| RESEPI KUIH CARA BERLAUK AYAM |
BAHAN-BAHAN
Tepung gandum 2 cawan
Telur 2 biji
Air 2 cawan
Minyak 1 sudu besar
Secubit garam
Sedikit pewarna kuning
Kisar dan tapis keseluruhan bahan.
BAHAN UNTUK INTI
Ayam kisar daging burger (hancurkan sikit)
Bawang besar sebiji potong dadu
Bawang putih dua ulas..potong dadu
Sedikit halia-tumbuk
Rempah kari daging 2 atau 3 sudu besar
Sedikit lada kisar
Garam, perasa, gula secukupnya
CARA-CARA
1) Panaskan minyak sedikit sahaja..
2) Tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga naik bau.
3) Masukkan lada kisar, rempah, kacau rata dan hingga sedikit garing.
4) Masukkan ayam kisar tadi dan gaul rata.
5) Perasakan secukupnya.
6) Masak hingga kering sedikit.
7) Angkat dan toskan.
8) Hiaskan dengan daun sup dan cili merah dan cili hijau secukupnya.
9) Panaskan acuan cara dan lengser minyak.
10) Masukkan 3/4 bancuhan tepung.
11) Tutup dengan tudung sekejap.
12) Letakkan inti beserta daun sup, cili dan tutup semula.
13) Masak hingga kekuningan dan garing sedikit sebelah bawah.
14) SIAP.
Cuba jangan tak cuba gais. Take care. Daaaa.
xoxo
0 Comments