Jikalau tuan-tuan semua mahu kenal
Yang mana daun duku yang mana daun inai
Yang mana semut putih yang mana anai-anai
Yang mana roti perata yang mana roti canai
Yang mana daun duku yang mana daun inai
Yang mana semut putih yang mana anai-anai
Yang mana roti perata yang mana roti canai
Aduhai tuan-tuan janganlah cakap kosong
Daun inai tak berbau daun duku bau harum
Semut putih anai-anai dia memang satu kaum
Roti perata roti canai asal dari tepung gandum
Daun inai tak berbau daun duku bau harum
Semut putih anai-anai dia memang satu kaum
Roti perata roti canai asal dari tepung gandum
Yang mana dia Punjab yang mana dia Benggali
Yang mana dia pekak yang mana dia tuli
Yang mana dia gatal yang mana dia geli
Yang mana dia ramas yang mana dia uli
Punjabi Benggali bulu sampai ke mata
Pekak dan tuli memang tak dengar kata-kata
Geli di telinga sememang banyak kudis buta
Diramas dan diuli nak buat roti perata
Yang mana dia titi yang mana dia jembatan
Yang mana dia belukar yang mana dia hutan
Yang mana dia Raja yang mana dia Sultan
Yang mana dia hantu yang mana dia syaitan
Titi dengan jembatan tempat orang lintasan
Belukar dengan hutan memang tak ada dekat pekan
Maharaja dan Sultan memang sudah berdaulatan
Hantu iblis dan syaitan tak boleh kelihatan
Yang mana dia pancing yang mana dia kail
Yang mana dia belat yang mana dia jermal
Yang mana parit besar yang mana dia sungai
Yang mana dia mimpi yang mana dia mamai
Pancing dengan pengail memang satu sebutan
Belat pukat dan jermal tempat menangkap ikan
Parit besar dan sungai memang satu saluran
Mimpi dan juga mamai dirasuk hantu syaitan
0 Comments