Kalau korang tengah pening nak fikir regarding bekal sekolah anak-anak, ha, meh rapat. Kak Tini pun macam ni la hari-hari uolls. Sebelum masuk tidur, dah fikir esok nak buat bekal apa. Selalu tu, tak payah tunggu masuk tidur, lepas hantar anak4 dan adik ipar2 pergi sekolah, dah terus fikir esok nak buat bekal apa. Hehehehe. Sindrom ibu-ibu memang cenggitu kan.
So, kalau mommies tengah mencari snek yang cepat dibuat, mudah, dan sedap
ROTI PARATHA SOSEJ GULUNG
ni memang pilihan yang tepat! Nak buat pun senang je, dengan beberapa bahan asas yang mudah didapati, korang dah boleh sediakan hidangan yang ringkas tapi sodap baitu. Roti paratha sosej ni sesuai untuk sarapan pagi, minum petang, atau bila-bila masa je. Ajom cekidaut cara-cara membuatnya.
Bahan-Bahan
1) Roti paratha (beli je kat pasar mini, mudah dan cepat gituh)2) Sosej (pilih jenis yang korang suka, nak ayam ke, daging ke, semua ON)
3) Oregano (untuk aroma dan rasa tambahan)
4) Kuning telur (untuk sapuan pada roti paratha supaya lebih berkilat dan menarik)
Cara-cara
1) Potong Roti Paratha: Mula-mula, potong roti paratha kepada 6 bahagian. Mudah je, hanya gunakan pisau tajam dan pastikan setiap bahagian sama saiz.2) Gulung Sosej: Ambil sosej dan potong kepada 3 bahagian (untuk mudah digulung). Letakkan sepotong sosej pada setiap bahagian roti paratha, kemudian gulung dengan kemas.
3) Sapukan Kuning Telur: Dengan lembut, sapukan kuning telur pada permukaan roti paratha yang sudah digulung. Ini akan membuatkan roti kelihatan lebih berkilat dan menarik selepas dibakar.
4) Taburkan Oregano: Taburkan sedikit oregano di atas roti paratha. Ini akan menambah aroma yang memikat dan rasa yang lebih enak.
5) Bakar: Bakar dalam Air Fryer pada suhu 170°C selama 15 minit. Kalau guna oven pun boleh, pastikan suhu dan masa bakar sama untuk hasil yang sempurna.
Dan siaplah roti paratha sosej gulung yang sedap! Hidangan ini sangat sesuai untuk dinikmati bersama keluarga dan sahabat-handai. Korang juga boleh mengubah suai resepi ini mengikut citarasa sendiri, seperti menambah keju atau sos kegemaran.
Selamat mencuba dan nikmati hidangan ini bersama orang tersayang! Roti paratha sosej gulung ini pasti akan menjadi kegemaran seisi rumah. Jangan lupa kongsikan resepi ini dengan kawan-kawan korang juga tau. Till then, see you when I see you.
Kredit resepi dan gambar: Nur Masri
0 Comments