CARA MOHON e-PEMULA RM150 UNTUK BELIA 18 HINGGA 20 TAHUN DAN PELAJAR

| CARA MOHON e-PEMULA RM150 UNTUK BELIA 18 HINGGA 20 TAHUN DAN PELAJAR | Assalamualaikum dan hai hai hai everything. Korang mesti dah pernah dengar tentang Bajet 2022 betul tak? Takpe, ni makcik nak refresh sikit berkenaan Bajet 2022 agar tiada yang terlepas pandang. Untuk pengetahun semua, Bajet 2022 terhasil dari siri turun padang dan jelajah negeri, perbincangan dengan lebih 30 sesi kumpulan fokus selain mengkaji lebih 1,100 memorandum dan hampir 50 ribu cadangan yang diterima melalui portal Bajet 2022. Bajet 2022 juga dirangka setelah 80 sesi sumbang saran bersama ahli-ahli Parlimen.

Atas iltizam tersebut, Bajet 2022 bertemakan, “Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera”. Bajet 2022 ini mendokong tiga paksi utama iaitu memperkukuh pemulihan, membina daya tahan dan memacu pembaharuan. Matlamat Bajet 2022 kekal dengan tiga Fokus Induk iaitu: Rakyat Yang Sejahtera; Perniagaan Yang Berdaya Tahan; dan Ekonomi Yang Makmur dan Mampan.

Makcik yakin. mesti ada yang tertanya-tanya apa pula insentif untuk golongan belia dan pelajar menerusi Bajet 2022 yang lepas kan. Untuk pengetahuan semua, kini, kerajaan telah mengumumkan program ePemula atau turut dikenali sebagai eStart. Golongan belia atau pelajar sepenuh masa di IPT layak menerima bantuan berupa kredit e-Tunai bernilai RM150. Bantuan dalam bentuk kredit eTunai ini bukanlah sesuatu yang baru. Sebelum ini kerajaan juga ada mengumumkan ePenjana dan eBelia dengan mengenakan konsep yang sama iaitu eTunai.


APAKAH e-PEMULA?


Program ePemula merupakan salah satu inisiatif yang telah diumumkan di bawah Bajet 2022 dan bertujuan untuk:
1) Meringankan beban kewangan golongan belia selain membantu pemulihan perniagaan para pekedai fizikal.
2) Menggalakkan transaksi tanpa tunai.
3) Memanfaatkan sekitar 2 juta rakyat Malaysia, di mana Kerajaan akan menawarkan kredit ePemula bernilai RM150 dengan jumlah peruntukan RM300 juta yang boleh digunakan bagi pembelian melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang terpilih.
4) Penyedia perkhidmatan e-dompet yang mengambil bahagian akan turut menawarkan inisiatif tambahan dalam bentuk baucar, pulangan tunai (cashback), diskaun, mata ganjaran (rewards points) dan ‘coins’.
 

KADAR BAYARAN e-PEMULA


Setiap pemohon yang layak boleh menuntut RM150 dalam bentuk kredit e-tunai
 

KELAYAKAN PENERIMA e-PEMULA


Berikut adalah merupakan penerima yang layak untuk program ini:
a) Warganegara Malaysia; dan
b) Mencapai umur 18 ke 20 tahun pada tahun 2022 (lahir pada tahun 2002 sehingga 2004)
ATAU
c) Merupakan pelajar sepenuh masa di peringkat setara diploma atau SKM4 dan ke atas di institusi pengajian tinggi (“IPT”) berdaftar dengan salah satu kementerian berikut: Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Sumber Manusia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (“JAKIM”) dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Kebudayaan (atau dirujuk sebagai “Kementerian Pengawal”), tanpa had umur.


TARIKH PENDAFTARAN e-PEMULA


Program ini akan bermula pada 11 April 2022 sehingga 1 Jun 2022, 11:59 malam.

 Setelah kredit berjaya dipohon, ia perlu dibelanjakan selewat-lewatnya pada 11.59 malam, 10
Jun 2022. Selepas tarikh akhir ini, baki kredit ePemula yang tidak digunakan akan luput secara
automatik dari e-dompet pemohon.

NOTA: Insentif yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan e-dompet bergantung kepada polisi masing- masing. Sila rujuk pengumuman kempen penyedia perkhidmatan e-dompet tersebut untuk maklumat lanjut.

CARA MENEBUS e-PEMULA


Penyedia perkhidmatan e-dompet yang terlibat dalam program ini adalah:
4) Touch ‘n Go eWallet - CARA MUDAH TEBUS e-PEMULA RM150 MELALUI TOUCH 'GO EWALLET

NOTA: Penerima yang layak hanya boleh menuntut kredit e-PEMULA daripada satu penyedia perkhidmatan e-dompet.

Jadi, buat mereka yang layak, cepat-cepat grab peluang ni tau. Yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang, pastikan koang ikut langkah-langkah yang diberikan okay. Till then, stay safe dan selamat berpuasa. Take care. Daaaa.

#epemula #estart #bajet2022 #belanjawan2022 #rm150epemula #mohonepemula #belia #pelajar #shopeepay #bigpay #grabpay #touchngo

xoxo

Post a Comment

7 Comments

  1. Anak dah tebus e-pemula ni kat Touch N Go E wallet. Dia dulu tahu pasal e-pemula ni. Dah dia belanja ummi dia Tealive. Alhamdulilah.

    ReplyDelete
  2. E-Pemula sounds promising your youth age 18-20. Good job to menteri Kewangan. Thank you for sharing this information.











    ReplyDelete
  3. Bagusnya ada inisiatif macam ni. Semoga dapat digunakan sebaiknya untuk golongan sasar. Amin!

    ReplyDelete
  4. Anak dah mohon dah, inshaallah ada rezeki dia tu.. alhamdulilah..

    ReplyDelete
  5. Banyak pulak bantuan yang dilaksanakan sekarang untuk those yang memerlukan .. harap2 guna dengan apa yang patut dan betul2 memanfaatkan!

    ReplyDelete
  6. This is indeed an interesting article with so many useful tips. i need to share this with my friends!

    ReplyDelete
  7. Mrs. A mulanya tak tahu apa e-pemula hahahaa... Aryssa yang sibuk nak tebus tu yang dia ajak gi watson memacam dibelinya.

    ReplyDelete