi seperti menahan sakit, Puan Atikah akan menukar lokasi urutannya ke kawasan lain bagi memudahkan otot dan urat di kawasan tadi dapat ditenangkan dan tidak tegang....
Kadangkala, apabila kita berurut, perasan tak, badan akan berasa sakit apabila ditekan?... kalau korang nak tahu, ini disebabkan oleh otot dan urat yang berada dalam keadaan tegang, macam stressed tu... kita perlu memastikan otot dan urat ditenangkan agar proses pengurutan dapat dilaksanakan dengan lancar dan kurang sakit...
Thus, inilah antara keistimewaan yang dibawakan oleh perkhidmatan The Rehab & Physio... ahli fisioterapi mereka memang telah dilatih tentang cara-cara untuk mengatasi masalah otot dan urat yang stressed... maka, pesakit kurang berasa sakit semasa diurut sebaliknya berasa selesa sepanjang proses urutan...
PERKHIDMATAN YANG DITERIMA
1) Urutan leher (stretch bahagian trapezius dan levator scapulae)
2) Terapi manual.
3) Sports massage.
4) Cervical posture pump.
Sepanjang proses urutan fisioterapi ini, Puan Atikah turut memberikan beberapa tips dan senaman yang boleh dilakukan untuk memastikan badan kita sentiasa berada dalam tahap yang optimum... memang terbaiklah!...
SENAMAN LUTUT KE DADA
1) Duduk di kerusi. Pastikan belakang korang lurus tanpa menyentuh bahagian belakang kerusi.
2) Pastikan kaki berada di lantai lebar pinggul.
3) Belakang badan haruslah lurus. Angkat lutut kanan dan tarik ke dada. Tarik nafas dan sedut perut ke dalam .
4) Letakkan tangan pada jari untuk meregangkan otot abdomen yang lebih rendah.
5) Ulangi 20-30 kali dengan menggunakan lutut anda.
SENAMAN MENGANGKAT KEDUA-DUA LUTUT KE DADA
1) Rapatkan kaki.
2) Pegang bahagian kerusi dengan kedua-dua tangan.
3) Semasa meluruskan belakang badan, angkat lutut dan tariknya ke dada anda. Otot perut perlu ditegakkan.
4) Letakkan kaki, tetapi jangan sentuh lantai.
5) Ulangi 1-20 kali.
SENAMAN MENGANGKAT KEDUA-DUA LUTUT DENGAN MEMUSINGKAN BADAN
1) Duduk di sisi kerusi dengan belakang badan lurus.
2) Pegang kerusi dengan kedua-dua tangan.
3) Bengkokkan badan ke sisi dan duduk hanya pada satu tempat.
4) Pastikan kaki di angkat kedua-dua lutut ke dada
5) Kembali ke kedudukan asal, dan bengkokkan ke sisi yang lain.
6) Ulangi 10-20 kali pada setiap sisi.
Korang pun boleh cuba tau... masa kakak ipar makcik bagitahu haritu, excited makcik nak buat juga tau... well, makcik dah amalkan untuk tiga hari berturut-turut... harapnya, dapatlah membantu makcik maintainkan kesihatan yang optimum di samping menguruskan badan... 2 in 1 kan?... hehehehe...
Alhamdulillah, kakak ipar makcik sangat berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh Puan Atikah... pstttt, nanti kakak ipar makcik nak repeat lagi katanya... ini confirmed baik punya kan!... nak repeat gaissss...
RESULT SELEPAS RAWATAN URUTAN FISIOTERAPI
1) Sakit belakang berkurangan.
2) Sudah boleh mencangkung.
3) Ketegangan di leher turut berkurang.
TERBAIK!
FAQ BERKENAAN PERKHIDMATAN THE REHAB & PHYSIO
Soalan: Siapa yang boleh menjalani rawatan urutan fisioterapi?
Jawapan: Semua golongan dan semua peringkat umur boleh menjalani rawatan urutan fisioterapi. Sesuai untuk lelaki, perempuan, warga emas, dewasa, remaja dan kanak-kanak.
Soalan: Sehingga kawasan mana rawatan ini ditawarkan?
Jawapan: Kawasan rawatan adalah sekitar Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putraja dan Selangor dalam lingkungan radius 50 kilometer. Caj ke kawasan berkaitan dikira mengikut jarak (boleh dirunding).
Soalan: Bilakah waktu rawatan dijalankan?
Jawapan: Waktu rawatan adalah pada setiap hari Isnin hingga Sabtu dari jam 9 pagi hingga 6 petang.
Soalan: Bagaimakah caj rawatan dikenakan?
Jawapan: Caj rawatan boleh dibincangkan dengan konsultan The Rehab & Physio, Puan Atikah. Masalah yang dihadapi akan diambil kira untuk menentukan jenis rawatan yang diperlukan.
Pakej Urutan Fisioterapi bermula pada RM170 (exclude transportation charge)
Apa-apapun, korang contact je Puan Atikah untuk keterangan lanjut tau...
So, kalau korang pun nak cuba rawatan terbaik daripada team The Rehab & Physio, korang boleh check it out kat sini ya...
xoxo
12 Comments
Saya baca laju-laju sebab nak tahu harga. Rawlins pun rasa kena pergi buat rawatan nie sebab belakang dan bahu tak selesa
ReplyDeleteIt's good to have such a service provided by this rehab centre. More people can benefit from this offering.
ReplyDeleteFisio ni baik ke pakar...
ReplyDeleteuncle pernah buat sendiri kat rumah tapi tak jadi... bukan tak jadi apa... malas! hehehehe
This is a good service. Most of us need this kinda service. Thank you for sharing.
ReplyDeleteboleh try ni.. kebetulan ada sakit kepala dan sakit belakang.. senang skrg servis dah boleh datang ke rumah
ReplyDeleteBestnya bila dapat urut macam ni, bukan orang biasa-biasa yang urut. Nad pun rasa sakit-skait ni, boleh try panggil atikah ni. Bagus ada perubahan dekat kakak ipar akk
ReplyDeleteKena sentuhan pakar sure terasa kelegaannya kann? Bagus ada servis datang rumah gini, boleh laa cuba untuk Mama Nina nanti dia ada mild stroke
ReplyDeleteMenarik, baru tau ada tempat macam ni utk cuba.
ReplyDeleteGood to have this services kan especially the one of doing physio at home only.. better option for now kan... boleh explore this package available nanti..
ReplyDeleteRuby ada tengok kat tiktok orang buat physio ni. kruk krak rasa lega betul. teringin nak buat tapi takut tu ada. sebab dah 80kg bleh ke kruk krak tu. harga ok tak rawatan ni?
ReplyDeleteTerima kasing sharing, memang ada beberapa service mcm ni ke rumah pesakit tapi kita tak tau mana nak cari, jd next time blhlah bgtau sapa2 yg perlukan service ni.
ReplyDeleteI think i also need rawatan fisioterapi coz i have a mild neck and back pain too. Will check out their services.
ReplyDelete