Lepas tu, masuk waktu kerja. Fokus, urus tugasan, layan klien, siapkan report. Dan percayalah, bukan ibu yang bekerja je alami rutin macam ni. Suri rumah sepenuh masa pun sama sibuknya – malah kadangkala lagi sibuk sebab tak ada ‘clock out’ time. Kerja rumah tak pernah habis, anak-anak sentiasa perlukan perhatian dan tenaga pun asyik kena guna tak berhenti. Dalam kesibukan kita jaga semua orang ni, kadang-kadang kita lupa nak jaga diri sendiri.
Dalam keletihan tu, bila berdiri depan cermin – terdiam.
Kulit makin kusam, eyebag makin tebal, rambut kusut masai, badan rasa lemau, dan semangat pun dah makin hilang. Diri sendiri pun tak kenal siapa dalam pantulan tu.
Tapi tahu tak, korang bukan sorang. Kak Tini pun pernah rasa benda yang sama. Pernah rasa macam hilang diri dalam rutin harian. Tapi satu hari, Kak Tini tekad. Nak cari solusi. Tak nak terus hanyut dalam kepenatan.
Dan Alhamdulillah… Kak Tini jumpa TRIO AJAIB yang dah bantu Kak Tini untuk kembali bertenaga, kulit makin berseri, dan mood pun makin stabil. Tak perlu rutin rumit atau masa yang panjang. Cukup dengan konsisten dan sayang diri sendiri sikit.
FLAVETTES EFFERVESCENT GLOW, H‑DRATE DAN GLAMZ
Tiga serangkai ni bukan sahaja bantu topup nutrisi harian, tapi bagi impak besar untuk korang yang sibuk macam Kak Tini. Rasa letih berkurang, kulit makin sihat, dan yang paling penting – bila tengok cermin, senyum tu datang balik. Keyakinan diri tu mula bertapak semula.
Nanti Kak Tini cerita satu-satu kenapa Kak Tini jatuh cinta dengan setiap satu produk ni. Tapi yang paling penting sekarang, ingat – jaga diri tu bukan selfish. Sebab bila kita sihat dan stabil, barulah kita boleh terus jadi wanita hebat untuk keluarga.
Watch this: The best food for anti-aging
Flavettes Effervescent Glow
Flavettes Effervescent Glow memang pilihan utama Kak Tini. Dalam satu tablet larut air ni, ada Vitamin C 1000mg, Glutathione 50mg, dan Vitamin E 15 IU. Kombinasi ni terkenal sebagai ramuan yang membantu mencerahkan kulit dari dalam, menyokong kesihatan kulit dan juga mengurangkan tanda-tanda penuaan awal. Kak Tini paling suka minum Glow waktu pagi sebelum mula kerja. Caranya mudah – masukkan satu tablet dalam segelas air, tunggu larut sepenuhnya dan minum. Rasanya pula sedap, masam-masam oren yang segar.
Apa yang Kak Tini perasan selepas amalkan Glow? Kulit tak kusam macam dulu walaupun jadual harian padat. Parut jerawat pun makin pudar, dan kulit nampak lebih sekata. Bukan putih mendadak ya, tapi cerah sihat yang natural. Kalau konsisten, memang nampak perubahan. Bila kulit kita lebih berseri, kita rasa lebih yakin nak jumpa orang.
✔️ Glutathione 50mg
✔️ Vitamin E
➡️ Cerahkan kulit, hilangkan jeragat, rawat kulit kusam dan bagi seri dari dalam!
Travelling abroad? Click here.
Flavettes Effervescent H-Drate
Sebagai ibu, kita selalunya memang jarang cukup minum air. Kadang-kadang, tengah hari baru teringat nak minum sebab dah rasa pening dan letih. Flavettes Effervescent H‑Drate ni memang penyelamat. Ia ada elektrolit, Hyaluronic Acid, Ceramide, dan Vitamin C yang membantu kekalkan hidrasi badan dan memberi tenaga sepanjang hari.
Kak Tini selalu minum H‑Drate waktu tengah hari atau selepas balik kerja bila badan rasa penat. Lepas minum, terus rasa segar macam baru recharge. Badan tak rasa kering, kepala tak pening dan kulit pun lebih lembap dari biasa. Kalau korang jenis suka bersenam atau selalu keluar berpeluh banyak, memang wajib cuba H‑Drate ni. Rasanya pula sedap sangat – ala-ala air buah yang menyegarkan.
✔️ Ceramide 20mg
✔️ Vitamin C
➡️ Kekalkan kelembapan & tenaga sepanjang hari – best gila masa cuaca panas!
Flavettes Effervescent Glamz
Flavettes Effervescent Glamz ni memang antara rahsia kecantikan dan kesihatan dalaman wanita yang patut korang tahu. Dalam satu tablet je, dah cukup padat dengan bahan-bahan power macam Collagen Peptide 1000mg, Glutathione 200mg dan Vitamin C. Gabungan ni bukan je bantu kulit jadi lebih anjal dan glowing, tapi dalam masa yang sama bantu seimbangkan hormon wanita secara menyeluruh.Kak Tini sendiri amalkan Glamz waktu malam sebelum tidur. Lepas beberapa minggu konsisten, memang rasa perubahan ketara. Rambut dah tak gugur seteruk dulu bila sikat, kuku pun makin kuat dan tak mudah patah. Masa datang bulan pun, badan rasa lebih ringan dan senggugut pun dah kurang. Mood pun lebih stabil, tak mudah naik angin walaupun tengah sibuk urus rumah dan anak-anak.
Kulit pun makin segar, walaupun kadangkala tidur tak cukup sebab berjaga malam jaga anak demam atau siapkan kerja yang tak habis-habis. Bila hormon lebih seimbang, badan dan emosi pun lebih tenang. Memang sesuai sangat untuk korang yang nak kekal bertenaga walaupun life hectic gila.
✔️ Glutathione 200mg
✔️ Vitamin C
➡️ Awet muda, kulit anjal & nampak fresh walau tak cukup tidur!
Wanna be the next TikTok LIVE Star? Click here.
Kenapa Kak Tini Suka Sangat Dengan Trio Flavettes Ni?
Sebab utama ialah senang nak ambil. Tak perlu telan kapsul besar yang kadang rasa tercekik. Semua dalam bentuk tablet effervescent – larut cepat dalam air dan rasa sedap macam jus. Selain tu, Flavettes ni jenama yang dah lama ada di pasaran dan dijamin halal serta selamat digunakan.
Satu lagi yang Kak Tini suka ialah harganya mampu milik. Korang boleh beli kat sini. Kalau beli masa flash sale, lagi jimat.
Sebagai ibu yang sentiasa sibuk, kita selalu letak diri sendiri kat nombor terakhir. Tapi ingat, bila kita sihat dan bertenaga, kita lebih mampu jaga orang lain. Flavettes ni bukanlah magic, tapi ia bantu kita ambil langkah pertama untuk jaga kesihatan dengan cara yang mudah.
Cuba check this out: Maritim Hotel Dusseldorf, Dusseldorf, Germany
Kak Tini sendiri rasa lebih yakin, tak segan nak keluar rumah walaupun muka tanpa make-up. Kulit lebih berseri, badan rasa bertenaga dan hormon lebih stabil – semua ni buat kita rasa diri lebih berharga. Kalau korang pun tengah cari supplement yang mudah, sedap dan berkesan, Kak Tini memang syorkan korang cuba trio Flavettes ni.





1 Comments
bagus ni..terima kasih atas perkongsian
ReplyDelete