| PROGRAM INFAQ RAMADAN 1443H / 2022 KOPTOWN EDC HOTEL KUALA LUMPUR | Assalamualaikum dan hai hai hai everything. Sempena kedatangan bulan Ramadhan tahun ini, Koptown EDC Hotel Kuala Lumpur mengadakan program Infaq Ramadhan untuk golongan Asnaf, Maahad Tahfiz, Rumah Anak Yatim, Masjid dan Surau.
Sehubungan dengan itu, jika ada sesiapa yang ingin mengambil bahagian dalam program Infaq ini, korang boleh berbuat demikian dengan memilih Menu Berbuka Puasa yang telah disenaraikan untuk diinfaqkan kepada golongan yang memerlukan.
Makcik ingat lagi masa zaman belajar dulu. Bila tiba je bulan Ramadan yang mulia, kami akan ramai-ramai berbuka puasa di Masjid USM dan seterusnya menunaikan solat tarawikh di sana. Faham sangat kalau dah student tu kan. Kadang-kadang, bukan takde duit belanja, tapi ada banyak lagi benda penting yang perlu didahulukan.
Time berbuka just beli nasi sebungkus dengan air. Tu pun dah cukup. Jarang la beli kuih bagai. Kalau ada kuih tu kira bonus la. Kalau takde tak apa, kalau ada alhamdulillah.
Jom sama-sama kita imarahkan bulan yang ditunggu-tunggu ini dengan berinfaq agar sumbangan kita dapat menggembirakan hati anak-anak yatim, pelajar tahfiz, asnaf juga jemaah surau dan masjid. Semoga Allah merahmati kita semua. InsyaAllah.
Salurkan Infaq Ramadan korang kepada:
Hexalent Management Sdn Bhd
5642 9432 2419 (Malayan Banking Berhad).
#ghostwriter #ghostwritermalaysia #kbba9 #penulisupahan #servismenulis #penuliskonten #penulishantu #travelblogger #foodblogger #Ramadan #ramadan2022 #iftar
xoxo
0 Comments