ANNIVERSARY GIVEAWAY BY CIE

Kak Tini excited nak share satu giveaway menarik dari blog roziahmuhammadnor.com dengan korang ni. Kali ni special dia lain macam sebab Cie buat giveaway ni sempena anniversary Cie dan suaminya. Sambil kita raikan cinta dorang, kita pun berpeluang untuk menang hadiah yang best-best!

SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN BUAT CIE DAN SUAMI!

First of all, Kak Tini nak ucapkan Selamat Ulang Tahun Perkahwinan buat Cie dan suami! Semoga perkahwinan korang terus kekal bahagia dan diberkati Allah SWT. Moga cinta korang terus mekar, penuh kasih sayang, dan semakin erat dengan setiap tahun yang berlalu. Terima kasih sebab sudi share kebahagiaan ni dengan kami semua melalui giveaway yang sangat sweet ni. Memang betul-betul istimewa! Harapnya setiap detik Cie bersama suami terus jadi memori indah dan dikurniakan keluarga yang bahagia sampai ke syurga, insya-Allah!



Cara Nak Join

Senang je nak join, korang cuma perlu ikut step ni:
1) Buat satu entry dengan tajuk Anniversary Giveaway by Cie.
2) Copy banner yang Cie dah sediakan dan letak dalam entry korang. Jangan lupa backlink ke post asal giveaway ni.
3) Follow blog Cie kalau belum follow (support sesama blogger sangat penting!).
4) Follow Instagram Cie di roziahmuhammadnor.
5) Giveaway ni berlangsung dari 10 September 2024 hingga 30 September 2024.

Simple sangat kan? Janji join tau!

Hadiah-Hadiah Best Menanti Korang

Okey, sekarang part yang paling korang nantikan – HADIAH! Cie dah sediakan 5 hadiah yang menarik tau:
1x Tuff PLD Active Clean Powder Laundry Detergent
2x Tuff DWL With Germax Dishwashing Liquid
2x Nature’s Way Aloe Vera Conditioner (Salon Shine)

lus, Cie kata dia mungkin akan tambah lagi hadiah kalau dia rasa nak bagi lebih. Jadi, kena stay tuned lah kan kalau ada surprise tambahan! Siapa tahu, rezeki korang dapat hadiah extra.

Kenapa Kak Tini Suka Join Giveaway?

Jujur cakap, Kak Tini memang enjoy join giveaway macam ni. Pertama, Kak Tini rasa ni salah satu cara kita support blogger lain. Dalam dunia blogging, support sesama blogger sangat penting sebab kita semua berada dalam satu komuniti. Lagi satu, bila join giveaway ni, kita rasa lebih connected dengan blogger lain. Korang dapat rasa macam satu team besar dalam dunia maya, mungkin tak pernah bersua tapi masing-masing tahu mengenali satu sama lain menerusi blog. Selain tu, giveaway ni ada rasa thrill jugak. Bayangkan korang join, lepas tu tunggu result. Mesti rasa berdebar-debar sikit, kan? Lagi best bila tahu kita ada peluang menang barang praktikal macam yang Cie bagi ni. Excited nak tahu sape yang menang gituh!

Pengumuman Pemenang

Cie akan pilih pemenang guna Wheels of Name (macam lucky draw lah kiranya), so keputusan memang adil. Keputusan Cie adalah muktamad. Pengumuman pemenang pulak akan dibuat pada awal bulan Oktober 2024, jadi korang kena pastikan follow update dari Cie nanti supaya tak terlepas pengumuman pemenang.

Jadi, korang tunggu apa lagi? Jom cepat-cepat join Anniversary Giveaway by Cie sebelum tarikh tutup pada 30 September 2024 ni. Mana tahu rezeki korang boleh menang salah satu hadiah best yang Cie sediakan ni. Selamat mencuba dan good luck!

FROM THE RIVER TO THE SEA, PALESTINE WILL BE FREE

xoxo


Post a Comment

0 Comments