| TIADA LAGI GURAU-SENDA AYAH, HILANG TIADA GALANG-GANTINYA | Assalamualaikum dan hai hai hai everything.
Melewati sehari selepas pemergian ayahanda (ayahanda mertua) tercinta, kami sekeluarga merasakan kehilangan yang tidak dapat digambarkan. Walaupun kami tidak tinggal bersama, namun, sebelum ini, talian telekomunikasi memang digunakan sebaik-baiknya, almaklumlah, kami berada di selatan tanahair manakala ayah berada bersebelahan Lembah Klang.
Boleh dikatakan setiap hari, akan ada deringan telefon daripada ayah atau message di WhatsApp semasa ayah masih sihat. Namun begitu, keadaan berubah sama-sekali apabila ayah mula menderita dengan 'sakitnya'. Kadang-kadang, jarang-jarang deringan telefon kami dengari hingga membuatkan kami tertunggu-tunggu dan risau memikirkan tentang kesihatan ayah.
Biasanya, sekiranya makcik berbalas WhatsApp dengan ayah, tidak sempat mesej berlama-lamaan berwarna biru, ayah pantas membalas sapaan makcik. Kini, tiada lagi. Tiada lagi kami yang berlumba-lumba membalas mesej antara satu sama lain.
Sesungguhnya ajal dan maut itu adalah rahsia Allah. Apabila tibanya waktu kematian seseorang, tidak akan lambat atau cepat walau sesaat pun.
وَمَا كَانَ لِنَفْسٍ اَنْ تَمُوْتَ اِلَّا بِاِذْنِ اللّٰهِ كِتٰبًا مُّؤَجَّلًا ۗ وَمَنْ يُّرِدْ ثَوَابَ الدُّنْيَا نُؤْتِهٖ مِنْهَاۚ وَمَنْ يُّرِدْ ثَوَابَ الْاٰخِرَةِ نُؤْتِهٖ مِنْهَا ۗ وَسَنَجْزِى الشّٰكِرِيْنَ
Dan setiap yang bernyawa tidak akan mati kecuali dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya. Barangsiapa menghendaki pahala dunia, nescaya Kami berikan kepadanya pahala (dunia) itu, dan barangsiapa menghendaki pahala akhirat, Kami berikan (pula) kepadanya pahala (akhirat) itu, dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur. [Surah Ali-Imran, ayat 145].
Bukan kami tak redha,
Bukan kami tak percaya,
Bukan kami tak terima.
Namun.
Merasakan masanya terlalu pantas,
Buat kami yang belum tuntas,
Menjamah kasih yang telah dicantas,
Dek lumrah kehidupan bak cenangkas,
Everything was so fast,
We must be strong as such,
Amanah ayah insyaAllah kami galas,
Semoga tabah, bijak dan cergas.
Hari keempat selepas pemergian ayah. Sambil kami menyelusuri hari-hari yang suram, kami juga telah didatangi perkhabaran duka yang mana salah seorang sahabat makcik sewaktu di MRSM dahulu, arwah Haji Muhd Iskandar telah dijemput Illahi pada 05/01/2023. Seorang lagi sahabat makcik pula Diana Mohamed telah kehilangan ayah mertua tercinta juga pada tanggal hari ini.
Allah.
Sungguh, makcik tidak dapat menyusun kata-kata untuk semua kejadian yang bertimpa-timpa ini. It is kind of speechless. Bukan switched off tapi rasa tersentak, ha, macam tu.
Rasa direntap,
Rasa disentap,
Rasa berdetap,
Semua berlintap,
Sendu menatap,
Hiba meratap.
Semoga Allah menempatkan roh kesemua arwah di kalangan hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh.
Walau bagaimanapun, tiada siapa yang dapat menghalang kematian yang telah ditakdirkan Allah SWT. Kematian sebenarnya sangat dekat dengan kita. Ia tidak mengira umur, kedudukan, tahap, atau masa. Tiada siapa tahu bila semua orang akan melaluinya.
Kematian berlaku tanpa diduga. Namun, apa yang boleh kita lakukan ialah persiapkan diri dengan perbuatan yang akan memberi manfaat apabila kita tiada lagi di dunia yang fana ini. Hikmah kematian boleh digunakan sebagai peringatan untuk mengingati kematian setiap hari dalam setiap helaan nafas.
Bagi makcik, kematian ni ibarat jambatan yang menghubungkan mereka yang menyayangi dan mereka yang dicintai. (Jalaluddin Rumi) Walaupun jasad telah dipisahkan oleh maut, cinta sejati akan tetap tersimpan abadi di relung hati. (Bacharuddin Jusuf Habibie) Kematian, adalah peristiwa terpantas, yang membuat semua perkara menjadi sejarah. (Asma Nadia)
Baca ini juga: Review Novel Terima Kasih Allah Saat Roh Di Sempadan Barzakh
Usai pemergian ayah,
Masih terbau haruman alwah,
InsyaAllah kami tak goyah,
Tidakkan kami berpecah-belah,
Amanah ayah pasti tak gundah,
Layari kehidupan penuh hikmah,
Berlandaskan al-Quran dan sunnah,
Dengan ikhlas dan istiqomah.
Sesungguhnya, perkara yang paling jauh dari kita ialah masa, yang paling dekat ialah kematian dan yang paling sukar ialah amanah. (Diannafi)
Team possible, doakan kami kuat! Aja aja fighting.
Muah ciked.
Hartini The Ghostwriter
360 creativity at your utmost priority
#engagement #media #copywritingservices #copywriter #copywriterforhire #content #startnow #connections #connectingpeople #ghostwriter #ghostwritermalaysia #kbba9 #penulisupahan #servismenulis #penuliskonten #penulishantu #kelabbloggerbenashaari #hartinighostwriter #ghostwriterforhire #jomkahfi #offshore #team #creativity #resume #transcription #transcriptionservices #subtitles #transcriber #ayah
xoxo
8 Comments
Salam takziah
ReplyDeleteSemoga rohnya dicucuri rahmat
Takziah buat puan sekeluarga. Baik sangat arwah ayah.
ReplyDeletemy grandma had recently passed away and i can feel the pain you are going through. please stay strong through these tough times!
ReplyDeleteOhh dear, my deepest condolences to you & your family members, take best care & rest well ya. Cheers Siennylovesdrawing
ReplyDeleteSalam takziah buat awak sekeluarga. Semoga semuanya dipermudahkan buat semua.
ReplyDeleteSalam takziah buat puan dan sekeluarga. Semoga semua urusan dipermudahkan
ReplyDeleteSalam takziah and so sorry to hear that. Faham perasaan ini dan serious x ready but this is life kan 🙏🏻🙏🏻 take care sis
ReplyDeleteSalam Takziah buat kalian sekeluarga. Semoga roh arwah tenang di sana. Al-Fatihah.
ReplyDeletePemergian insan tersayang dalam hidup kita dan pasangan kita memang perit untuk diterima.
Namun, sebagai anak menantu, teruskan berdoa untuk kesejahteraan arwah. Moga kita redha.