PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ NABI MUHAMMAD ﷺ

Assalamualaikum dan hai hai hai everything...

Salam Israk Mikraj 1443 Hijrah...

“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Al-Israa’ 17:1)

Israk Mikraj adalah mukjizat,
Penuh maksud dan pengertian,
Kuasa Allah amatlah hebat,
Teruslah beribadat dengan kesungguhan.

Burak dipacu dan terus terbang,
Membawa Muhammad tenang bersama,
Manusia dicipta dengan kasih-sayang,
Suburkanlah jiwa hanya untukNya.

Jom kita sama-sama terus berusaha untuk memahami maksud di sebalik peristiwa Israk Mikraj di samping melaksanakan segala suruhan dan meninggalkan segala larangan Allah Yang Maha Esa... sesungguhnya, peristiwa ini mampu mendidik ketakwaan juga keimanan kita dalam menjadi umat Islam yang cemerlang, gemilang dan terbilang, insyaAllah...


Hari ini, marilah kita sama-sama menyelusuri peristiwa Israk dan Mikraj yang berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah Nabi Muhammad ﷺ dari Mekah ke Madinah bersama malaikat Jibril dan Mikail yang boleh dibahagikan kepada dua fasa...

FASA 1 - ISRAK


Perjalanan Nabi Muhammad ﷺ menaiki binatang Buraq dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa, di Baitulmaqdis, Palestin...

FASA 2 - MIKRAJ


Perjalanan Nabi Muhammad ﷺ dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit yang ketujuh...

Firman Allah سبحانه وتعالى:


سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَاۚ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ ﴿١
“Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Al-Israa’: Ayat 1).

Keseluruhan perjalanan Rasulullah ﷺ hanya berlangsung pada satu malam dalam keadaan baginda sedar dan berlaku pada jasad atau tubuh dan roh Nabi Muhammad ﷺ... sebagai umat Islam yang beriman kepada Allah, malaikat dan nabi (based on Rukun Iman) kejadian ini perlulah kita yakini dengan penuh keimanan...

Untuk pengetahuan semua sekembalinya baginda daripada Israk dan Mikraj, Rasulullah ﷺ menceritakan apa yang telah terjadi padanya kepada masyarakat umum... hal ini membuatkan orang-orang kafir bertambah kuat mengejek serta mendustakan Baginda ﷺ... keadaan menjadi amat buruk sehinggakan ada di kalangan mereka yang sebelum ini telah memeluk Islam telah pun murtad kembali... nauzubillahiminzalik... walau bagaimanapun, Sayyidina Abu Bakar tetap tegas dalam keyakinannya yang tidak berbelah bahagi dalam mempercayai Allah dan rasul-Nya sehingga beliau digelar as-Siddiq yang membawa maksud pembenar...

SEBELUM ISRAK DAN MIKRAJ

.
Sebelum melalui kejadian Israk dan Mikraj, Nabi Muhammad ﷺ telah mengalami pembedahan dada... ia dilaksanakan oleh malaikat Jibrail dan Mika’il... dalam pembedahan itu, hati Baginda ﷺ telah dicuci dengan air zam-zam serta dibuang ketulan hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan was-wasnya... kemudian, hati Baginda ﷺ telah dituangkan hikmah, ilmu dan iman... seterusnya, dada Baginda ﷺ telah dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”... selesai pembedahan, binatang bernama Buraq didatangkan untuk Rasulullah ﷺ tungganggi dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan Israk...

SEMASA ISRAK

.
Sepanjang perjalanan Israk, Nabi Muhammad ﷺ ditemani oleh malaikat Jibrail dan Israfil... apabila tiba di tempat-tempat tertentu yang mulia dan bersejarah, Rasulullah ﷺ telah diarahkan oleh Jibrail supaya berhenti dan bersolat sebanyak dua rakaat...

ANTARA TEMPAT PERHENTIAN SEMASA ISRAK

1) Negeri Thaibah (Madinah) - tempat di mana Rasulullah ﷺ akan melakukan hijrah.
2) Bukit Tursina -  tempat Nabi Musa Alaihissalam menerima wahyu daripada Allah سبحانه وتعالى;
3) Baitul-Laham (tempat Nabi Isa A.S. dilahirkan);
.
PERISTIWA YANG NABI MUHAMMAD ﷺ LIHAT
.
1) Kaum Fisabilillah
Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai dan ia berlaku berulang-ulang...
Menurut Jibrail: “Itulah kaum yang berjihad Fisabilillah yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.”

2) Tempat Berbau Harum
Menurut Jibrail:  “Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah سبحانه وتعالى  dan tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan.”

3) Orang Pecahkan Kepala Sendiri Berulang Kali
Menurut Jibrail:  “Itulah orang² yang berat kepala mereka untuk sujud (solat).”

4) Orang Menutup Qubul Dan Dubur
Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain dan dihalau seperti binatang ternakan... seterusnya, mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam.
Menurut Jibrail: “Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.”

5) Kaum Yang Memakan Daging Mentah
Satu kaum, lelaki dan perempuan memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka.
Menurut Jibrail: “Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri atau suami.”

6) Lelaki Berenang Dalam Sungai Darah
Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu...
Menurut Jibrail: “Itulah orang yang makan riba`.”


7) Lelaki Yang Menghimpun Seberkas Kayu
Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan tidak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain.
Menurut Jibrail: “Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.”

8) Kaum Yang Menggunting Lidah Dan Bibir
Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan gunting besi berkali-kali... setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa.
Menurut Jibrail: “Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.”

9) Kaum Yang Mencakar Muka Dan Dada
Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka.
Menurut Jibrail: “Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.”

10) Lembu Jantan Keluar Dari Lubang Sempit
Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit namun tidak dapat memasuki lubang itu semula...
Menurut Jibrail: “Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.”

11) Perempuan Dengan Dulang Penuh Perhiasan
Kelihatan seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan... Rasulullah ﷺ tidak mempedulikannya.
Menurut Jibrail: Itulah dunia. “Jika Rasulullah ﷺ memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.”

12) Perempuan Tua Duduk Di Tengah Jalan
Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah ﷺ berhenti namun Baginda ﷺ tidak menghiraukannya.
Menurut Jibrail: “Itulah orang yang mengsia-siakan umurnya sampai ke tua.”

13) Perempuan Bertanyakan Sesuatu
Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah ﷺ untuk bertanyakan sesuatu.
Menurut Jibrail: “Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.”

Selepas mengimamkan solat dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum setibanya di masjid Al-Aqsa Nabi Muhammad ﷺ terasa dahaga... Jibrail membawa dua bekas yang berisi arak dan susu. Rasulullah ﷺ memilih susu lalu diminumnya..
Menurut Jibrail: “Baginda ﷺ membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.”


SEMASA MIKRAJ


Nabi Muhammad ﷺ telah didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga... Baginda ﷺ dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah) lalu seterusnya maik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah سبحانه وتعالى
.
1) Di Tangga Pertama
Nabi Muhammad ﷺ dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam Alaihissalam... Baginda ﷺ dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim serta melihat orang berzina yang mana rupa dan kelakuan mereka sangat hodoh dan buruk... penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan...
.
2) Di Tangga Kedua
Nabi Muhammad ﷺ dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa Alaihissalam dan Nabi Yahya Alaihissalam...
.
3) Di Tangga Ketiga
Di langit ketiga, Rasulullah ﷺ telah bertemu dengan Nabi Yusuf Alaihissalam...
.
4) Di Tangga Keempat
Seterusnya, di langit keempat. Rasulullah ﷺ bertemu dengan Nabi Idris Alaihissalam...
.
5) Di Tangga Kelima
Di langit kelima pula Rasulullah ﷺ bertemu dengan Nabi Harun Alaihissalam yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israel (Hamba Allah)...

6) Di Tangga Keenam
Semasa berada di  langit keenam, Nabi Muhammad ﷺ bertemu dengan nabi-nabi seterusnya dengan Nabi Musa Alaihissalam.. pada waktu itu, Rasulullah ﷺ mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab (Allah, semoga kita adalah di antaranya)
.
7) Di Tangga Ketujuh
Di langit ketujuh Baginda bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya... pada waktu ini, Nabi Ibrahim Khalilullah bersabda: “Dikau akan berjumpa dengan Allah سبحانه وتعالى pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu:
“LAH HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH.”
Mengikut riwayat lain, Nabi Ibrahim A.S. bersabda, “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu:
“SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-‘AZHIM.”
Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga.”
Setelah melihat beberapa peristiwa lain yang ajaib, Rasulullah ﷺ dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersolat (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah)...

8) Di Tangga Kelapan
Langit inilah yang disebut “al-Kursi” dan ia berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha... Rasulullah ﷺ menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok tersebut yang mana terdapatnya:
a) Air sungai yang tidak berubah.
b) Sungai susu.
c) Sungai arak.
d) Sungai madu lebah.
e) Buah-buahnya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata yang indah.
f) Dedaunnya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata yang indah.
g) Batangnya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata yang indah.
h) Dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata yang indah.
i) Unggas-unggas emas berterbangan.
Sesungguhnya, kesemua keindahan tersebut adalah amat amat luar-biasa untuk dijangkau dek akal fikiran kita... selain itu, Baginda ﷺ turut dapat menyaksikan sungai Al-Kautsar yang terus mengalir masuk ke syurga... seterusnya, baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan malaikat Malik yang menjaga pintu neraka...

xoxo

Post a Comment

0 Comments