JADILAH RENDAH HATI

| JADILAH RENDAH HATI | Assalamualaikum dan hai hai hai everything.

Belajar untuk menghormati orang lain dengan cara kita mahu dihormati. Jadilah mulia, tanpa merendahkan orang lain. Jadilah hebat, tanpa memijak orang lain dan berbahagialah, tanpa menyakiti hati orang lain.

Gais, hidup bahagia bukan tentang seberapa banyak yang kita dapat tetapi tentang seberapa banyak yang dapat kita berikan.

Nilai diri kita akan dilihat dariipada cara kita menghormati, membahagiakan dan memberi kepada orang lain. Hargailah perasaan orang lain kerana mungkin sesuatu yang tidak bermakna bagi kita merupakan sesuatu yang sangat berharga buat orang lain.

Lembutkan hatimu, perbetulkan kata-katamu, tenangkan prasangkamu, dan bawalah kebahagiaan di hati orang lain.


Belajarlah menghargai kebaikan orang lain! Kerana jika dia pergi, walaupun kita berlari dia tidak akan kembali. Terimalah setiap insan seadanya semasa kita masih dikongsi. Bersyukurlah selagi masih diberi.

Ya Allah, Ya Haadii, bimbinglah lidah kami untuk sentiasa berkata baik. Bimbinglah hati kami untuk sentiasa bersangka baik. Bimbinglah kami untuk sentiasa melakukan kebaikan. Amin Ya Allah.

Team possible, Aja aja fighting.

Muah ciked.

Hartini The Ghostwriter
360 creativity at your utmost priority

#engagement #media #copywritingservices #copywriter #copywriterforhire #content #startnow #connections #connectingpeople #ghostwriter #ghostwritermalaysia #kbba9 #penulisupahan #servismenulis #penuliskonten #penulishantu #kelabbloggerbenashaari #hartinighostwriter #ghostwriterforhire #jomkahfi

xoxo

Post a Comment

1 Comments

  1. Amiin atas doa itu. Semoga kita sama2 istiqamah dalam merendahkan hati dalam apa jua situasi.

    ReplyDelete