NUKILAN RASA BUAT PEDOMAN HIDUP

| NUKILAN RASA BUAT PEDOMAN HIDUP | Assalamualaikum dan hai hai hai everything.

Semasa browse through laman sesawang untuk menyiapkan task penulisan makcik. tiba-tiba makcik came across artikel ni. Makcik tertarik dengan apa yang dinukilkan kerana makcik yakin ada antaranya pasti pernah kita lalui dalam hidup.

1. Kalau kita bergaduh dengan pelanggan, walaupun kita menang, pelanggan tetap akan lari.

2. Kalau kita  bergaduh dengan rakan sekerja, walaupun kita menang, tiada lagi semangat bekerja dalam satu kumpulan.

3. Kalau kita bergaduh dengan boss, walaupun kita menang, tiada lagi masa hadapan di tempat itu.
4. Kalau kita  bergaduh dengan keluarga, walaupun kita menang, hubungan kekeluargaan akan renggang.

5. Kalau kita bergaduh dengan guru, walaupun kita menang, keberkatan menuntut ilmu dan kemesraan itu akan hilang.

6. Kalau kita bergaduh dengan kawan, walaupun kita menang, yang pasti kita akan kekurangan kawan.

7. Kalau kita bergaduh dengan pasangan, walaupun kita menang, perasaan sayang pasti akan terguris.

8. Kalau kita bergaduh dengan sesiapapun, walaupun kita menang, kita tetap kalah. Yang menang adalah cuma ego diri  sendiri. Yang ini yang susah, mengalahkan ego diri sendiri.


9. Renungan bersama. Apabila kita menerima teguran atas kesilapan dan kesalahan, usahlah terus melenting dan marah bersyukurlah masih ada orang yang mahu menegur kesilapan kita.

10. Mendengar isteri membebel di rumah, bererti kita masih punya keluarga.

11. Mendengar suami masih berdengkur di sebelah, bererti kita masih punya suami.

12. Mendengar ayah dan ibu menegur dengan tegas, bererti kita masih punya ibu ayah.

13. Merasa letih dan jemu menasihati anak yang nakal, bererti kita masih punya anak untuk saham akhirat nanti.

14. Merasa letih setiap petang selepas penat bekerja, bererti kita mampu bekerja keras.

15. Membersihkan pinggan dan cawan kotor setelah menerima tamu di rumah, itu bererti kita punya teman.

16. Pakaian terasa agak sempit, itu bererti kita makan cukup.

17. Mencuci dan menggosok timbunan baju, itu bererti kita memiliki pakaian.

18. Membersihkan halaman rumah, mop lantai, itu bererti kita memiliki tempat tinggal.

19. Mendapatkan banyak tugasan, itu bererti kita dipercayai dapat melakukannya.

20. Mendengar bunyi ekzos, hon dan anak jiran bising, itu bererti kita masih boleh mendengar.

21. Melihat anak-anak bermain riang, itu bererti kita masih boleh melihat.

22. Kita masih bernafas, itu bererti kita masih diberi peluang oleh pencipta yang agung untuk bertaubat dan beribadah.

Akhirnya, banyak hal yang dapat kita syukuri setiap hari. Pesanan ini juga menunjukkan secara tidak sedar bahawa kita masih memiliki orang yang peduli pada kita.

Berhenti mengeluh dan bersyukurlah. Bersyukur dalam setiap keadaan meskipun tak ada alasan untuk bersyukur sekalipun. Kita sama-samalah berusaha untuk bersyukur walaupun diri ini selalu mengeluh tanpa berfkir hikmah di sebaliknya. Bersyukur diberi kehidupan yang baik pada masa ini dan akan datang. InsyaAllah.

Credit: Nukilan PakLong

Team possible, Aja aja fighting.

Muah ciked.

Hartini The Ghostwriter
360 creativity at your utmost priority

#engagement #media #copywritingservices #copywriter #copywriterforhire #content #startnow #connections #connectingpeople #ghostwriter #ghostwritermalaysia #kbba9 #penulisupahan #servismenulis #penuliskonten #penulishantu #kelabbloggerbenashaari #hartinighostwriter #ghostwriterforhire #jomkahfi #silaturrahim

xoxo

Post a Comment

0 Comments