Gais, kalau korang perasan, Kak Tini sebenarnya baru je makeover template blog nih. Mana tidaknya, masa Kak Tini check blog performance dekat Gmetrix hari tu, resultnya merudum uolls. Stressed iolls dibuatnya. Bukan sebab apa, Kak Tini kan dah buat banyak jugak improvement kat template yang sebelum ni. Dah letak plugins, dah godek-godek pengaturcaraan template dan banyak lagilah. Alih-alih, result tak cun. Apa lagi, memang kena buat sesuatu la kannnn.
First thing first, Kak Tini cari template yang lebih ringan but still responsive dan tukar template. Jenuh jugak la mencari. Kak Tini spend almost 6 hours jugak lah membelek, menelaah, mencuba dan akhirnya memilih template yang ini untuk dijadikan wajah baru blog Kak Tini.
Template lama:
Template baru:
Secondly, Kak Tini ubah layout tulisan blog post. Sebelum ni, Kak Tini set penulisan kat center align. Well, masa memula tu, Kak Tini fikir yang ia nampak menarik sebab kedudukannya di tengah-tengah wall. Tapi, lama kelamaan, Kak Tini rasa susunan tulisan tu nampak berserabut dan macam tak tersusun. So, Kak Tini pun ubah layout susunan tulisan daripada center align kepada left align. Ada baaaaaanyak lagi posts yang Kak Tini perlu baiki. Kak Tini akan buat slowly but surely gituh. Anyway, template lama blog Kak Tini warna-warni sikit. Tapi, new template ni, makin kemas dan minimalis. Background putih, dengan tulisan yang lebih besar.
Thirdly, Kak Tini tak lupa untuk update juga struktur isi kandungan blog. Kadang-kadang ada artikel lama yang maybe dah tak relevan atau tak dapat attract banyak readers lagi. So, Kak Tini revamp artikel-artikel yang lama-lama tu, but of course akan take time la kan. Kak Tini akan buat simultaneously masa Kak Tini focus untuk tulis artikel yang baru, yang lebih up-to-date dan lagi menarik perhatian. Idea baru Kak Tini adalah nak buat series post tentang travel tips. Lagi relevan dengan masa sekarang, kan? So, Kak Tini dah start plan untuk tulis post-post baru yang boleh bantu korang plan travel dengan lebih baik. Korang tungguuuu tau.
Fourthly, Kak Tini nak pastikan bahawa navigasi dalam blog ni clear and easy to use. Jadi, Kak Tini akan tambah sikit menu navigation, dan make sure setiap post dan page ada link yang connected dengan each other. Dengan cara ni, korang boleh explore blog Kak Tini dengan lebih mudah. Takde la sesat-sesat d blog Kak Tini lagi. Hehehehe.
Fifth, Kak Tini tengah start explore untuk tambah lagi features baru dalam blog. Mungkin Kak Tini nak tambah section untuk testimonial daripada readers, atau buat satu page khas untuk highlight projects yang Kak Tini involved dalam blogging ni. Benda-benda macam ni boleh tambah value kat blog dan buatkan pembaca rasa lebih engaged. Kak Tini ada plan nak buat giveaway untuk celebrate launching blog baru ni. Maybe free travel essentials set for lucky readers ke, tak tahu lagi, masih tengah berfikir-fikir. Seronok kan? Itu baru idea awal, nanti Kak Tini explore lagi.
Jadi, gitulah kisah terbaru makeover blog Kak Tini. Semoga dengan langkah-langkah ni, blog Kak Tini boleh kembali mendapat momentum dan memberi pengalaman yang lebih menarik buat semua pembaca setia yang Kak Tini sayangi sekalian. Terima kasih korang sudi baca dan support blog Kak Tini! Together, kita boleh buat blog Kak Tini jadi lebih awesome!
1 Comments
Good luck sis..New template ni nmpk dh ok dh =D
ReplyDelete