BERLATIH NASYID ANYTIME, ANYWHERE DENGAN PEMBESAR SUARA MINI BLUETOOTH!

Korang, nak cerita sikit ni. Tahun lepas, team nasyid anak Kak Tini ada masuk pertandingan nasyid kat sekolah. Alhamdulillah, diorang jadi Johan di peringkat sekolah dan berjaya mewakili sekolah ke peringkat daerah masa bulan 5 hari tu. Seronok sangat tengok diorang berlatih, tapi dalam masa yang sama, Kak Tini risau jugak. Risau sebab takut tak cukup masa untuk diorang betul-betul polish suara. Kalau kat sekolah, ada ustaz yang boleh bimbing, tapi kat rumah ni, Kak Tini nak buat macam mana, kan?

Lepas tu, anak sulung Kak Tini terfikir nak cari sesuatu yang boleh bantu team adik dia berlatih dengan lebih bersemangat. Masa tengah scroll-scroll online, anak sulung Kak Tini ternampak satu produk ni – pembesar suara Bluetooth mini karaoke. Tengok-tengok, memang ngam sangat dengan apa yang Kak Tini cari. Apa lagi, terus klik dan belilah citer dia. Maklumlah, kami teruja nak tengok macam mana anak Kak Tini boleh guna untuk practice kat rumah.


Dan serius, Kak Tini tak menyesal langsung beli! Pembesar suara ni bukan je best untuk diorang berlatih, tapi satu keluarga pun boleh join sekali buat karaoke. Bila travel pun senang bawa, tak makan space langsung. Bayangkan, masa kitorang pergi bercuti hari tu, dalam kereta pun boleh nyanyi sakan, siap dengan bunyi kompang bagai! Memang fefeeling macam kat konsert betul!

Jadi, kalau korang tengah cari gadget yang bukan je praktikal tapi jugak fun untuk anak-anak, korang wajib baca review ni sampai habis. Kak Tini nak share kenapa pembesar suara ni memang jadi pilihan terbaik untuk latihan nasyid team anak Kak Tini, dan macam mana ia berjaya buat suasana kat rumah jadi lebih ceria dan happening!

KENAPA PEMBESAR SUARA NI AWESOME SANGAT?

4-in-1 – Lebih dari Sekadar Pembesar Suara!

Gadget ni bukan sekadar pembesar suara biasa. Ada fungsi karaoke dengan mikrofon tanpa wayar! Anak Kak Tini boleh nyanyi dengan suara yang jelas dan kuat. Satu butang je untuk semua kawalan, dan pemegang kulit yang stylish ni memudahkan bawa ke mana-mana. Latihan jadi lebih best!



Lampu RGB – Latihan Jadi Lebih Fun!

Ada 5 efek cahaya LED yang boleh korang ubah ikut muzik. Bila anak Kak Tini nyanyi, lampu-lampu ni sync dengan muzik, jadikan latihan lebih meriah. Tekan sekejap untuk tukar efek lampu atau tekan lama 2 saat untuk matikan lampu. Simple dan cool!


Bluetooth 5.1 – Sambungan Stabil dan Jarak Jauh!

Bluetooth 5.1 ni memang mantap! Sambungan kuat dan boleh capai jarak sampai 10 meter. Anak Kak Tini boleh bergerak bebas sambil nyanyi tanpa risau isyarat terputus.


Bunyi KTV – Suara Clear dan Power!

Bunyi dari pembesar suara ni memang superb! Dengan teknologi penapisan bunyi dan cip AR 4-teras, suara jadi crystal-clear. Rasa macam nyanyi dalam studio KTV!


Ringan dan Mudah – Hadiah Best!

Gadget ni ringan dan mudah dibawa, sesuai sangat untuk kanak-kanak. Lampu indikator memudahkan – biru bila tak disambungkan, biru terang bila disambung, dan merah semasa pengecasan. Lepas sambung, tekan butang main untuk mula nyanyi. Plus, ia datang dalam kotak hadiah yang cantik, so kalau nak bagi hadiah, memang best! Nak cas pun senang, guna charger type-C je uolls.


Bukan sahaja untuk latihan di rumah, Kak Tini siap bawa pembesar suara ni ke mana-mana! Kami memang suka karaoke bila travel. Haritu, siap buat bunyi kompang bagai. Anak Kak Tini siap nyanyi lagu Ya Nabi Salamun Alaik uolls. Memang meriah!

Pembesar suara Bluetooth mini karaoke ni memang pilihan terbaik untuk latihan nasyid atau untuk hiburan di rumah. Dengan bunyi yang clear, lampu LED yang fun, dan fungsi karaoke yang padu, anak-anak Kak Tini seronok giler! Kalau korang ada anak yang suka menyanyi atau nak bagi hadiah cool, try gadget ni. Confirm berbaloi!

Masa anak sulung Kak Tini beli haritu, harganya dalam doploh lebih. Tadi Kak Tini tengok harganya dah jadi RM13.56. Kalau korang berminat, boleh beli kat sini gais.

P/S: Kami takdelah berlatih sampai tak ingat dunia, basically, latihan dilaksanakan pada waktu petang dan dah mintak kebenaran daripada jiran-jiran sebelah-menyebelah. Time malam pulak, kami berlatih kat Dataran Taman Tasik Bandar Penawar.

Thanks for reading everyone. Till then, see you when I see you.

FROM THE RIVER TO THE SEA, PALESTINE WILL BE FREE

xoxo


Post a Comment

1 Comments

  1. Boleh beli utk anak ni.. dia suka masuk pertandingan sajak, syarahan dan nasyid..

    ReplyDelete