APA MAKSUD REDHA? FAHAMI DAN APLIKASIKAN DALAM KEHIDUPAN

| APA MAKSUD REDHA? FAHAMI DAN APLIKASIKAN DALAM KEHIDUPAN | 

Assalamualaikum dan hai hai hai everything.

Redha itu ialah
Bila kita tahu apa kita mahu, bagaimana kita mahu, sebanyak mana kita mahu tanpa perlu banyak merasa lelah dengan memikirkan apa fikirnya orang lain pada diri kita yang sedang bersusah payah.

Redha itu ialah
Memekakkan telinga, membutakan mata, membisukan mulut untuk perkara yang kita tidak perlu dengar, tak perlu lihat dan dan tak perlu kata kerana sesungguhnya bukan semua perkara yang berlaku itu perlu diambil kira.

Redha itu ialah
Menyedari sebaik apa dan sebaik bagaimana pun kita mahu jadi, pasti ada manusia yang tidak suka akan kita walau kita sendiri tidak tahu atas apa pun asbabnya yang menyebabkan dia punya alasan untuk jadi tidak suka.

Redha itu ialah
Menyedari bahawa kerana ada banyaknya jenis manusia dengan berbagai jenis rasa, maka tidak patutlah kita jadi sama seperti mereka melainkan kekal istiqomahlah kita dengan apa saja kebaikan yang telah kita cuba atau sedang kita usaha.

Redha itu ialah
Memahami bahawa mungkin ada saja tindakan dan tuturkata kita kadang terhasil dari emosi yang sedang diamuk rasa, maka berhenti sejenak untuk berfikir sebelum bertindak dan bersuara itu adalah sebaik-baik perkara.

Redha itu ialah
Menyedari tahap kita dan hidup seadanya tanpa perlu kisah dan berkeluh kesah dengan apa yang orang lain ada kerana sesungguhnya mereka tak menyusahkan kita apatah lagi bila kita faham setiap manusia punya rezeki yang berbeza.


Redha itu ialah
Meletakkan perkara yang genting di tempat yang penting tanpa perlu cemburu ke mana saja orang lain terbang kerana sesungguhnya kita sahaja tahu apa yang kita perlu capai dahulu dan apa yang kita boleh tangguh buat sementara waktu.

Redha itu ialah
Kuat untuk menjauh diri dari dua perkara yakni tipu daya dunia dan manusia yang penuh lakon drama kerana kita tahu hati dan jiwa kita perlu diperelok jaga dan dimolek pelihara sebelum dibawa pulang ke alam sana.

Redha itu ialah
Mengetahui kekuatan dan kelemahan kita lalu menggunakan semua kekuatan yang ada untuk menjadi lebih kuat dan membaik pulih kelemahan kita supaya kita menjadi lebih hebat.

Hati yang memendam perasaan tidak mudah memberi redha.
Redha itu memaafkan dan melupakan.
Redha itu ikhlas memberi tanpa balasan.

Bila berurusan dengan manusia.
Balasannya mungkin takkan pernah datang secara lahiriahnya dari mereka yang kita beri dan maafkan. Tapi, pasti  Allah balas dengan amannya hidup asbab redhanya Tuhan pada redhanya kita akan ujian dan rezekiNya.

Sebelum tidur.
Maafkan dan redhakan semua.
Sebab jika tidak.
Kesannya akan berbalik kepada diri kita sendiri juga akhirnya.
Moga dengan itu, makin melimpah dan mudah urusan rezeki kita.

Kredit : Ju Wan

xoxo

Post a Comment

0 Comments