MENANG GIVEAWAY SYAZNI RAHIM BLOG NAK MASUK TINGKATAN 1!

| MENANG GIVEAWAY SYAZNI RAHIM BLOG NAK MASUK TINGKATAN 1! | Assalamualaikum dan hai hai hai everything. Apa khabar semua? Makcik sekeluarga alhamdulillah sihat-sihat aje sepanjang lima hari berada dalam bulan Ramadan al-Mubarak yang mulia ini. Walaupun begitu, semalam, anak makcik ada tunjuk yang badannya dinaiki ruam. Khairah, si bongsu makcik. Mula-mula tu, risau juga sekiranya ia adalah alahan berikutan suntikan vaksin COVID-19. Makcik pun rujuk semula dengan klinik tempat Khairah, Nuha dan Thaqif disuntik haritu. Alhamdulillah, selepas pemantauan kendiri (sapu krim) ruam kelihatan berkurangan. Harapnya ia akan hilang terus dari radar.


Some head-ups for parents ya. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melaksanakan pemberian vaksin COVID-19 untuk kanak-kanak berusia 5 hingga bawah 12 tahun bermula Februari 2022. Vaksin mRNA iaitu Comirnaty® 10mcg Concentrate for Dispersion (PfizerBioNTech) akan digunakan. Hasil dapatan kajian klinikal vaksin ini menunjukkan keberkesanan sebanyak 90.7% serta berupaya untuk meningkatkan tindak balas imun yang tinggi terhadap penyakit COVID-19.

Program vaksinasi kanak-kanak ini memerlukan dua suntikan dos vaksin dengan sela masa lapan (8) minggu selepas dos pertama. Berdasarkan data terkini yang diperolehi, sela masa lapan (8) minggu di antara dua dos yang diberikan akan memberi kesan tindak balas imuniti dan kadar keberkesanan yang lebih tinggi serta berpotensi untuk memberikan perlindungan yang lebih lama.


Basically, Thaqif, Nuha dan Khairah telah disuntik dengan dos pertama pada 27/03/2022. Sebaik sahaja selesai, kami terus pulang ke kampung nenek pakcik korang di Lubok Cina. Ada hal keluarga sikit. Alhamdulillah, walaupun tak semua sepupu-sepapat yang dapat pulang, keadaan masih tetap meriah dan menyeronokkan. But still, kami tetap menjaga SOP tau. Almaklumlah, anak makcik yang tiga orang ni kan baru je lepas disuntik. Antibodi badan mereka berada di tahap yang paling rendah ketika itu.

Anyway, selepas beberapa hari pulang dari kampung, makcik pun terimalah parcel daripada sahabat blogger iaitu Syazni Rahim. Kalau korang masih ingat, makcik kan ada sertai GIVEAWAY SYAZNI RAHIM BLOG NAK MASUK TINGKATAN 1! haritu. Alhamdulillah, rezeki nak menang.


HADIAH


1) Tudung cantik senang nak bentuk senang nak match - Nuha pun minat.
2) Beg pelbagai guna - Kaisah letak laptop, bawak ala-ala Korea.
3) Kain batik cantik - warna biru memang favourita de amour dulu, kini dan selamanya.
4) Strawberry moist cake mix - Kaisah dah plan nak baking dah.
5) Tam Tam - cikedis kegemaran.
6) VICO - sedap dan rasa coklatnya umphhhh.
7) Essens - ground coffee kegemaran Coffee-Clan macam makcik.

Terima kasih.
Arigato.
Xie xie.
Gracias.
Gamsahapnida.
Merci.
Thank you.


Tunduk berisi serumpun padi,
Tuai sawah di waktu pagi,
Terima kasih daun keladi,
Nanti ada GA nak join lagi.

Till then, take care and stay safe everyone. Semoga kita semua istiqomah dalam menunaikan ibadah puasa dalam keinsafan. See you when I see you. Daaa.

xoxo

Tini Alif

20 years of experience within the technical, manufacturing and services environment. Assists brands and companies to achieve their targeted and potential customer through writing service such as article writing, copywriting, ghostwriting, manuscript writing, technical writing, content marketing and translation amongst others. Interested to collaborate? Email: hartini.hussain.work@gmail.com or WhatsApp at +601154054677

4 Comments

Previous Post Next Post